Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2020. Alhamdulillah tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut Ramadhan.
Tahun 2020 menjadi Ramadan paling berbeza, semestinya menjadi sejarah satu dunia weh, semuanya kerana COVID.
Betapa besarnya kuasa Tuhan, sekali bagi ujian habis terlangkup semua. Macamana dengan persediaan Ramadan?
Panduan & Doa Sambut Ramadan
Masih dalam mood kemurungan tak
dapat balik berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kampung, atau korang dah
move on? Syabas yang dah move on, yang belum sila ambil masa.
Buat diri sendiri walaupun belum
kuat tapi kena kuat demi anak-anak terutama anak bujang yang dalam fasa belajar
menjaga puasa.
Puasa paling mencabar sebab kali ni duduk rumah je. Aku
jangkakan akan ada drama air mata pening kepala dan sakit perut. Kita tengok
sajalah macamana nanti.
Aku sendiri dah mula siapkan
mental fizikal untuk sambut Ramadhan. Senarai menu berbuka dan waktu sahur aku
dah print dan bakal dirujuk bila tiba masanya.
Kali ni aku ajak anak dan suami
sama-sama fikir. Baru mereka sedar beban kepala otak aku berfikir nak masak apa
hari-hari. Bukan mudah ok.
Menu hari pertama puasa tahun lepas
Menu 30 hari beserta Resepi sepanjang Ramadhan
Menu hari pertama puasa tahun lepas
Menu 30 hari beserta Resepi sepanjang Ramadhan
Doa Sambut Bulan Ramadan
“Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, serta
pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan”
Niat Puasa
Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu bulan Ramadan pada
tahun in Kerana Allah Taala.
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah! Bagi Engkau aku berpuasa, dengan Engkau aku beriman, atas
rezeki Engkau aku berbuka dan dengan rahmat Engkau wahai Allah yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang
Seorang Mukmin itu wajib berpuasa
bila telah cukup 4 syarat wajib iaitu; Islam, Baligh, Berakal & juga
Berkuasa. Dulu masa sekolah rendah selalu hafal semua ni, ustazah akan soal
sorang-sorang.
Bila dapat jawab tu perasaan seronok tak terkata. Dah dewasa ni
ualngkaji sendiri sajalah. Sampai giliran bersoal jawab dengan anak pula.
Indahnya Islam menyuruh umatnya
berpuasa adalah tak lain tak bukan kerana hikmah puasa yang begitu besar.
Kita
diajar supaya berpuasa selama sebulan supaya dapat menanam rasa insaf terhadap
golongan miskin dan mereka yang kurang berkemampuan.
Masa berpuasa lah kita
melatih diri cuba memahami erti kelaparan disamping mendidik hati denagn sabar.
Selama sebelas bulan kita
manjakan diri dan perut dengan makan tanpa henti, berbeza pada bulan puasa kita
berikan rehat secukupnya supaya kita dapat mengekalkan kesihatan yang baik
untuk jangka panjang.
Air Viral Di Bulan Puasa ~Tekan SINI!
Air Viral Di Bulan Puasa ~Tekan SINI!
Dah boleh study dan ingat semula
perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kalau tak ingat meh aku kongsikan
sedikit tentang perkara-perkata yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Sumber
Majlis Islam Melaka
Dikesempatan ini aku ingin
mengucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kira kat mana korang berada.
Semoga masing-masing tabah menghadapi dugaan berpuasa diperantauan.
Marilah
kita feeling duduk di oversea dan tak cukup duit nak beli tiket flight balik
kampung. Lol.
Semoga wabak ni cepat tamat dan
kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Doa sangat jangan la ada
yang ingkar arahan PKP. Kang semua duduk dekat penjara, penuh pula tempat
tahanan dah jadi Kluster penjara pula.
Kita mesti menang dan kita tiada
pilihan melainkan untuk menang.
Baca Tentang Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?
Baca Tentang Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?
Selamat menyambut puasa ramadan
BalasPadam