Resepi Apam Balik Mudah Dan Gebu

Tak pernah aku bayangkan seumur hidup aku akan buat apam balik. Wehuuu satu kejayaan untuk diri sendiri. 

Betul la cakap jiran aku semalam, antara hikmah PKP ni semua orang akan explore bakat terpendam masing-masing. 

Jadi haruslah gunakan masa yang ada untuk tingkatkan skill dan juga pengetahuan kita okeh. Sebelum puasa lagi resepi Apam Balik ni banyak lalu lalang di timeline Facebook. 

Kalau ikutkan resepi memang mudah sangat, bahan-bahan dia pun tak mahal. Masa tu keinginan nak cuba buat tu ada tapi masih malas, dan akhirnya aku buat sebagai juadah buka puasa hari pertama.

Jom Buat Apam Balik Mudah Dan Gebu

Usaha membuahkan hasil bila Apam Balik yang aku buat diterima mata dan anak tekak suami dan anak-anak. Siap bagi jiran lagi untuk bertukar juadah. Kemain level confident bukan biasa-biasa ni. lol. 

Bagi sesetengah orang pencapaian macam ni biasa je, Apam Balik je kot. Hahahha. Aku seronok macam menang pingat emas dekat Sukan SEA okeh.



Tips Dapatkan Apam Balik Gebu

Jom aku kongsikan resepi dan cara-cara untuk menghasilkan Apam Balik yang gebu dan sesungguhnya cara membuatnya teramatlah mudah. Macam kau buat Pancake, lebih kurang la. 

Kalau guna resepi aku kongsi ni korang boleh dapat 5 ke 6 Apam Balik bersaiz sederhana. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:




Bahan-Bahan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula (Boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • Marjerin


Inti
  • Jagung dalam tin (Guna jagung manis ala krim bukan kernel jagung manis – suami aku salah beli jadi aku blend jagung tu sehingga halus)
  • Kacang tanah yang ditumbuk kasar
  • Gula
  • Boleh tambah inti lain seperti Nestum, Horlick, Milo, Keju mengikut kesukaan masing-masing.




Cara-cara membuatnya ialah:
  • Satukan semua bahan di dalam blender dan blend sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan dan masak menggunakan non-stick pan, anggaran satu senduk. Kalau nak tebal letak lebih banyak.
  • Biarkan seketika dan sementara masak taburkan gula, kacang tanah dan isi jagung.
  • Agak-agak dah kuning keperangan boleh lipat kan menjadi separuh. Oleskan dengan marjerin ketika panas. Siap.

Selamat mencuba korang. Sesungguhnya perasaan berjaya buat apa yang kita suka itu sangat menyeronokkan.

Ulasan

  1. senang je ruoanya buat apam balik ek. nanti nak try juga.

    BalasPadam
  2. bravo!..ni rasa nak buat jugak ni walau takut sama banyak dengan berani hahaha. Niat nak buat yang jenis nipis tu sbb anak2 suka yang jenis nipis tu dan mmg nak cuba buat nanti

    BalasPadam
  3. Ko hebat! Aku tak sure pernah buat apam balik dalam hidup tak tapi apam balik ko ni nampak menjadi! Dah puji ni, hantarla sebekas dua kat rumah aku..aku tunggu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.