Aku print photobook sebab memori telefon dah hampir penuh dan memang nak kena clearkan gambar. Pernah sebelum ni aku simpan gambar dalam etxernal hard disk tapi malangnya external hard disk aku rosak.
Habis semua gambar aku corrupted. Hancur hati weh. Dah la tak buat back up. Lama juga aku tak boleh move on.
Serik pisang berbuah dua kali, aku cuba minimakan risiko gambar hilang jadi aku ketagih pula nak print jadi photobook.
Cara Membuat Photobook Percuma
Harganya murah dan hanya perlu bayar kos postage je jadi memang aku
ambil kesempatan la.
Jadi untuk entri kali ni aku
kongsikan cara-cara membuat photobook percuma yang sangat mudah dan menjimatkan.
Aku print photobook menggunakan aplikasi Photobook yang aku muat turun dekat
telefon. Jadi sebelum aku teruskan korang boleh download dekat telefon
masing-masing dulu.
Ini bukanlah kali pertama aku
print Photobook, aku pernah share juga beberapa tahun lepas masa tu tengah
trending cuci Photobook ni.
Baca ~ Buat Photobook Murah
Cara Mudah Membuat Photobook Percuma
Cara yang aku terangkan dibawah
adalah untuk Photobook saiz 6 x 6 Simple Book yang boleh hanya ditebus
menggunakan kod promo TAPFREEBOOK di Aplikasi Photobook.
Boleh print sehingga
20 gambar / halaman dan tidak termasuk halaman tambahan dan tambahan kertas
(cover).
Promo Simple Book – Kod
TAPFREEBOOK
Kod promo sah sehingga 30 Jun
2020. Hanya perlu bayar kos postage sebanyak RM8 sahaja. Jom tengok langkah
seterusnya.
1 Muat turun aplikasi Photobook
dari Apple App Store atau Google Playstore. Pilih negara tempat anda tinggal
dan buat akaun di aplikasi.
2 Setelah selesai, boleh pilih
foto dari galeri telefon, Instagram, Facebook atau Google Photo. Boleh pilih 20
keping gambar. Lebih dari tu kena bayar.
3 Pilih jenis penghantaran dan
buat bayaran postage. Jangan lupa masukan kod promo: TAPFREEBOOK
Selain Photobook, ada pelbagai
produk menarik seperti kalendar, canvas print, Photo tiles, photo print,
Desktop plaques, luggage tags, photo mugs, coasters dan banyak lagi.
Promosi lain yang sedang berlangsung adalah
promosi potongan 50% untuk semua produk di Aplikasi Photobook.
Promo Photobook Produk – Kod
TAP50
Kod promo sah sehingga 30 Jun
2020.
1 Hanya boleh ditebus di Aplikasi
Photobook.
2 Tidak termasuk kos postage,
halaman tambahan, tambahan kertas, upgrade dan juga aksesori.
3. Tempoh penghantaran Photobook pun
tak lama, bergantung kepada lokasi puratanya ambil masa 5 ke 7 hari untuk
sampai. Kira ok la tuh kan?
Aku dah plan nak buat Photobook
untuk travel, sambutan majlis penting macam hari jadi, gambar raya dan juga
gambar anak-anak membesar. Selain untuk diri sendiri sebenarnya Photobook juga
sesuai dijadikan hadiah untuk orang-orang tersayang. Tak lapuk dek zaman kalau
print gambar ni.
Semoga perkongsian kali ini
memberi manfaat kepada korang dan semoga terisi jugalah waktu PKP korang.
Masih
banyak masa yang boleh digunakan dan tarikh tamat tempoh code pon lama lagi tu.
Sempat lah kita puasa dan raya. Selamat mencuba.
2 Ulasan
yes la. semlm baru usha price kat shopee. 80sen.
BalasPadamstandard la tu kan kita kena byr postage nyer RM8 kalau x silap.
ada time ni. kebetulan, start esok baru aida nak dok bertapa kat desktop kosongkan memory phone.
boleh la terus pilih gambar.
Bestnya.. cuma kena bayar postage je.. memang berbaloi..
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.