Istimewanya puasa dan Raya tahun ni Tuhan beri banyak kesempatan untuk kita ambil peduli dan belajar berdikari.
Aku nak kongsikan cara solat raya Aidilfitri di rumah memandangkan kita masih lagi dilarang untuk solat berjemaah di masjid.
Jangan la sedih ini cakap dekat diri sendiri sebab tak dapat beraya bersama keluarga yang lain. aku dah siap sediakan diri supaya tak bersedih dan menangis di pagi raya.
Panduan Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah
Entahlah jadi ke
tidak apa aku rancang. Siapa tak sedih tak dapat salam tangan mak di pagi raya. Moment paling aku rindu adalah
makan semeja bertentang mata dengan mak.
Seronok nak bergurau dengan mak tu. Mak
aku kuat bahan anak menantu tau. Gurau-gurau manja sambil berseloroh. Itulah yang
menguatkan hubungan kami adik beradik. Alhamdulillah.
Solat Raya Aidilfitri Di Rumah
Walaupun PKPB sedang berlangsung
maka kita guna kemudahan yang agama Islam beri supaya kita masih dapat merasa
kemeriahan dan moga tercalit sedikit pahala atas usaha yang kita buat.
In sha
Allah. Setiap tahun jadi rutin akan tunggu suami dan anak balik dari masjid,
lepas solat raya Aidilfitiri baru kami akan mula dengan sesi bermaafan dan
kemudian akan makan bersama-sama.
Tahun ni tak dapat ke masjid tapi
masih boleh tunaikan solat raya Aidilfitiri di rumah. Ramai ustaz-ustaz yang
dah kongsikan panduan asas solat raya Aidilfitiri dan di imamkan oleh ketua
keluarga.
Mudah kan? Jadi aku nak kongsi panduan solat raya Aidilfitiri yang
telah ditulis oleh Ustaz Khairul Anuar. Simple je.
Tapi kalau nak yang lengkap
sedikit boleh rujuk panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh
download khutbah solat Aidilfitri di rumah dekat situ. Aku yang terlebih excited ni.
Panduan Asas Solat Aidil Fitri Di Rumah Buat Imam Interim
Solat Sunat Hari Raya mengandungi
takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua,
yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut.
Dan apabila selesai
takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat,
khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat.
Setelah selesai khutbah, umat
Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga
serta sahabat handai tetapi oleh sebab kita tak dapat keluar berziarah maka
buat panggilan video dan bermaafan secara dalam talian sahaja lah.
❤️ Solat Sunat Aidilfitri
- Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
- Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
- Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
- Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
- Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
- Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
- Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
- Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
- Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.
Maka selesailah solat sunat
Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk
bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!
Khutbah Aidilfitri ni macam
khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic
saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
❤ Rukun Asas Khutbah Solat Raya
Aidilfitri
Basic maknanya meliputi 5 rukun
yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun
dengan simbol ✅.
❤️ Khutbah pertama.
✅ Ucap “Alhamdulillah”.
✅ Baca selawat “Allahumma solli
‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
✅ Pesan kepada makmum untuk
bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada
Allah).
✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran;
“Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama. Kemudian
duduk la sekejap.
❤️ Khutbah kedua.
✅ Ucap “Alhamdulillah”.
✅ Baca selawat “Allahumma solli
‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
✅ Pesan kepada makmum untuk
bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada
Allah).
✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran;”.”
Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu
kufuwan ahad”.
✅ Baca doa untuk seluruh orang
Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal mukminat”
Ya Allah selamatkan kami semua
dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Kemudian, boleh la bersurai.
Macam aku explain dekat atas
tadi, kalau ikut panduan ustaz bagi tu paling asas which is aku rasa
objektifnya untuk menunjukkan Islam itu agama yang mudah, asalkan cukup rukun
ibadah kira sah la. Diterima atau tidak ibadah kita itu biarlah Tuhan saja
tentukan ya.
Kalau nak meriah sedikit dengan penyampaian
ala-ala khatib boleh rujuk link panduan dari JAKIM, ada juga aku kongsikan teks
khutbah untuk dibaca pada tahun ni. Tajuk “Berbeza Namun Bermakna” tu memang
kena la dengan situasi kita sekarang ni.
Selamat menyambut Hari Raya
korang. Ucapan Raya kita buat next entri la.
Terimakasih atas perkongsian ini kak :) Selamat Hari Raya. Stay safe.
BalasPadamIka datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html
Tk panduannya
BalasPadamHuhu camne la raya tahun ni kan.. pertama kali dalam sejarah terjadi..
BalasPadamSemoga mendapat keberkatan dan amalan diterima..
BalasPadamtu lah tu.. rindu family, kengkawan semua.. em.. diharapkan semua sihat dan baik2.. malam ni dah takbir raya..
BalasPadamAssalamualaikum puan. merujuk artikel saya di sini
BalasPadamhttps://pemudattbc.blogspot.com/2020/05/panduan-solat-sunat-aidilfitri-dan.html?showComment
saya telah memadam gambar hak milik puan, sebenarnya gambar tersebut saya ambil daripada google images . Sekali lagi, saya memohon kemaafan jika ia membuat puan tidak selesa. Selamat hari raya