Boleh pula aku terlupa kata laluan Maybank2u hari ini. Macam biasa awal bulan mesti akan guna Maybank2u untuk selesaikan hutang bulanan.
Memang dah bertahun aku bayar bil secara online, kalau tidak silap kali terakhir aku menapak ke Pejabat Pos masa anak dara dulu teman mak bayar bil Air dan bil Api.
Dijadikan cerita, aku terlupa kata laluan internet banking Maybank. Bulan lepas aku macam ada kesedaran la konon nak tukar kata laluan Maybank2u sebab lepas dengar cerita akaun kena hacked, duit dalam akaun hilang tiba-tiba.
Terus seram.
Lupa Kata laluan Maybank2u
Masa awal dulu, Maybank tak
banyak songeh nak cipta kata laluan untuk Maybank2u, setakat guna yang ringkas
dah mencukupi.
Tapi semenjak banyak kes kehilangan duit jadi semua bank menaik
taraf sistem perbankan dan tingkatkan keselamatan, jadi kriteria kata laluan
lebih panjang dan rumit. Jadi bagus lah kan.
Jadi tak bagus bila aku cipta kata
laluan yang baru lepas tu aku lupa nak salin dalam buku. Huwaaa. Lepas tu bila
log in terus panik tak tahu apa nak buat.
Aku tak pernah tukar walau sekali pun
rasanya. Jadi kata laluan lama tu memang dah sebati dalam otak aku, yang baru
aku lupa teruk.
Cara Reset Kata Laluan Maybank2u
Kalau korang terlupa kata laluan Maybank2u
jangan risau dan panik. Perkara pertama korang kena buat ialah korang kena cuba
ingat dan masukan kata laluan macam biasa.
Korang ada tiga kali peluang untuk
masukan kata laluan yang betul.
Selagi tak cukup cubaan sebanyak
tiga kali korang tak boleh nak reset kata laluan okeh. Ingat tu!
Aku la yang
mereng, belum cuba tiga kali aku dah tekan forgot kata laluan. Memang Maybank
tak boleh trace username kau nanti dan akan cipta lebih banyak masalah.
Seterusnya, setelah dah cukup
tiga kali percubaan masukan kata laluan yang betul, korang kena tekan tab
“FORGOT PASSWORD”. Sistem akan minta korang masukan No di belakang kad
Maybank dan juga pin number ATM.
Ha ni kalau tak ingat nombor pin ATM aku tak
mampu nak tolong la ya.
Bank akan keluarkan kotak mesej dia jumpa akaun korang dan korang ada dua pilihan samaada nak RESET PASSWORD atau Log In kalau korang kot tiba-tiba teringat kata laluan.
Semestinya aku malas pisang berbuah dua kali jadi aku reset kata laluan terus.
Sila lah cipta kata laluan baru yang semestinya mencabar akal tu. Aku paling lemah cipta kata laluan minta ada huruf besar, nombor, special character semua tu.
Jadi lepas cipta sila lah tulis, ni marah diri sendiri ni sebab hari tu aku lupa nak tulis. Tangguh konon ingat nak tulis lepas tu hurmm malas nak maki diri sendiri.
Langkah terakhir adalah korang
kena tekan butang “Request OTP”. Isikan TAC number yang dihantar ke telefon
bimbit yang berdaftar dengan Maybank. Selesai.
Boleh la cuba log in dengan kata
laluan baru. Jimat masa tak bercakap dengan customer service Maybank. Mereka
pun tengah sibuk tu.
Tapi kalau ada masalah juga boleh
cuba contact customer servive Maybank 1 300 88 6688 Ada rezeki dapat la
bercakap dengan Customer Service Maybank.
Aku sempat la call lima kali dan
tidak dijawab, panik punya pasal. Akhirnya setel sendiri.
Kriteria Cipta Kata laluan Online Banking
Untuk memastikan tiada kejadian
kecurian, kehilangan wang oleh penjenayah cyber, pihak bank menasihatkan orang
ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mendedahkan maklumat
penting seperti kata laluan, TAC dan lain-lain.
Kebanyakkan bank mencadangkan
pelanggan untuk cipta password internet banking mengikut kriteria yang bank
sarankan seperti dibawah. Kata laluan mestilah:
- Mesti sekurang-kurangnya 8 aksara panjang (maksimum 12)
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf huruf besar
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecil
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 watak istimewa
- Mesti TIDAK mengandungi 3 aksara berturut-turut misalnya 123, abc
- Mesti TIDAK mengandungi ruang
- Mesti TIDAK sama seperti ID pengguna dan frasa keselamatan Maybank2u anda
- Mesti TIDAK sama dengan 7 kata laluan anda yang terdahulu
Kesimpulan
Mak aku selalu pesan, semakin cerdik manusia semakin
banyak jenayah akan tercipta. Jadi sentiasalah berhati-hati supaya tidak
terjatuh ke dalam perangkap penjenayah.
In Sha Allah dengan mengikut
langkah-langkah keselamatan yang pihak bank cadangkan, kita akan terselamat
dari menjadi mangsa jenayah seterusnya.
Artikel ini termasuk apa perlu
buat jika terlupa password Maybank2U, cara reset password Maybank2U dan
ciri-ciri kata laluan perbankan online yang dicadangkan oleh bank.
TQ kak share. Boleh cuba nanti.. harap tak terlupa kata laluan la
BalasPadam