Aku sebenarnya tak sengaja buat kek batik ni, kisahnya Mek Ayuni call aku mengadu dia buat kek batik kurang jadi.
Aku faham stress buat kek tak jadi ni, rasa nak baling je periuk kuali semua. Teringat aku dulu buat kek batik pertama kali pun kurang menjadi.
Kalau ikut resepi dan tengok orang buat kemain senang, bila turn diri sendiri buat terus tak jadi. First time aku buat dulu masih boleh makan, coklat dia tak hangit pun tapi masalah dia ialah coklat tu tak cair.
Resepi Kek Batik Confirm Jadi & Tak Guna Telur
Tekstur dia jadi pelik. Berketul-ketul. Aku pakai
Milo elok kot, lepas tu aku buat rumusan serbuk koko aku bermasalah.
Suami dan anak-anak la jadi
mangsa kena makan. Rasa dia masih kek batik, cuma itulah tak macam kek batik
orang jual. Lol.
Bila semakin berusia dan semakin teringin maka semakin gigih
diri nak belajar buat sampai pandai.
Tips Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi
Bila aku compare resepi dulu aku
pernah cuba dengan resepi yang aku baru cuba ni, banyak beza okeh. Dulu aku
guna telur, serbuk koko dan bermacam bahan lagi.
Apa yang merasuk aku masa tu
eh? Hahahha boleh tengok resepi aku cuba dulu dekat sini ~ Cubaan Pertama Buat Kek Batik - Menjadi Ok
Kira resepi aku kali ni aku dah
dapat ringkaskan dan tak guna banyak bahan. Bebas telur weh. Kalau lidah kau
teringin nak makan kek batik yang biasa-biasa, resepi aku guna kali ni memang
cukup dah.
Aku kongsikan juga tip supaya bila korang buat kek batik ni hasilnya
akan jadi In Sha Allah.
1 Jangan buat terburu-buru. Kena
bertenang dan enjoy baking.
2 Guna api perlahan supaya bahan
tidak hangit dan sentiasa kacau adunan di atas dapur supaya adunan tidak
berketul-ketul. Ini penting ya!
3 Kena kurangkan susu kalau tak
mahu terlajak manis. Milo dan biskut Marie tu memang dah manis ya. Aku letak
sedikit sahaja. Elok je kejadian kek batik tu.
4 Aku letak plastic wrap supaya
senang aku nak keluarkan kek batik.
5 Letak dalam fridge kalau nak
makan Kek Batik yang keras bahagian luar, lembut bahagian dalam. Aku tak masuk
dalam fridge sebab lebih enjoy makan lembut melekit gituh.
Resepi Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi
- 400gram Biskut Merry (aku guna Jenama Roma)
- 250gram Butter (Anchor butter)
- 1 cawan milo
- ½ Cawan Tin Susu Pekat
Cara-Cara membuat kek Batik:
- Cairkan butter dalam kuali guna api perlahan. Masukan susu pekat dan kacau sehingga sebati. kemudian masukan milo sedikit demi sedikit dan jangan berhenti kacau.
- Kacau sehingga milo betul-betul sebati dan adunan dah jadi cecair warna coklat. Tutup api.
- Dengan pantas patahkan biskut Merrydan masukan ke dalam adunan coklat tadi.
- Gaul sebati dan ratakan ke dalam Loyang / Tupperware dan lenyekkan supaya mampat.
- Biarkan dua ke tiga jam dah boleh makan. terpulang nak letak dalam fridge atau tidak ok.
Dah siap.
Kenapa Suka Kek Batik?
Kesimpulan, akhirnya aku temui
jawapan yang buat kek batik ni memang lah teramat mudah. Nak buat pun kurang
dari 20 minit weh dah siap.
Ni yang tak ada layer tau, basic aje. Tapi ok la
yang basic ni pun suami dan anak-anak impress aku boleh buat so sedap. Lol.
Nah Resepi Cheese Cake Mudah ~ Unbaked Strawberry Cheese Cake
Next time kalau ada high tea,
jamuan office, jamuan sekolah anak dah boleh buat. Bahan-bahan pun tidak la
mahal sangat.
Selamat mencuba untuk yang tak pernah buat, tapi aku yakin la
mesti ramai pandai buat. aku je baru nak mahir. Jumpa lagi di lain resepi.
thanks sharing resepi..:)
BalasPadamSedap.. Nak kena buat juga nie..
BalasPadam