Oleh sebab anak tekak teringin nak makan biskut famous amos dan sekarang tak boleh keluar jadi kita buat sendiri sajalah.
Selalu ke pasaraya kalau lalu depan kiosk Famous Amos mesti tergoda bau dia bakar biskut. Harum sungguh.
Dulu masa bercinta, suami suka beli. Almaklumlah tengah manis bercinta semua kena makan manis-manis. Lol.
Cara Buat Biskut Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi
Bila dah kahwin dah jarang sangat
beli mungkin sebab faktor usia tak berapa gemar benda manis. Sesekali rindu
baru buat, kalau malas beli je sis. Senang cerita.
Oleh sebab musim berkurung
di rumah maka kita pun buatlah. Bahan-bahan pun ada di rumah. Nah ~ Resepi Biskut Tart Coin Coklat
Sebelum tu nak beritahu, jangan
pelik ye tengok biskut aku taka da Chocolate Chip, aku ganti dengan kekacang
tu. Chocolate Chip habis.
Alhamdulillah biskut ni menjadi
dan anak-anak pun suka. Kalau ada rezeki, boleh jadi biskut raya tahun ni. sobs
sedih kalau sebut raya.
Tahun ni lain sikit sebab dengan keadaan COVID-19
sekarang semuanya berbeza dari tahun-tahun sudah. Moga mudah lah hendaknya
urusan kita semua.
Mudah Je Nak Buat Biskut Viral Ni
Aku boleh katakan peratus untuk
gagal buat biskut ini amatlah tipis. Berbanding buat kek, buat biskut lagi
senang. Ke cane?
Tu pendapat aku lah. Tak leceh sebab buat biskut ni tak payah
guna mixer (aku guna senduk aje). Selain tu ikut je sukatan yang dicadangkan.
Aku faham perasaan bila bakar
biskut atau kek lepas tu tak menjadi. Aku pernah berada di tempat itu suatu
ketika dulu. Rasa macam nak carut je kena habiskan sorang-sorang. Tak sedap
siapa nak makan lol.
Beberapa perkara perlu korang
ingat kalau nak dapatkan biskut yang cantik kejadiannya ialah ikut sukatan
dengan betul, tak boleh agak-agak je bahan-bahan dia.
Ikut aturan yang
dicadangkan. Sebelum bakar biskut kena panaskan oven sekurang-kurangnya 15
minit. Ini penting ya.
Selain daripada itu, penggunaan
mentega dan bahan berkualiti akan menyumbang kepada tahap kesedapan biskut
atau kek. Itu semua orang tahu kot.
Lihat Sini ~ Resepi Aneka Biskut Raya Yang Viral
Lihat Sini ~ Resepi Aneka Biskut Raya Yang Viral
Resepi Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous
Bahan A
250 gram Marjerin – aku pakai
jenama Anchor
1 ¼ Cawan Gula Perang
1 sudu kecil Essen vanilla
1 biji telur
Bahan B
2 ½ Cawan Tepung Gandum
½ Cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak masak
300 gram Chocolate Chip
Cara-cara membuatnya adalah
seperti berikut:
- Campurkan kesemua bahan A dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukan satu persatu bahan-bahan B kecuali Chocolate Chip dan kacau sebati.
- Selepas sebati baru campurkan Chocolate Chip.
- Rehatkan doh selama 30 minit di dalam fridge
Susun cookies atas Loyang besar
50 sen dan jarak kan sebab doh akan mengembang.
Bakar pada suhu 150 celcius api
atas bawah selama 20 minit atau sehingga biskut keperangan ikut oven
masing-masing.
Satu adunan ni aku boleh dapat
satu bekas kecil macam gambar dekat bawah ni. Bertahan la dua ke tiga hari.
Alhamdulillah kena dengan tekak dan tidak terlalu manis.
Oleh sebab stok Chocolate
Chip habis maka aku gantikan dengan biji kuaci. Aku sangai sebelum campur dalam
adunan. Crunchy dan tidak mengganggu rasa biskut asal.
Kalau ikut resepi aku pernah cuba
sebelum ni, langsung tak letak minyak masak ya. Fungsi minyak masak tu aku rasa
nak bagi biskut tu moist. Untuk yang nak cuba, diharap berjaya. Tak susah pon.
Alahhh..rajinnya dia buat biskut wehhh… biskut femes pulakk tuu.. cikma sampai skrg tak pernah lagi buat biskut haaa….terukkan...ahahahahaa
BalasPadamLama dah tak buat biskut ni
BalasPadamsuka biskut chocolate chip..sepanjang PKP ni ada je yg share buat biskut juga
BalasPadam