Alhamdulillah berjaya lepas satu hari puasa tanpa sebarang drama air mata dan ragam hari pertama berpuasa anak bujang. Tidak la dia menitis air mata minta nak buka puasa.
Hari pertama berpuasa tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun lepas, yelah dengan keadaan PKP ni memang agak sedikit lain rutin harian.
Maksud aku berbeza dari segi penyediaan dan beli barang dapur. Kalau tahun lepas agak-agak tak cukup bahan last minute boleh je suruh suami keluar beli barang, tapi tahun ni memang kena beli awal dan redha je barang tak cukup.
Ragam Hari Pertama Berpuasa
Kena jadi lebih kreatif dari biasa. Banyak juga
barang aku nak beli tak cukup stok dekat pasaraya. Nak beli buah koktel dari
hari tu tak jumpa.
Sesungguhnya memang sangat
penting merancang menu dari awal. Setakat ni aku dah readykan senarai menu
berbuka untuk seminggu.
Alhamdulillah walau sedikit lari dari plan asal tapi
sangat membantu otak aku bekerja. Tak lah penat berfikir. Buang masa.
Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa
Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa
Menu Berbuka Hari Pertama
Memang jadi kebiasaan hari
pertama berbuka aku cuba untuk sediakan ayam bakar. Bagi aku menu Ayam bakar ni
mengimbau semangat bazar Ramadan.
Tahun lepas aku buat ayam golek, tahun ni
malas nak cucuk ayam dengan besi jadi masak dalam bekas kaca je senang. Menu paling
senang bagi aku.
Oleh sebab bazar Ramadan dah
tiada baca dengan nada sedih dan malas nak beli di bazar Ramadan online jadi
aku rajinkan diri buat kuih. Sekadar meriahkan meja di samping gembirakan hati
suami dan anak-anak.
Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020
Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020
Pertama kali aku buat Apam Balik
dan menjadi. Perasaan gembira tu tak terkata. Rupanya senang je nak buat. cis.
Modal
pon murah je aku rasa tapi apesal harga Apam balik semakin mahal orang jual eh.
Suami pun puji kata macam dekat pasar malam. Bangga sekejap. Lol.
Cabaran Ramadan Tahun 2020
Kalau difikirkan dari sudut
kesusahan dan cabaran yang datang memang sedih tapi cepat-cepat aku fikir dari
sudut yang positif.
Kalau tiada COVID-19 pasti bulan puasa aku tak meriah sebab
suami akan bekerja dan anak bujang habiskan masa puasa di sekolah.
Bersyukur sangat
masa kami satu keluarga lebih banyak, memang meriah dengan adegan gaduh-gaduh
anak-anak. Sesekali keluar juga perangai Singa aku tu.
Cabaran lain adalah kawalan emosi
dan rasa bosan terperap duduk rumah. Macam tak percaya aku tak keluar ke
pasaraya lebih dari sebulan. Syabas diri sendiri.
Kalau ikut hati memberontak
boleh je aku ingkar ikut suami beli barang sebab suami kata semakin ramai
ingkar arahan PKP keluar suami isteri.
Tapi, kena la jujur. Memang polis tak tangkap
tapi dosa tu, untuk yang keluar tu aku husnuzon lah ada urusan yang penting
korang nak buat.
Rindu suasana nak berbuka dekat
kampung dengan mak, tapi terpaksa rela terpaksa la konsepnya untuk tahun ni. Seronok
tengok muka mak ceria bila buat video call. Meriah sebab ada cucu-cucu teman
puasa.
Kebetulan akak aku balik bercuti masa cuti sekolah yang lepas, tak lama
tu PKP dilaksanakan. Sampai sekarang lah tak boleh balik.
Ucapan Ramadan
Di kesempatan ini, aku ambil
peluang untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua, pembaca-pembaca blog,
kawan-kawan di alam maya, saudara mara dan umat Islam yang sama-sama puasa dan berjuang
melawan COVID dan juga diri sendiri.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Esok lusa
boleh ulang kembali kenangan dan bercerita dengan anak cucu apa yang jadi. Salam
sayang dari aku. jaga diri dan selamat berbuka.
Salam ramadhan diah.. sedap menu tu.. nyumm,... nyum..
BalasPadamSalam ramadan
BalasPadamkena fikir 30 hari nak masak apa sepanjang ramadan