Ramai tarik nafas lega bila PM umumkan penangguhan pinjaman bank (Moratorium) selama enam bulan termasuk lah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perniagaan.
Prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia sekarang yang tertekan dengan Covid-19, PTPTN juga turut serta meringankan beban peminjam dengan menawarkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada para peminjam.
Tangguh Bayar PTPTN Akibat Penularan Covid-19
Mengambil kira kesan wabak
penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan
kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN.
Kerajaan telah bersetuju
memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN
berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan mulai 19 Mac sehingga 30
September 2020.
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Automatik
Sehubungan dengan itu, peminjam
yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara
automatik tertakluk kepada keadaan berikut:
a) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
Semua arahan dan penghantaran
data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam
yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 .
Memandangkan aktiviti prosesan
data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran
balik.
Sila semak penyata pinjaman
masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan
semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima.
Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.
b) Bayaran
Balik Melalui Direct Debit
Semua penghantaran data potongan
melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020.
Sehubungan
dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga
30 September 2020.
c) Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain
seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking),
Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah
bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan.
Peminjam dikehendaki membuat
pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di
dalam tempoh ini.
Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang
telah diterima.
Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan
Bagi peminjam yang ingin
meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang
telah disediakan.
Manakala peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct
Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN
mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.
Selaras dengan penangguhan
bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan
sementara semua permohonan (Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman,
Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman) bermula 19 Mac 2020
hingga 30 September 2020.
Diharap para peminjam faham
dengan penerangan yang diberikan oleh pihak PTPTN. Kalau ada soalan dan masih
memerlukan penerangan lanjut hendaklah di salurkan ke e-Aduan PTPTN.
Pendapat aku Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Bila kerajaan umumkan penangguhan
bayaran balik PTPTN sedikit sebanyak aku rasa lega. Memang selama ni setiap
bulan aku buat bayaran.
Awalnya aku memang nak teruskan je buat bayaran
memandangkan duit hutang memang aku asingkan setiap bulan. Duit belanja harian
pun masih ada in sha Allah.
Cuma bila terfikirkan
kemungkinan-kemungkinan akan memerlukan aku menggunakan duit masa waktu gawat
ni yang buat aku fikir banyak kali.
Alang-alang kerajaan dah offer kemudahan
penangguhan apa salahnya kan?
Kena fikir juga tentang kos
pentadbiran / ujrah yang masih dikenakan walaupun buat penangguhan bayaran dan
semestinya tempoh bayaran balik akan dilanjutkan.
Sakit pula hati bila fikir. Bukan tak bersyukur. Ok lah untuk korang yang masih
ada soalan boleh hubungi pegawai PTPTN.
Alhamdulillah.. terima kasih PM..
BalasPadam