Kalau perasan dekat Instagram sekarang aku tengah bertatih nak susun Instagram feed supaya cantik dan kemas serta paling penting aku tengok tak pening.
Aku dalam proses nak susun dan tambah baik mana yang perlu. Nampak cantik di mata aku pun dah cukup bagus.
Ada yang tanya kenapa eh nak susun bagi cantik? Penting ke? Bagi aku sendiri sebenarnya terpulang pada diri masing-masing.
Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Oleh sebab Instagram menjadi salah satu platform aku mencari
rezeki secara tak sengaja jadi bila client minat promote produk mereka di
Instagram, aku rasa tak wajar aku buat secara sambil lewa. Tak adil la pula.
Itu pendapat aku okeh. Aku cakap pasal diri aku ni ya.
Jujurnya dulu aku tak ambil kisah
juga, asalkan kualiti gambar dan caption posting aku lulus di mata client dan
mata aku sendiri aku post saja. Tapi lama-lama aku jadi macam bosan.
Salah satu
hikmah PKP aku dapat sit down dan samak Instagram feed aku. Tahu kan, media
sosial macam Instagram dan Facebook boleh jadi lubuk pahala kita.
Untuk susun Instagram feed aku
banyak rujuk influencer cantik molek Fara Dafri sebab dia kongsi banyak tip dan juga
aplikasi berguna untuk Instagram. Tak terhad kepada feed malah juga Insta story
ya.
Ada nasihat-nasihat dan aplikasi yang memang aku sedang dan pernah guna
tapi aku tak fully utilize. Jadi bila Fa highlight semula baru lah tergerak
hati nak explore lebih tool yang ada dalam aplikasi tu.
Selain Fa aku banyak rujuk Instagram
influencer lain macam saudari atiehilmi, zhr dan ramai lagi. Mana yang cantik
aku buat rujukan dan aku cuba follow.
Cabaran Susun Instagram
Jujurnya sebelum ni aku dah
pernah cuba susun feed IG aku tapi akhirnya menemui jalan buntu. Gitu sangat buntu.
Banyak hoi cabaran-cabaran dalam nak hias dan susun supaya kelihatan kemas
sekurang-kurangnya.
- Tak study dan tak buat persediaan.
- Tak faham niche sendiri.
- Tak cukup masa.
- Malas.
- Tiada ilmu.
- Tiada minat.
- Tiada idea.
Cabaran terbesar aku ialah malas
dan tak cukup masa serta keliru dengan niche sendiri. Tepuk bahu sendiri dan
sebut syabas sebab mengaku.
Langkah-langkah Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Apa yang aku kongsikan adalah
berdasarkan pengalaman dan minat aku. Semestinya kalau korang tak berkenan
abaikan sahaja langkah-langkah yang bakal aku kongsikan.
To be honest followers
aku tidak la sampai 10K jadi alang-alang tu marilah sokong dan follow aku di
Instagram Rodiah Amir Mana tahu bangun pagi terus ada 10K followers.
Apa yang aku cuba sampaikan,
bukan kuantiti follower yang kita bincangkan tapi sejauh mana kualiti konten
yang boleh kita kongsikan dengan orang lain. Pahala tu.
Tapi kan korang aku
selalu terfikir, ayat dalam movie Spiderman “Kuasa yang hebat datang dengan
tanggungjawab yang besar” Terus aku insaf.
#1 Kenal Pasti Niche
Untuk jadikan korang mudah nak
susun feed Instagram dari segi konten maka amat penting untuk tahu niche
masing-masing.
Ada orang suka post tentang makanan, apa dia masak dan makan
jadi semua posting berkaitan antara satu sama lain. Barulah wujud penceritaan
dekat feed, maka nampak cantik di situ.
#2 Pilih Tema
Bagi aku sendiri tema paling
mudah nak ikut adalah tema warna. Pilih satu warna kesukaan dan kekalkan warna
pilihan dalam setiap post. Jadi kalau korang edit macamana design sekalipun,
feed masih nampak seragam dan kemas.
#3 Rancang Instagram Feed
Macam aku tekankan dekat atas
cabaran untuk susun feed adalah sifat malas dan juga tak cukup masa. Ya aku
faham itu adalah alasan paling bagus aku beri untuk diri sendiri. Lol.
Korang
wajib rancang apa yang korang nak post. Baca la mana-mana tip pun, merancang
adalah langkah kritikal yang korang kena ambil peduli. Gagal merancang adalah
merancang untuk gagal. Wow.
Aku guna aplikasi Preview untuk
susun dan rancang feed IG sebelum aku post. Atleast boleh la try & error
sebelum aku post. Banyak lagi aplikasi lain boleh korang explore macam Later.
Sila study okeh.
#4 Buat Cover Reel
Sangat digalakkan kalau korang nak nampak feed korang kemas dan professional. Selain tu kalau ada cover dan ada tajuk jadi lebih mudah untuk rujuk.
#5 Rajin, Kreatif dan Tuntut Ilmu
Oleh sebab Instagram ni sangat la
laju dan selalu berubah-ubah, maka hendaklah korang cakap dekat diri sendiri
alert dan tambah ilmu dari masa ke semasa.
Cari circle yang suka sharing dan
edit Instagram selain daripada baca dan ambil tip dari Pinterest.
#6 Jangan Putus Asa
Pesanan ini lebih kepada diri
sendiri sebab aku selalu sangat putus asa dan cepat down. Benda baik dan bawa
manfaat terutama kepada diri sendiri memang banyak halangan dia.
Apa yang dapat aku kongsikan,
selepas aku mula rancang dan susun Instagram Feed aku jadi kemas dan cantik aku
jadi lebih sayang diri aku. Paling penting aku semakin kenal diri sendiri.
Aku
offkan segala kata-kata negatif yang selalu berkumandang di telinga dan aku
tukar jadi benda positif.Aku juga dalam proses belajar dan
tak malu mengaku banyak sangat lagi kelemahan aku kena atasi.
Aku selalu pesan
dekat diri, sekurang-kurangnya kalau aku pergi atleast apa aku tinggalkan tu
sedap mata memandang dan yang baik-baik sahaja.
Jadi selamat susun feed menjadi
cantik. Siapa yang belum berkawan dengan aku dekat Instagram marilah kita jadi
kawan. Boleh cari username nama @rodiahamir okeh. Jumpa lagi di lain entri.
Babai.
Huhu aku tak rajin diah oii.. ko tlg buat untuk aku boleh.. haha..
BalasPadamItulah bila tengok IG feed orang cantik-cantik teringin jugak tapi halangan sejenis M tu melampau sangat.
BalasPadamAnyway terima kasih atas tips yang sangat bermanfaat.
Rajinnya.. Bagus tips yang Diah kongsikan ni..
BalasPadam