Kalau korang mencari makanan Korea yang authentic dan halal di sekitar Selangor dan KL korang patut ke EID restoran yang terletak di Damansara.
EID Authentic Korean Restaurant juga ada cawangan di Bangi dan juga Seremban.
Antara makanan yang selalu masuk dalam ‘food hunting’ aku adalah makanan Korea. Aku syak sebab aku suka tengok drama Korea dan juga Runningman telah mempengaruhi otak aku untuk cuba.
Bila tengok scene makan je mula la aku telan air liur. Hati meronta-ronta suruh cari. Kecintaan aku terhadap makanan memang tak pernah pudar. Memang sejak kecil lagi aku sejenis manusia yang suka cuba semua jenis makanan.
Kecintaan aku terhadap makanan memang tak pernah pudar. Memang sejak kecil lagi aku sejenis manusia yang suka cuba semua jenis makanan.
Makan Di EID Authentic Korean Restaurant Halal Di Damansara Perdana
Dulu masa aku bekerja, memang banyak duit gaji aku dibelanjakan untuk makan. Tapi masih terkawal. Berkawan pula dengan orang yang suka cuba makanan baru memang meriah lah.
Geram punya pasal, untuk
mengubati kerinduan pada makanan Korea aku ajak kawan-kawan aku balas dendam
cuba makan makanan Korea yang terletak di Damansara Perdana.
Ambil peluang
untuk ‘me-time’ bila suami beri keizinan untuk jumpa kawan sambil makan.
Menu Makanan di EID Authentic Korean Cuisine
Aku dapat tahu tentang Restoran EID
ni melalui hebahan kawan-kawan dekat Instagram. Rata-rata bercakap tentang
kesedapan makanan dekat sini yang menggunakan original resepi Korea dan semestinya
terasa autentik (asli) Korea walau berada di Malaysia.
Tak perlu terbang jauh ke
Korea untuk merasa makanan Korea. Jom aku cerita sikit tentang
Restoran EID.
Kalau nak tahu, pemilik restoran
EID di Malaysia ni merupakan rakyat Korea beragama Islam yang datang ke
Malaysia dan membuka restoran Korea yang menggunakan resepi keluarga mereka.
Yu
Hyunwoo atau nama Islam beliau Saad, dan Han Narae atau nama Islam dia ialah Nadia
merupakan pasangan suami isteri.
Yu Hyunwoo mengembangkan lagi
perniagaan keluarga mereka dengan membuka outlet di Malaysia manakala ibu
bapanya bertanggungjawab ke atas Restoran EID di Korea.
Setakat ni ada empat outlet
termasuk di Seoul, Korea. Kalau di Malaysia, korang boleh pergi ke outlet
Restoran EID di Damansara Perdana, Bangi Sentral ataupun di Seremban Gateway.
Outlet Damansara Perdana yang aku
pergi ni merupakan outlet ketiga Restoran EID di Malaysia. Telah dibuka sejak 5
September 2019 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat makanan
Korea.
Hanya di outlet Damansara Perdana sahaja yang menyediakan minuman kopi
kepada pelanggan. Jadi peminat kopi macam aku mesti datang ke sini.
Korang juga tak perlu risau sebab
kesemua bahan masakan di restoran dibekalkan oleh EID Central Kitchen yang
telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM. Penggemar makanan Korea yang
beragama Islam macam aku dapat menikmati juadah hidangan asli Korea tanpa rasa
ragu-ragu.
Restoran EID di Seoul, Korea yang popular di kalangan pelancong Malaysia dan merupakan restoran pertama yang diiktiraf Halal oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). KMF ialah satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim tau.
Restoran ini bukan sahaja popular dalam kalangan Muslim, malah menjadi pilihan bukan muslim dan mendapat sambutan orang Korea sendiri kerana keenakan juadah rasa asli Korea.
Dah beberapa kali aku cuba makanan Korea, rasa makanan di Restoran EID memang lain dan sedap. Memenuhi kehendak selera aku.
Menu Perlu Cuba Restoran EID
Antara menu yang aku sempat cuba
pada hari tersebut ialah; dumpling ramyeon, cheesy corndog, soteok (sweet &
spicy), chicken kimchi stew, jimdak (braised chicken), nasi dan Seaweed sup. Selain
tu korang boleh cuba Beef Bimbimbap, Yangnyeom (sweet & spicy), Honey
Dakganjung (Boneless Chicken), original or cheese topokki, spicy bulgogi,
samgyetang, dumpling pancake dan banyak lagi.
Masak sendiri Corn Dog Resepi Ambil sini
Masak sendiri Corn Dog Resepi Ambil sini
Tak susah pun sebab korang boleh rujuk
menu bergambar dan boleh tanya crew restoran yang ramah menerangkan tentang
menu-menu yang ada.
Kalau tanya aku, korang kena cuba cheesy corndog dia memang
terbaik. Saiz dia besar dan boleh dikongsi berdua. Doh yang lembut dan disaluti
oleh sos keju yang lemak berkrim.
Kalau suka makan ramyeon, boleh cuba dumpling ramyeon. Kuah dia agak pedas tapi orang Malaysia In sha Allah boleh tahan pedas.
Aku masih teringat-ingat chicken kimchi stew dekat EID restoran, rasa macam fresh sangat lepas makan. Rasa sup dia yang simple dan menenangkan. Macam tak puas makan bila hirup sup dia.
Untuk peminat kopi korang kena cuba Affogato. Hanya di outlet Damansara Perdana yang ada jual kopi tau sebab dekat sana ada machine kopi tu.
Affaogato ni adalah gabungan kopi dan juga aiskrim. Aiskrim diletakkan dalam mangkuk dan kemudian dicurahkan kopi ke atasnya. Padu weh rasa dia.
Salah satu kopi yang terdapat di Restoran EID Damansara Perdana.
Kesimpulan
Overall aku berpuas hati makan dekat sini. Restoran bersih dan selesa, makanan dia sedap dan crew restoran pun ramah.
Untuk korang yang nak cuba
sesuatu yang baru dan terutama kepada peminat makanan Korea, boleh lah cuba
sendiri makan di salah satu outlet Restoran EID. Waze je alamat di bawah:
📍EID
Authentic Korean Cuisine, Damansara
17, Jalan Pju 8/5d,
Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
📍EID
Authentic Korean Cuisine , Seremban
3-Level 1 , Seremban
Gateway
📍EID
Authentic Korean Cuisine , Bangi
8-19-01 , Jalan Medan
Pusat Bandar,7a Bangi Sentral
📍EID
Authentic Korean Cuisine , Seoul
756-10, Hannam Dong,
Yongsan-Gu, Seoul, South Korea
Adoi.. terliur pula tengok entry diah nie.. InsyaAllah.. satu hari nanti.. hehehe..
BalasPadam