Resepi Sambal Terung Telur Pedas

Sebenarnya terhasilnya resepi sambal terung telur ni sebab nak habiskan stok sayur dekat dapur. Terung pun tak banyak, tinggal lagi sebatang puas la fikir nak campak dalam menu mana. 

Lepas habis fikir, mengambil inspirasi makanan orang Arab yang suka makan terung dan jadikan dia macam paste, pekat dan sedap. Maka cuba-cuba je olah masak sambal terung.

Sengaja letak telur supaya terung ada kawan dalam sambal tu. Tidak lah dia keseorangan disitu. Kalau tiada telur pun masih sedap ya.

Resepi Sambal Terung Telur Pedas 

Kena sangat kalau makan dengan nasi putih atau dijadikan pencicah cucur atau lempeng. Oh sambal terung ni bukan macam sambal terung typical tu tau. lain sikit.

Aku rasa lebih kurang je cara masak sambal terung korang selalu buat, cuma resepi ni aku olah ikut tekak dan bahan yang ada dekat fridge. 

Sesuai sangat buat sempena bulan puasa nanti. Aku selalu bulan puasa suka makan yang ringkas dan tidak terlalu pedas. 



Resepi Sambal Terung Telur Mudah

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat sambal terung telur pedas ialah seperti berikut. Nak buat dalam kuantiti banyak cuma gandakan nisbah bahan-bahan dekat bawah ni ya. 

Ada bahan yang tak perlu letak contohnya fish cake, aku letak sebab rasa kosong sangat sambal aku tu.


Macam aku cakap tadi, resepi ni sangat mudah. 
Jom tengok apa yang diperlukan:
  • Satu batang terung yang dicincang dadu dan dilumurkan kunyit.
  • Bawang putih dan bawang merah yang dikisar halus. Buat nisbah 2:3.
  • Empat sudu cili kisar.
  • Dua biji telur.
  • Minyak untuk menumis.
  • Fish cake (Aku sengaja letak sebab nak habiskan bahan)
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula


Cara-caranya ialah:
  • Goreng terung sehingga masak, kemudian tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukan cili kisar dan biar sehingga pecah minyak.
  • Tambah air jika perlu. Masukan serbuk perasa dan gula.
  • Dah agak masak pecahkan telur dan biarkan sehingga telur masak.
  • Siap.


Khasiat Sayur Yang Bernama Terung

  • Kaya zat besi
  • Rendah kalori
  • Tinggi Serat
  • Kaya antioksida
  • Mencegah stress
  • Elok untuk pesakit diabetes
  • Baik untuk otak
  • Tulang lebih kuat
  • Menjaga kesihatan jantung

Sambal terung ni sesuai sangat bila selera makan tu tak berapa nak ada. saja praktis sebab lagi sebulan dah masuk bulan puasa sis. Moga sempatlah hendaknya kita berpuasa macam biasa. Jom sama-sama doa semoga Malaysia bebas COVID-19 segera.

Ulasan

  1. Sedapnya.. antara sayur kesukaan.. tapi sejak PKP ini memang tak mandanglah sayur.. huhuhu..

    BalasPadam
  2. tk mkn sgt terung tp terung sambal mkn..tp tkpernh lg mkn yg skali ngan telur

    BalasPadam
  3. Makan nasi panas2 terung sambal nie saje pun boleh menambah tau..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.