Resepi Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi

Oleh sebab anak tekak teringin nak makan biskut famous amos dan sekarang tak boleh keluar jadi kita buat sendiri sajalah. 

Selalu ke pasaraya kalau lalu depan kiosk Famous Amos mesti tergoda bau dia bakar biskut. Harum sungguh. 

Dulu masa bercinta, suami suka beli. Almaklumlah tengah manis bercinta semua kena makan manis-manis. Lol.

Cara Buat Biskut Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi

Bila dah kahwin dah jarang sangat beli mungkin sebab faktor usia tak berapa gemar benda manis. Sesekali rindu baru buat, kalau malas beli je sis. Senang cerita. 

Oleh sebab musim berkurung di rumah maka kita pun buatlah. Bahan-bahan pun ada di rumah. Nah ~ Resepi Biskut Tart Coin Coklat

Sebelum tu nak beritahu, jangan pelik ye tengok biskut aku taka da Chocolate Chip, aku ganti dengan kekacang tu. Chocolate Chip habis.

Alhamdulillah biskut ni menjadi dan anak-anak pun suka. Kalau ada rezeki, boleh jadi biskut raya tahun ni. sobs sedih kalau sebut raya. 

Tahun ni lain sikit sebab dengan keadaan COVID-19 sekarang semuanya berbeza dari tahun-tahun sudah. Moga mudah lah hendaknya urusan kita semua.




Mudah Je Nak Buat Biskut Viral Ni

Aku boleh katakan peratus untuk gagal buat biskut ini amatlah tipis. Berbanding buat kek, buat biskut lagi senang. Ke cane? 

Tu pendapat aku lah. Tak leceh sebab buat biskut ni tak payah guna mixer (aku guna senduk aje). Selain tu ikut je sukatan yang dicadangkan.

Aku faham perasaan bila bakar biskut atau kek lepas tu tak menjadi. Aku pernah berada di tempat itu suatu ketika dulu. Rasa macam nak carut je kena habiskan sorang-sorang. Tak sedap siapa nak makan lol. 

Beberapa perkara perlu korang ingat kalau nak dapatkan biskut yang cantik kejadiannya ialah ikut sukatan dengan betul, tak boleh agak-agak je bahan-bahan dia. 

Ikut aturan yang dicadangkan. Sebelum bakar biskut kena panaskan oven sekurang-kurangnya 15 minit. Ini penting ya.

Selain daripada itu, penggunaan mentega dan bahan berkualiti akan menyumbang kepada tahap kesedapan biskut atau kek. Itu semua orang tahu kot.

Lihat Sini ~ Resepi Aneka Biskut Raya Yang Viral



Resepi Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous

Bahan A

250 gram Marjerin – aku pakai jenama Anchor
1 ¼ Cawan Gula Perang
1 sudu kecil Essen vanilla
1 biji telur

Bahan B

2 ½ Cawan Tepung Gandum
½ Cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak masak
300 gram Chocolate Chip



Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut:

  • Campurkan kesemua bahan A dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukan satu persatu bahan-bahan B kecuali Chocolate Chip dan kacau sebati.
  • Selepas sebati baru campurkan Chocolate Chip.
  • Rehatkan doh selama 30 minit di dalam fridge

Susun cookies atas Loyang besar 50 sen dan jarak kan sebab doh akan mengembang.
Bakar pada suhu 150 celcius api atas bawah selama 20 minit atau sehingga biskut keperangan ikut oven masing-masing.

Satu adunan ni aku boleh dapat satu bekas kecil macam gambar dekat bawah ni. Bertahan la dua ke tiga hari. Alhamdulillah kena dengan tekak dan tidak terlalu manis. 

Oleh sebab stok Chocolate Chip habis maka aku gantikan dengan biji kuaci. Aku sangai sebelum campur dalam adunan. Crunchy dan tidak mengganggu rasa biskut asal.



Kalau ikut resepi aku pernah cuba sebelum ni, langsung tak letak minyak masak ya. Fungsi minyak masak tu aku rasa nak bagi biskut tu moist. Untuk yang nak cuba, diharap berjaya. Tak susah pon.


Ulasan

  1. Alahhh..rajinnya dia buat biskut wehhh… biskut femes pulakk tuu.. cikma sampai skrg tak pernah lagi buat biskut haaa….terukkan...ahahahahaa

    BalasPadam
  2. suka biskut chocolate chip..sepanjang PKP ni ada je yg share buat biskut juga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.