Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID-19 dengan mengamalkan minum air suam, berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan COVID19.
Tapi betul ke?
Itu apa yang dipercayai oleh segelintir rakyat Malaysia tetapi kalau di Iran pula, ada yang percaya minum alkohol dapat menyingkirkan virus tersebut.
Tidak pasti bagaimana timbulnya petua-petua ni tetapi kalau lah semudah minum air suam dan kumur air garam dapat singkirkan COVID-19 pastinya kita semua dah boleh tarik nafas lega. Tapi tidak ya korang.
Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?
Diminta jangan mudah percaya. Mujur petua minum air suam ni tak
memudaratkan, bayangkan kalau petua mengarut lain pula jadinya.
Menurut pakar perubatan, COVID-19
adalah jangkitan saluran pernafasan khusus saluran pernafasan yang lebih
mendalam. Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran
pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak.
Jangan sebarkan Maklumat Palsu
Memang jadi budaya rakyat
Malaysia suka sangat-sangat berkongsi sesuatu yang mereka sendiri pun tak
pasti. Aku tidak salahkan semua, tapi majority memang suka kongsi walau tak
pasti.
Bila ditegur tarik muka, siap pakej bergaduh tak bertegur sapa.
Buruk akibatnya kalau sebarkan sesuatu yang tak benar. Bukan setakat buat orang jadi panik tapi boleh jadi lebih buruk bila melibatkan kesihatan dan nyawa.
Aku memang tak percaya info di Whatsapp dan aku galakkan korang untuk dapatkan maklumat sahih dari media sosial KKM seperti Twitter KKM https://twitter.com/myhealthkkm Instagram KKM dan Telegram khas untuk COVID-19 https://t.me/sihatmilikbersama
Langkah-Langkah Pencegahan COVID-19
1.Mengamalkan tahap kebersihan yg
optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang
efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.
2. Mengamalkan etika batuk (cough
etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk
mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat
mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.
3. Mengamalkan jarak sosial
(social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
4. Menangguhkan penganjurkan
perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).
5. Tidak menghadiri perhimpunan
yang melibatkan orang ramai (mass gathering).
6. Menangguhkan perjalanan ke
wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di
Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini) mahupun di
Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah
dengan jangkitan penyakit.
Kesimpulan
Aku mohon kita semua saling bantu
membantu dalam menangani wabak yang sedang berleluasa ini. Jadilah rakyat yang
bertanggungjawab, patuh arahan pihak berkuasa dan sama-sama berdoa supaya kita
dapat melepasi ujian kali ini.
Untuk yang tak sihat ada
simtom-simtom COVID-19 segeralah berjumpa dengan doktor dan elak pergi ke
tempat ramai orang.
Dapatkan rawatan dan asingkan diri. Serius, bila dah masuk
gelombang kedua aku jadi semakin paranoid dengan apa sahaja dan berdoa lah kita
tak masuk ke gelombang ketiga dan seterusnya. aamiin.
good sharing
BalasPadamMacam macam diorang ini..
BalasPadam