Senarai Bazar Ramadan Online Seluruh Malaysia

Tahun 2020 memang mencatat sejarah sebab buat pertama kalinya dalam sejarah bazar Ramadan tiada weh. Bazaar Ramadan dah jadi budaya orang Malaysia. 

Kalau tanya pelancong pun mereka teruja nak ke bazar masa bulan puasa. Uniknya orang Malaysia ni bukan setakat yang berpuasa je yang membeli di bazar tapi satu Malaysia okeh, dan jadi kebiasan akan beli juadah berbuka. 

Kemeriahan Bazaar Ramadan Online 2020

Oleh sebab kita masih berada dalam tempoh PKP fasa ketiga dan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun dah umumkan bahawa bazar Ramadan tidak dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Walaupun dah ramai jangkakan tiada bazar, dan larangan balik ke kampung semasa Ramadan tetapi tetap sedih. Terbayang wajah ibu bapa kat kampung, tapi ini adalah untuk kebaikan semua untuk jangka masa panjang juga. 

Bayangkan ada yang balik dan tiba-tiba satu kampung dijangkiti wabak. Nauzubillah.


Bazar-ramadan-online

Senarai Bazar Online Ramadan 2020

Oleh sebab fizikal bazar Ramadan tdak dibenarkan tetapi sebagai alternatif kerajaan menggalakan peniaga untuk berjual beli makanan di dalam talian (online). 

Tidak terhad e-bazar di laman sosial seperti Facebook, ada juga syarikat-syarikat yang mula mencipta aplikasi bazar yang boleh dimuat turun oleh pengguna untuk memudahkan pelanggan memesan makanan.


Group Facebook

Peniaga di Lembah Klang dan Selangor sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan sendiri dan mula mempromosikan menu Ramadan antaranya ‘Bazar Ramadhan Online Ampang 68000’; ‘Bazaar Ramadhan Online Wangsa Maju’, 

’Bazar Ramadhan OTK Puchong Prima; Bazar Ramadhan Bandar Puteri Puchong; Bazar Ramadhan Putra Perdana Puchong,Bazar Ramadhan Bandar Kinrara, Bazar Ramadhan Kelana Jaya, 

Bazar Ramadhan Pantai Dalam, Bazar Ramadhan Putra Height, Bazar Ramadhan Alam Megah, Bazar Ramadhan Saujana Utama’ dan banyak lagi.


SANTAN

SANTAN merupakan anak syarikat AirAsia Group Bhd yang terkenal dengan Nasi Lemak Pak Nasser tu juga memperkenalkan Bazaar Ramadan secara online. 

Semua produk Santan seperti Pes Nasi Lemak Rendang dan Sambal Pak Nasser, mi cawan, pelbagai kopi serta teh dan banyak lagi di santan.com.my


GRAB
Sepanjang tempoh PKP berlangsung, GRAB mengambil peluang dan memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati juadah Bazar Ramadan kegemaran semua walaupun terpaksa melakukan penjarakan sosial sekaligus membantu restoran dan penjaja kecil meneruskan kelangsungan hidup. 

Terdapat 3 inisiatif daripada Grab pada Ramadan ini iaitu:



1. Grab e-Bazar Ramadan

Khas sempena bulan Ramadan, Grab akan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menganjurkann e-Bazar Ramadan yang selamat, bersih dan mengamalkan penjarakan sosial. 

Jadi peniaga perlu mendaftar melalui Majlis Bandaraya masing-masing dan kemudian latihan akan disediakan dan akan dibuat secara online. Pelanggan pula hanya perlu memesan dari aplikasi GRAB macam biasa.


2. GrabFood Ramadan Favourites

Dikatakan ada lebih lebih 900 rakan niaga GrabFood di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu yang akan menghantar juadah Ramadan kegemaran Rakyat Malaysia seperti murtabak dan ayam percik kepada pelanggan.

Tarikh: 24 April hingga 23 Mei 2020
Waktu operasi: 8 pg. hingga 8 mlm (akan dikemaskini)

GRAB menasihatkan pelanggan membuat pesanan sebelum jam 6 petang supaya makanan sampai sebelum waktu berbuka.


3. GrabExpress Ramadan

Peniaga dari rumah dan pengusaha kecil boleh meneruskan perniagaan dan menghantar produk mereka dengan GrabExpress. Bermula 13 April, GrabExpress boleh didapati di 26 buah bandar di seluruh negara, di mana penghantaran boleh dibuat menggunakan kereta atau motosikal (bergantung pada saiz dan berat pakej).

Waktu operasi: 8 pg. hingga 8 mlm. (tempahan terakhir adalah pada 7.30 malam.)



JOMBUKA

Aplikasi JOMBUKA dibangunkan dengan kerjasama antara ABC Bookmart Sdn Bhd dan Haemaira Production iaitu platform perniagaan atas talian dan mengenakan caj RM1 sehari seperti bayaran sewa tapak bazar Ramadan kepada penjual. 

Dah boleh mula memuat turun aplikasi JomBuka di Playstore dan Appstore.


aplikasi-jombuka


1MUSLIM

Khas untuk penduduk sekitar Johor Bahru, Skudai dan Pasir Gudang, boleh muat turun aplikasi 1MUSLIM di Playstore dan Appstore untuk memudahkan korang untuk membeli juadah berbuka secara online. 

Bukan setakat tu je, aplikasi 1MUSLIM menyediakan lebih 60 orang runner untuk beli barangan runcit dan juga makanan.


aplikasi-1-Muslim


Pesanan khas dari Admin Aplikasi 1MUSLIM:

Kepada semua peniaga bazar ramadhan, anda tidak perlu risau lagi dengan perintah kawalan pergerakan kerana kami telah menyediakan platform untuk anda berniaga di dalam apps 1Muslim dengan target marketing 1 juta pengguna media sosial sehari, di seluruh kawasan johor bahru. 

Cepat rebut peluang ini. tapak gerai sangat terhad, ramai yang dah booking slot. Jangan menangis bila tengok rakan rakan peniaga anda yang lain boleh berniaga dengan sale yang sama dengan bazar ramadhan tahun sebelum ini.

whatapps kami: 0182922436
Hubungi mereka di Facebook: https://www.facebook.com/1muslimrunner


Kesimpulan

Aku dah kongsikan senarai bazar online 2020 seluruh Malaysia, waktu operasi bazar Ramadan, dan juga nombor untuk dihubungi jika korang ada pertanyaan lanjut. 

Diharap dengan tersedianya platform-platform yang diperkenalkan oleh kerajaan dan juga Persatuan-Persatuan secara online dapat mengubati kerinduan Ramadan dan sekaligus dapat membantu peniaga-peniaga yang berniaga di bazar Ramadan menambah pendapat untuk meneruskan kehidupan.  Semoga kita semua mematuhi peraturan yang ditetapkan, menjaga keselamatan dan kebersihan diri serta terus melawan COVID-19.


 Cadangan Menu Berbuka ~ Udang Masak Maharaja


Ulasan

  1. nampaknya kena masak sendirilah buka puas kali ini

    BalasPadam
  2. Sedih Ramadhan tahun ni. Harap dipermudahkan terawih bersama keluarga. Harap dapat sambut Syawal seperti biasa

    BalasPadam
  3. em.. tapi tu lah bila bazaar online ni, tak dapat nak cuci mata lebih2.. hee~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.