Masalah Anak Tak cukup Berat Badan

Kalau ikut tarikh appointment klinik, dah genap setahun anak ketiga aku ada masalah tak cukup berat badan.  Carta berat dan tinggi dia dah masuk line kuning dan jadi statik bila mencecah usia dua tahun. BMI jadi tak cantik. 

Selama setahun itulah juga beberapa kali aku berjumpa dengan pakar pemakanan. Stress jangan cakap la. Perasaan bersalah sebab anak tak capai berat badan yang disarankan sedikit sebanyak buat aku tertekan. 

Beban dan sesak di dada setiap kali jumpa pegawai pakar pemakanan memang tak boleh nak terangkan. Alhamdulillah, sesi berjumpa pergawai pakar pemakanan tidak berseorangan. Suami pasti ambil cuti dan sama-sama dengar kaunseling yang pegawai beri.

Masalah Anak Tak cukup Berat Badan

Airis Safiya merupakan anak ketiga aku. Ini kali pertama aku berhadapan situasi masalah berat badan sebab abang dan kakak dia sebelum ni tak pernah aku follow check-up klinik kesihatan kerajaan. 

Dulu masa aku bekerja, agak susah kami suami isteri nak cuti jadi kami pilih untuk lakukan pemeriksaan di klinik swasta.




Alhamdulillah tak ada la pula doktor dekat klinik swasta highlight anak-anak aku tak cukup khasiat. Memang anak sulung agak rendah tapi dari segi perkembangan otak dia cemerlang. Alhamdulillah.  

Selepas aku lahirkan anak ketiga, aku decide jadi suri rumah sepenuh masa dan jaga anak-anak aku di rumah. 

Bila jaga anak sendiri cabaran tu lain macam la terutama nak pastikan anak-anak makan makanan berkhasiat dan ikut masa.


Aku Ke Punca Berat Badan Anak Aku Tak Naik?

Aku akui ada masa aku tewas dengan emosi. Tahun pertama aku jadi suri rumah sepenuh masa dan baru habis pantang memang aku sedikit terkejut dengan tanggungjawab baru aku pikul. Bukan mudah. Salute la kepada suri rumah dekat luar sana. 

Dulu, aku fikir jadi ibu bekerja dan suri rumah dah penat gila, tapi jadi suri rumah sepenuh masa lagi double triple penat. Dua situasi berbeza sebenarnya jadi aku tak kata ibu bekerja kurang penat ya.

Berbalik kepada situasi untuk memahami kenapa berat badan anak aku tak naik seperti yang disarankan, aku ringkaskan dalam bentuk point dibawah supaya lebih senang nak faham. 

Anak aku lahir cukup bulan, tiada masalah kesihatan kecuali waktu dalam kandungan umur 34 minggu doktor suntik untuk matangkan paru-paru & pernah prolonged jaundice sahaja. Tapi tidak la sehingga kena tahan di wad.

Anak aku bukan jenis memilih makanan. Syukur tak risau aku boleh beri apa sahaja tetapi dia ada mood untuk makan. 

Kalau datang mood dia tak mahu makan dan nak bermain memang setiap masa dia nak main termasuk waktu makan.




Masuk umur setahun dia mula aktif nak bermain dan belajar kenal benda. Semasa waktu makan, memang aku turut bermain sama-sama. Bila aku suap dia akan reject dan tutup mulut rapat-rapat. Memang dia akan menangis bila aku paksa makan.

Oleh sebab dia tak mahu disuap jadi aku tukar approach suruh dia suap sendiri. Bila suap sendiri ambil masa lama dan kuantiti yang masuk ke mulut sikit berbanding yang tumpah dekat lantai.

Selera makan terhadap nasi, mee, bihun, spagethi, lempeng dan seangkatan adalah sangat rendah. Kalau ada ayam atau daging dia akan makan tu je dan tinggalkan nasi, mee. Biskut dan buah juga dia makan dalam kuantiti sederhana.

Pegawai Pemakanan cadangkan kalau buat cucur campur blend sekali dengan nasi, kerap suap anak dengan makanan tapi dalam kuantiti kecil, layan anak sepenuh hati.

Salah satu faktor berat badan dia statik adalah dia kerap demam. Sebulan sekali mesti dia akan demam. Bila demam selera makan dia pun demam sekali. 

Bayangkan setiap bulan aku terpaksa deal dengan selera dia yang terganggu sebab demam tu. Sehingga umur dia dua tahun baru lah dia jarang demam.





Aku fully breastfeed dan pernah aku beri dia susu Fernleaf Full Cream tapi dia minum tak sampai dua onz sekali minum. Sepanjang usaha aku menjaga dan cuba naikan berat dia aku beri dia multivitamin Champs. Tambah kekerapan waktu makan, kurangkan susu badan dan cuba tarik minat dia terhadap makanan.

Putus Asa Bila Anak Tak Mahu Makan?

Pernah pegawai pakar pemakanan tegur aku supaya jangan berputus asa bila anak tak mahu makan. mungkin dia nampak air muka aku berubah macam nak menangis bila aku ceritakan segala usaha yang aku buat tapi tak menampakkan hasil.

Serius waktu awal-awal aku jadi putus asa sebab semua benda aku buat tak mendatangkan hasil. Aku pernah tanya doktor anak tak cukup berat dan tinggi ni bukan disebabkan keturunan ke? memang suami dan aku ni saiz kecil molek je. Jadi macam logik la anak pun pendek.

Pegawai pakar pemakanan kata, keturunan tu adalah faktor terakhir akan doktor kaitkan bila semua usaha untuk buat anak cukup berat dan cukup tinggi tidak mendatangkan hasil. 

Jadi tinggi dan cukup berat adalah usaha dan juga satu pilihan bermula dari rumah dan juga didikan ibu bapa.

Appointment seterusnya adalah masa anak aku umur dua tahun tiga bulan. Berat sekarang adalah 8 kilogram dan berat ideal patut anak aku capai adalah minimum 9.5 kilogram. Aku diberi masa dua bulan untuk naikkan berat badan dia.

Pegawai pakar pemakanan ada terangkan risiko jika berat dan tinggi tak selari dan tak capai berat dan tinggi yang dicadangkan anak aku berisko untuk obesiti. 

Dia akan besar dan lebar, bukan tinggi. Erti kata lain kemetot. Bila obesiti, penyakit merbahaya lain amat mudah hinggap jadi kena berhati-hati.



Kesimpulan

Aku belajar banyak benda bila semua ni berlaku. Aku percaya setiap ujian dan masalah yang Tuhan bagi akan ada learning point untuk aku belajar dan faham menjadi ibu bapa bukan tugas mudah. 

Tak kira apa jua yang berlaku sebagai ibu yang melahirkan aku tetap akan berjuang untuk pastikan anak dapat yang terbaik. 

Syukur juga suami tak pernah salahkan aku dan sentiasa menjadi tulang belakang dan penyokong bila aku tengah down. Perit juga learning curve kali ni tapi kita positif sajalah.


Ulasan