Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah Jack ‘N Jill Roller Coaster
Satu tabiat aku kalau makan snek Jack
‘n Jill Roller Coaster gegelang ubi kentang tu mesti akan sarung dekat jari
jadi cincin. Kengkonon jadi mak Datin kaya makan sambil tengok televisyen.
Berangan tak ingat sampai habis sepeket. Asyik weh. Korang pernah buat?
Selaku peminat makanan ringan
snek Jack ‘n Jill Roller Coaster memang teruja sungguh bila Jack ‘n Jill telah melancarkan
kempen ‘Jack ‘n Jill Roller Coaster Fun-tastic Day’ sebagai tanda penghargaan
kepada semua rakyat Malaysia selaku pemakan snek yang hebat.
Tujuan hari fantastik ini
diadakan adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan keceriaan kepada seluruh
rakyat Malaysia sambil menikmati snek gegelang ubi kentang yang rangup ini.
Menariknya,
idea di sebalik pelancaran ini adalah “SPREAD THE FUN, SPREAD THE GIFTS
(SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH)”, dengan menggalakkan orang ramai untuk
sama-sama berkongsi keseronokan yang tiada penghujung.
Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengadakan satu sambutan yang bertujuan untuk berseronok semata-mata sambil mengudap gegelang ubi kentang yang berperisa hebat dan enak ini.
“Selama ini, ramai dalam kalangan
rakyat Malaysia sebenarnya telah memiliki pengalaman istimewa terhadap Jack ‘n Jill
Roller Coaster.
Ini kerana caranya dimakan memberikan kenangan manis ketika
zaman kanak-kanak. Antara kaedah memakan yang menyeronokkan termasuk menyusun
gegelang ubi kentang dengan tinggi sebelum memasukkan sekeping demi sekeping ke
dalam mulut.
Kini, anda boleh mengulangi
keseronokan seperti dulu dengan berkongsi dan makan bersama sahabat anda
gegelang ubi kentang yang enak ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan
(SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.
Sertai Peraduan Dan Beri Kejutan Hadiah
Tambah Puno lagi “Keseronokan itu
bagaimanapun tidak sepatutnya terhenti setakat mengunyah gegelang ubi kentang
Jack ‘n Jill Roller Coaster sahaja.
Ia harus berterusan ibarat tiada
penghujungnya, dan keseronokannya pasti berganda apabila adanya hadiah menanti
anda dan sahabat anda.
Didorong dengan semangat untuk
menyebarkan keseronokan, Jack ‘n Jill Roller Coaster telah memperkenalkan satu
peraduan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai keseronokan dan
pada masa yang sama berpeluang membawa pulang satu hadiah KEJUTAN khas untuk
anda dan sahabat anda.”
Dalam kehidupan seharian, ada
kalanya hanya sedikit keseronokan pun sudah memadai untuk menjadikan hari kita
lebih ceria dan rancak.
Sementara ganjaran menunggu, ayuh sambut kempen Hari
Fantastik ini bersama Jack ‘n Jill Roller Coaster dan menangilah HADIAH MENGEJUT
untuk diri dan sahabat anda!
Rancakkan Hari Anda Dengan Jack ‘N Jill Roller Coaster Fun-Tastic Day!
Kejutkan sahabat anda dengan
hadiah misteri dengan mengikuti DUA langkah mudah seperti di bawah:
Langkah 1
Beli sebarang produk Jack ‘n Jill
Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit.
Langkah 2
Ambil gambar resit pembelian
anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan
yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-1081 1878
Jom Jadi 45 Orang Bertuah
Kejutan Yang Menyeronokkan Menanti
Anda. Seramai 45 pemenang bertuah bersama sahabat yang mereka calonkan akan
menerima ganjaran berupa sebuah kotak misteri berdasarkan jawapan yang
dihantar.
Tunggu apa lagi, dapatkan Jack ‘n Jill Roller Coaster hari ini dan
sama-sama kita berseronok!
Bersempena dengan pelancaran ini,
Jack ‘n Jill Roller Coaster juga mengambil kesempatan untuk melahirkan
penghargaan kepada beberapa personaliti tanah air seperti Wafiy Ilhan, pelakon
dan pengacara TV di atas sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan membawakan
keceriaan dan gelak ketawa untuk kita semua.
Untuk maklumat lanjut, sila
layari laman Facebook kami (Jack ‘N Jill Roller Coaster).
SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN
HADIAH!
2 Ulasan
hadiah apa yg diorang nak bagi tu..hehe ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamnnt nak cuba mana tau rezeki kan
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.