Result SPM Teruk, Apa Perlu Saya Buat?

Tahniah untuk adik-adik yang sudah selamat ambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Macamana keputusan? Ada baik? Puas hati? 

Kalau ya, tahniah dan selamat melangkah ke dunia pelajaran seterusnya. 

Kepada adik-adik yang menerima keputusan SPM yang kurang memuaskan atau ada gagal dalam subjek yang diambil, aku harap korang tak melatah dan tak putus asa.

Aku ingat lagi masa aku ambil result SPM di tahun 2003, aku pun ada gagal dalam salah satu subjek penting iaitu matematik tambahan. Subjek paling aku tak boleh digest masuk dalam otak. 

Gagal dalam matematik tambahan menyebabkan sijil SPM aku tak cantik dipandang. Sedih tapi dah tertulis rezeki setakat itu sahaja.

Result SPM Teruk, Apa Perlu Saya Buat?

Berbalik kepada tajuk dekat atas, kalau adik-adik dapat result SPM teruk, apa perlu adik-adik buat? Berhenti belajar? Cari kerja? Kahwin? 

Diharap adik-adik cool dan duduk fikir sedalam-dalamnya. Jangan buat keputusan secara terburu-buru dan paling penting minta pendapat guru-guru, ibu bapa dan keluarga.




Lepas SPM Sambung Belajar Atau Bekerja?

Apa aku kongsikan dalam entri kali ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga pendapat peribadi berdasarkan orang-orang disekeliling aku. 

Termasuklah apa yang jadi pada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Aku terpanggil nak berkongsi sebab masa zaman aku dulu, aku kena buat keputusan sendiri dan waktu tu penggunaan internet masih lagi suam-suam kuku. 

Ramai adik-adik yang buat keputusan untuk terus bekerja dengan menggunakan result SPM yang tidak begitu cemerlang. Perkara paling mudah dibuat dan nak elak dari berfikir panjang jadi adik-adik cenderung untuk ambil jalan mudah.

Jangan berhenti belajar ye adik-adik. Ini pesanan ikhlas akak, tapi keputusan akhir masih di tangan awak semua. Jangan fikir dunia pekerjaan semudah yang disangka dan mudah puas hati dengan gaji yang korang dapat di waktu ini.

Kena faham, hari demi hari kos sara hidup semakin tinggi. Persaingan akan bertambah dan tanya lah mana-mana syarikat akan memilih mereka yang ada kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah. Masa zaman akak mula cari kerja dulu, kelayakan perlu ada ialah Diploma. Memang struggle.

Kenapa perlu ada diploma, ijazah dan lain-lain? Kerana sekeping sijil inilah yang bakal menjadi tiket untuk kita cari kerja dan tentukan tangga gaji kita. 

Sepanjang proses kita nak genggam diploma dan ijazah itulah waktu kita siapkan diri nak tempuh alam pekerjaan sebenar.



Nak sambung Belajar tapi Tak tahu Nak Pilih Course apa?

Soalan paling popular anak-anak saudara aku akan tanya, kalau sambung belajar nak pilih course apa? Susah tak kalau ambil course X? Saya tak suka kira-kira, ada tak course yang tak payah kira-kira? 

Sebenarnya course apa yang patut dipilih bergantung kepada result SPM adik-adik.
Apa perlu adik-adik buat adalah:

  1. Kenalpasti institusi yang adik-adik rancang nak mohon dan tengok senarai course yang ada. Tak kisah Kolej Kemahiran, Politeknik atau Universiti Awam.
  2. Kalau tak pasti tentang course yang ditawarkan boleh cari maklumat di internet atau jumpa guru kaunseling sekolah. Paling senang cari sahaja di Internet, dari situ boleh tambah ilmu dan pupuk minat.
  3. Dah jumpa course yang menarik minat kena tengok kelayakan minima untuk mohon course tersebut. Layak atau tidak? Kena la berpijak pada bumi yang nyata. Mohon ikut kelayakan.
  4. Masih ragu-ragu nak mohon course apa? Boleh sambung belajar Tingkatan 6. Beri masa dan ruang untuk diri belajar.
  5. Alasan paling tak munasabah aku selalu dengar adalah anak tak minat course X, anak tak suka subjek mengira, anak tak boleh itu ini. Wahai adik-adik, silalah buka mata. Mana nak datang minat kalau korang belum ada pendedahan tentang sesuatu course? Hanya sekadar buat keputusan berdasarkan pengetahuan yang tak seberapa. Akak mohon jangan terlalu cepat beri alasan tak minat. Fahami betul-betul dan akak yakin minat tu boleh dipupuk.

Peranan Ibu Bapa

Waktu inilah Ibu bapa mainkan peranan penting dalam membantu anak-anak buat keputusan seterusnya. Jangan sesekali pandang rendah, dan anggap cita-cita anak itu remeh. 

Sentiasalah berfikiran terbuka dan positif. Anak-anak sentiasa mengharapkan ibu bapa terutama sokongan yang tak berbelah bahagi. Walau apa sahaja keputusan yang anak-anak dapat, peluklah mereka uacapkan kata syabas kerana mereka telah berusaha.


Ulasan

  1. its ok kalau result tak berapa bagus. spm is not everything. tambah kemahiran dan ilmu yg diminati.. insya allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.