Kalau sebut pasal Tanah Suci selalu mak aku pesan, kalau nak pergi buat umrah atau Haji kena pergi masa waktu muda, masa tu badan masih kuat baru lah seronok nak beribadah.
Mak berkesempatan tunaikan Umrah tahun lepas sampai ke hari ni kalau sebut pasal Tanah Suci Mekah memang dia suruh menabung dan ajak pergi lagi nak pergi Haji pula.
Memang la nak sangat ke sana, antara wishlist aku bercita-cita nak pergi Haji sebelum usia cecah 40 tahun.
Moga tercapai lah hasrat tu, dan aku dah pun mula buat carian pakej haji supaya senang nak menabung. Lainlah kalau mak aku nak sponsor, untung badan.
Pakej Haji Rayhan Felda Travel Mesra Warga Emas.
Mak dah seru adik beradik, mak
nak ajak pergi Haji hujung tahun ni. Kalau ikut komitmen sekarang memang aku
tak bersedia lagi. Risau sebenarnya nak lepaskan mak pergi di usia sekarang.
Tapi, bila aku terbaca pengalaman haji seorang jemaah dengan satu agensi ni aku
jadi lembut hati pula nak biar mak pergi.
Pengalaman Haji Bersama Felda Travel, Pakej Rayhan
Bila terbaca pengalaman jemaah
warga emas dengan Felda Travel rasa seronok pula. Memang setiap apa yang dia
kongsi tu memang merupakan perkara-perkara penting yang perlu dijaga bila
berada di Tanah Suci. Dengan usia dan tahap kesihatan mak memang perlu sangat
dapat layanan sebegini.
“Ya Allah, Tak Sangka Sampai
Macam Tu Mereka Layan Mak Saya”
Dah hampir setahun balik haji,
tapi mak saya tak habis-habis bercerita kepada kawan-kawan surau dia tentang
pengalaman haji dia dengan satu agensi ni.
Mungkin mak saya bersyukur sangat
sebab doa dia untuk pergi dengan pakej terbaik dimakbulkan Allah. Yelah, bukan
senang sebab mak saya ada sakit lutut dan tak boleh berjalan jauh.
Saya pon risau sebab mak saya
pergi seorang diri, arwah abah dah tak ada. Tapi Alhamdulillah, Felda Travel
banyak sangat mudahkan perjalanan haji beliau. Mak saya kata, hotel dekat
sangat nak ulang alik ke masjid.
Makan pun sedap, kena dengan
selera mak, sebab Felda D’Saji yang sediakan. Yang buat mak saya terharu sangat
tu, sebab ada seorang staff tu sanggup tolak kerusi roda dia sepanjang 4 hari
mak pergi melontar jamrah. Bukan dekat, lebih 3km jarak dia tapi staff tu sabar
je layan mak saya.
Kelebihan Pakej Haji Rayhan Felda Travel
Oleh sebab aku excited lepas baca
pengalaman makcik tu terus aku buat carian tentang pakej Haji Felda Travel dan
aku tertarik dengan Pakej Haji Rayhan yang mereka tawarkan.
Kalau korang sedang
mencari pakej haji yang dapat menjaga
kebajikan ibubapa korang dan mesra warga emas boleh consider untuk ambil
pakej Haji bersama Felda Travel ni.
Dapatkan Harga Promosi Istimewa Klik
sini ~ http://feldatravel.com.my
Ada 10 sebab kukuh kenapa Pakej
Haji Rayhan menjadi pilihan bakal Jemaah Haji ialah:
1. Hotel sangat dekat dengan
Masjidil Haram. Hanya 250m saja ke Masjidil Haram. Tak perlu jalan kaki
lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut.
Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.
2. Tiada Transit Hotel di
Aziziah. Kami bawa anda terus masuk ke hotel di Mekah. Anda tak perlu
transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, anda dapat
berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat jika pergi dengan pakej
kami.
3. Ustazah Pembimbing Haji.
Kami bawa 1 Ustazah khas untuk membantu menjawab segala permasalahan wanita
dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan,
tapi kami bawa untuk sedia kan servis terbaik
4. Makanan selera Melayu
Buffet disediakan oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari anda di Mekah.
Memang kena dengan tekak kita anda tak perlu risau nak cari makanan lagi.
5. Saiz kumpulan kecil. Saiz
jemaah kami limit kan untuk menawarkan jemaah perkhidmatan berkualiti dengan
layanan istimewa.
6. Percuma Qurban. Kami
beri Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih
awal.
7. Hari Tarwiyah. Tak
semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi kami bawa jemaah bermalam di
Mina pada 8 Zulhijah, seperti sunnah Nabi SAW.
8. Agensi Berpengalaman.
Alhamdulillah ini tahun ke 14 kami diberi lesen oleh Tabung Haji untuk
mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang cukup berpengalaman.
9. 11 Hadiah Percuma. Kami
beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun
Islam ke 5 ini.
10. Pembimbing Haji
Berpengalaman. Kami bawa 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk
menjadi pembimbing haji di Mekah. Membantu anda untuk mendapatkan haji yang
mabrur.
Jadi tunggu apa lagi, kalau
korang ada kenalan, ibu bapa atau saudara mara yang sedang merancang untuk
menunaikan Haji apa kata risik-risik pakej Haji Rayhan yang ditawarkan oleh
Felda Travel ni.
Rebutlah harga promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25
Mac 2020 tau.Sebarang pertanyaan lanjut atau pendaftaran
Pakej Rayhan boleh menghubungi talian :
Tel: 019-201 0843 / 03-2789 1133
Whatsapp: 019-279 0022
Laman web:
http://www.feldatravel.com.my
Facebook:https://www.facebook.com/FeldaTravel
Instagram:
https://www.instagram.com/FeldaTravel
Felda Travel ni antara travel agent yg mmg disahkan untuk pakej haji...kalau ikutkan tahun 2050 baru dapat pergi haji..tak pasti sempat ke idok
BalasPadaminsyallah one day kalau ada rezeki lebih nak kesana dengan pakej juga. tapi memang amount tu kena banyak sebab mahal kan.. tapi ada duit apa salahnya guna untuk ibadah..
BalasPadamPakej yang berbaloi..
BalasPadam