Meriahnya Bubur Nasi Berlauk Jim’s Porridge
Buka puasa hari ke 16 tekak dah
mula demand tak mahu makan nasi. Malas memasak pun ye juga sebenarnya.
Jadi
minta izin suami untuk cuti memasak. Lepas dapat green light untuk beli juadah
berbuka, maka laju je otak berfikir apa nak makan.
Kalau dasarnya tekak Melayu
mestilah mencari menu berkait dengan nasi juga. Terbayang bubur nasi berlauk,
perghh sedapnya.
Sebenarnya teringin nak makan bubur
nasi berlauk gara-gara nampak kawan-kawan bercerita tentang bubur berlauk dari
Jim’s Porridge. Katanya bubur nasi berlauk sedap di KL.
Dia punya bubur memang
meriah. Meleleh air liur aku, tu baru tengok gambar weh.
Menu bubur memang dah sinonim sangat
dengan masyarakat kita terutama di bulan puasa. Sekarang pula dengan PKP dan
pergerakan yang agak terhad, bazar Ramadan pun tiada, jadi terpaksa lepaskan
rindu kita beli bubur berlauk Jim’s Porridge. Order di hujung jari jelah, tak
payah nak keluar.
Jim’s Porridge Ramadhan Combo Promo!
Sekarang pula tengah ada Ramadhan
Combo Promo lagilah aku gembira nak beli, dengan setiap pembelian minima
3-unit mana-mana Bubur Berlauk Set, boleh dapat 15% diskaun.
Menarik tu.
Tempahan dibuka setiap hari mulai jam 11 pagi sehingga 4 petang ok. Korang nak
order tekan je link ni https://jimsporridge.oddle.me/en_MY
nanti bubur akan sampai di depan pintu.
Antara kawasan penghantaran Jim’s
Porridge ialah seperti Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, dan
Keramat.
Selain belian secara online
korang juga boleh terus beli bubur berlauk di Kiosk Jim's Porridge dan tapau /
take away menu-menu pilihan korang.
Ada dua Kiosk setakat ni iaitu di Ground
Floor Busana@Menara MARA dan satu lagi terletak di walkway Jakel (sebaris
dengan kiosk ChaTime). Kiosk dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 8
malam.
Set Bubur Berlauk Mix n Match Jim’s Porridge
Tersedia dua pilihan bubur iaitu
ayam atau daging berharga RM6. Apa yang best korang boleh mix n match lauk
pilihan yang berharga RM1/ scoop.
Ada lima set cadangan dari Jim’s Porridge macam gambar di bawah. Antara pilihan lauk yang ada
ialah:
>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng
Pendapat Aku Tentang Jim’s Porridge
Daripada senarai panjang di atas,
sambal paru dan halia goreng adalah lauk korang kena cuba sebab itu lauk
kegemaran aku anak beranak. Kira macam aku paksa cuba la. lol.
Gabungan bubur yang cukup rasa dengan
lauk-pauk memang kena lah. Kalau ikut tekak Melayu aku ni memang sedap je
jawapan aku.
Aku puas hati sebab lauk pauk aku
yang digoreng tu selamat dan masih garing masa aku makan waktu berbuka. Memang Jim’s
Porridge dah siap asingkan lauk-lauk dalam plastic lain. Bijak kan?
Sebenarnya masa aku dapat bubur aku agak
terkejut, tak sangka weh Jim’s Porridge memang murah hati, seram tengok
kuantiti semangkuk bubur dia. Banyak dan
boleh dikongsi dua orang.
Mengah juga aku sorang-sorang nak habiskan. Set yang berkenan dekat tekak aku wuuuuuu...
Cuma kalau untuk improvement lagi power dia bagi sup kosong, sebab aku sejenis suka makan bubur yang ada kuah. Tambah lagi ada sambal. perghhh. Lagi syahdu.
Jadi untuk korang yang mencari
Bubur Nasi Berlauk yang sedap di KL dan kawasan sekitar boleh hubungi Jim’s
Porridge. Maklumat lanjut korang boleh check out Facebook dan Instagram mereka.
perghhh
BalasPadamnampak sedap gila
kenyang la perut menghadap semangkuk tu
Padamkalo tekak melayu bubur lambuk paling femes.. haha
BalasPadamkali ni try bubur berlauk sebab dah makan bubur lambuk meatball beberapa hari sebelum tu hihiih
Padammeriah betul isi dia.. memang berbaloi sesangat..
BalasPadam