Bil Air Selangor Bulan Mei Naik Mendadak
Kisahnya baru
teringat nak semak bil Air Selangor (Syabas) untuk bulan Mei. Semenjak PKP hari
tu, pergerakan semua terbatas dan tak semua orang keluar bekerja jadi memang
bil air bulan April aku pejam mata je. Buat tak tahu. Dengan harapan PKP tamat
pada awal bulan Mei. Berangan je. So bayar sekali untuk bulan Mei.
Biasanya aku
akan tunggu bil sampai di peti surat. Bila dah terdesak macam ni, baru lah gunakan
kemudahan semak bil Air Selangor secara online. Aku daftar akaun di Air
Selangor dan bila semak bil, terbeliak biji mata tengok jumlah bil air untuk
bulan Mei. Bil naik berganda-ganda weh. Sesak nafas tengok nombor di skrin
laptop. Korang dah semak bil air terkini korang?
Kalau ikutkan
memang la semua duduk di rumah, kalau ada pertambahan ahli pun cuma suami
sahaja lah sebab work from home. Tapi suami bukan la guna banyak air pun. Macam
biasa la, mandi bukan kerap sangat, basuh baju pun macam biasa. Sakit otak aku
cari punca kenapa bil naik. Panas hati.
Pelanggan serang Facebook Air Selangor
Oleh sebab tak tahu nak rujuk dengan siapa jadi seperti biasa aku akan tengok laman sosial seperti Facebook untuk semak kot ada orang yang senasib dengan aku. Aku berjaya dapat jawapan kenapa bil air bulan Mei naik mendadak bila baca posting dari pengguna-pengguna marah yang menyerang Facebook Air Selangor. Aku pun turut serta tinggalkan komen dengan harapan admin Air Selangor akan balas. Tapi aku tidak lah maki hamun. Cuba bersifat sopan dan husnuzon walaupun hati berdarah.
Rupa-rupanya
ramai lagi yang terima nasib yang sama macam aku. Ada rumah yang tiada penghuni
tapi masih dikenakan bil yang tinggi. Naik bukan sikit-sikit ya, jumlah tu
mencapai ratusan ringgit. Paling seram ada yang mengadu bil air naik 21 kali
ganda. Siap tuduh pekerja Air Selangor rabun, tak reti baca meter.
Perasaan aku
membuak-buak nak marah tadi sudahnya terus nak tergelak. Tak risau sangat sebab
ternyata ada sesuatu yang tak kena dengan Air Selangor. Sungguh kasar ya
tomahan yang netizen lemparkan, sangat tak kena dengan nama dan gambar profil.
Don’t judge the book by its cover. Tiber Selingan
Aku salute la
sebab Facebook Air Selangor masih ada masa melayan pertanyaan pengguna, tapi malangnya
jawapan yang diberikan membuatkan pelanggan semakin marah. Seakan-akan mahu
menyorokkan perkara sebenar, Air Selangor lebih selesa untuk menjawab
pertanyaan pelanggan secara peribadi, nak PM sorang-sorang. Tak pasti la apa motif kan?
Sempat juga mamat ni sound
Air Selangor supaya berterus terang. Tak perlu PM. Begitu. Yelah kan baik dia
reply atau buat status umum terus tak perlu orang tertanya-tanya.
Akhirnya Air
Selangor menjawab pertanyaan soalan aku tentang bil air naik melambung. Air
Selangor menerangkan bahawa:
“Bacaan Bil Air
adalah berdasarkan anggaran untuk tempoh
PKP. Tiada bacaan diambil oleh pembaca meter sehingga tempoh ini selesai.
Bil air anda akan diselaraskan selepas
tamat tempoh PKP iaitu setelah pembaca
meter kami membuat bacaan sebenar meter di premis anda semula. Dalam tempoh
ini sekiranya bil anggaran tersebut terlebih caj dan pembayaran telah dibuat
ke atas bil tersebut, jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan di dalam
akaun anda dan sekiranya bil terkurang, ianya akan ditambah di dalam bil bulan
akan datang”.
Bila dah baca
penerangan dari Air Selangor baru lega sikit. Kita tengok la lepas PKP nanti
berapa jumlah sebenar bil air. Aku faham la kenapa pelanggan marah, dengan
situasi kita semua sedang dilanda ujian kewangan, ada yang dibuang kerja secara
tiba-tiba, sakit dan lain-lain buat kita rasa lagi ditindas bila kena bayar bil
mahal.
Cara Daftar Akaun di Air Selangor
Untuk mudahkan
urusan aku nak semak bil, dan aku rasa berguna juga untuk korang supaya
register e-billing maka jom aku tunjukkan cara-cara daftar akaun di Air Selangor.
Sebenarnya, Air Selangor dah lama jalankan kempen electronic billing untuk
pelanggan, suruh tukar cara penerimaan bil. Dari bil kertas jadi e-billing,
dapat selamatkan pokok. Tapi aku ni jenis orang-orang lama mesti nak pegang
juga bil kertas tu nak telek-telek. Baru puas hati.
Antara kelebihan mendaftar akaun
ialah kita boleh semak bil-bil lama dan buat perbandingan. Boleh kenal pasti
kenaikan dan penurunan bil, sejarah pembayaran dan macam-macam fungsi lain. Jom
aku kongsikan cara daftar akaun di Air Selangor. Apa perlu korang adalah
sambungan Internet dan juga no akaun air (boleh rujuk di bil air). Cara-caranya
adalah seperti berikut:
#1 Layari laman web https://crisportal.airselangor.com/
dan tekan butang sign up. Sebelum tu kena isi maklumat yang diperlukan seperti
Nama Penuh, alamat email, no telefon, No My Kad dan terus buat password.
#2 Setelah berjaya sign up, pergi ke
“My Account”, pilih Water Account masing-masing. Sama ada Owner atau tenant.
Oleh sebab bil air dan api aku masih belum tukar nama jadi aku daftar sebagai
tenant.
Selepas itu klik butang “Enroll
Water Account”
#3 Pilih Owner atau Tenant. Harus diingat jika nama bil
didaftarkan atas nama korang sila pilih owner dan masukkan maklumat diperlukan.
#4 Masukan maklumat:
Account ID – No akaun Bil
Add Nickname – Bebas letak apa
sahaja supaya senang nak rujuk
#5 Baca Personal Data Protection Act
di bawah dan klik Agree.
Bila dah berjaya enroll baru lah
boleh tengok data bil air dekat tab dashboard. Nak buat bayaran boleh tekan
butang bill & payment.
Setakat ini sahaja perkongsian aku tentang kenapa bil Air Selangor Syabas naik mendadak, aku juga ada kongsikan cara untuk semak bil air secara online dan boleh buat bayaran secara dalam talian. Semoga perkongsian ini berguna untuk korang.
JDT pun sama.
BalasPadamMereka tak baca bil meter kot.
Kalau iya pun takkanlah anggaran sampai beratus-ratus..
BalasPadam