Sebelum ni memang aku kurang pendedahan bila orang bercakap pasal copyright claim. Ilmu tu semestinya masih mencari.
Terjadinya copyright claim, apabila edit video dan kita pilih dan masukan lagu / musik yang ada copyright.
Kita tak akan tahu kita kena notis copyright sehinggalah kita upload di medium sosial seperti Youtube, Instagram dan juga Facebook. Kalau di platform lain aku tak pasti pula.
Copyright membawa maksud hak cipta, hak cipta terpelihara dimiliki oleh seseorang yang mencipta karya ataupun konten secara sah mengikut undang-undang.
Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube
Kita boleh dikenakan tindakan
undang-undang jika disabitkan mencuri, menggunakan tanpa kebenaran oleh
pemilik.
Apa yang berlaku, biasanya kalau
edit video dan kemudian muat turun muzik dan guna sebagai bunyi latar belakang
video supaya konten jadi lebih menarik dan tak membosankan.
Jadi bila timbul
isu terima notis copyright claim jadi sia-sia je video yang di edit sebab
kebarangkalian di muat naik akan dihalang. Ini yang kerap berlaku di Instagram
dan Facebook.
Jemput Subscribe Youtube aku ~ Meh sokong sesama kita SINI
Copyright tidak terhad kepada
konten muzik sahaja, contoh lain seperti video, filem, gambar,rakaman suara,
lukisan, video game dan lain-lain.
Terima Notis Copyright Claim Di Youtube
Aku sedar salah satu video yang
aku muat naik di Youtube dikenakan Copyright claim bila aku semak di Youtube
Studio secara tak sengaja.
Video tu ialah video unboxing goodies yang aku dapat
semasa aku menghadiri event yang Shopee anjurkan.
Video tu pun pendek je, masih
noob masa tu buat video main letak je muzik apa yang ada dan akhirnya selepas setahun
aku upload baru sekarang sedar dikenakan Copyright claim.
Jadi korang yang
rajin buat video, sila lah semak restrictions status video masing-masing
ya.
Apa yang aku faham, bila kita
video kita kena copyright claim oleh Youtube segala adsense earning (monetize jika
ada) tidak dapat dijana dan kalau ada akan dibayar kepada pemilik asal.
Semakin
tinggi view sepatutnya tinggi earning kan? Setakat ni aku tak layak lagi nak
dapat earning adsense di Youtube jauh lagi jadi tidak lah risau sangat. lol.
Cara-Cara Semak Restrictions Copyright Claim Youtube
Perkara pertama kena buat adalah
kena log masuk ke Youtube Studio. Kemudian boleh pergi ke senarai video yang
telah dimuatnaik.
Di bahagian ini korang akan nampak visibility, restrictions,
date, views, comment dan juga peratus likes dan juga dislikes video yang korang
terima.
Fokus kepada kolum restrictions.
Akan terpampang status ‘Copyright Claim’ jika video yang korang muat naik tu
kantoi dengan Youtube.
“Copyright Claim – This video was found to contain copyrighted
material. As a result, it cannot be monetized by the uploader”
Semestinya Youtube sangat menjaga
konten-konten video yang di muat naik.
Copyright Summary and Status
Untuk lebih faham korang boleh
rujuk gambar di bawah tentang penerangan berkaitan copyright. Apa yang aku
faham, status copyright claim tidak akan beri kesan kepada channel youtube
korang dan masih boleh di tonton oleh orang ramai.
Cuma, ianya akan beri kesan
kepada monetization sahaja, atau lebih mudah segala hasil dari iklan akan
diberikan kepada pemilik asal sebab korang dah guna hak mereka. lebih kurang
begitu la penerangan.
Dalam video yang aku buat tu aku
guna lagu Shot Dem (feat Koonta), Youtube juga akan bagi detail kesalahan dan
apa perlu dibuat.
Ada dua pilihan, sama ada untuk tukar lagu yang tiada
copyright atau mute kan lagu tersebut. Membisukan video la kiranya.
Pilihan Mute Claimed Song
1 Mute All sound when song plays
– Buang terus lagu dan segala bunyi yang ada dalam video
2 Mute song only – buang lagu
yang ada copyright tapi masih ada bunyi lain dalam video
Jadi terpulang pada korang nak pilih yang mana ya. Lepas selesai buat pilihan dan tekan submit korang kena tunggu pihak Youtube buat kerja mereka pula.
Boleh check lepas bebrapa hari status restriction akan bertukar jadi "None". Video kita pula akan mengikut pilihan kita buat tu.
Kesimpulan
Sekian sahaja perkongsian aku
tentang Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube.
Aku juga
dah terangkan tentang apa maksud copyright mengikut kefahaman aku sendiri,
cara-cara nak semak video yang ada status restrictions Copyright Claim Youtube,
dan apa perlu korang buat untuk bebaskan dari restriction tersebut.
Semoga sedikit
sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang kat terutama newbie Youtuber macam
aku ni. Jumpa lagi di lain entri.
SS pun baru tahu pasal ni,tq atas perkongsian... tak mudah jugak nak upload background music dlm video ni kan...
BalasPadamAlamak mesti berdebar dpt notice gini kan
BalasPadam