Selepas YAB Perdana Menteri kita
umumkan Bantuan Prihatin Nasional bakal diberikan kepada rakyat beberapa hari
lepas, akhirnya Kementerian Kewangan tampil menerangkan mengenai perkara ini.
Pelaksanaan
dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan
sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Bantuan Prihatin Nasional adalah
salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Bantuan PRIHATIN Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40
Jadi orang ramai diminta
berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan scammers yang semakin berani
mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.
Kerajaan tidak pernah melantik orang tengah dan jangan mudah untuk memberikan maklumat
kepada mana-mana pihak ketiga.
Kerajaan memang dah ada data
peribadi golongan B40 & M40 berdasarkan data Bantuan Sara Hidup dan juga berdasarkan
data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pemberian BPN akan
dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Info Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40
Penerima BPN akan menerima jumlah
bantuan berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan bulanan isi rumah. Jumlah BPN
paling tinggi ialah RM1,600 bagi pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
RM1,000
bagi pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000. Bagi golongan bujang yang
mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan RM800 manakala
pendapat RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500.
Jom kenali lebih dekat kategori
yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin
Nasional B40 adalah bayaran secara kredit ke akaun (jika ada maklumat
akaun) atau bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (Jika tiada
akaun atau status bayaran adalah gagal kredit).
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin
Nasional M40 adalah bayaran melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam
BNCP terkini yang telah dikemukakan.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank
ketua isi rumah dan jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan
BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang
ditaksir.
Boleh mengemaskini maklumat akaun
bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini
> Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan
aktif.
Pastikan akaun bank adalah
atas nama penerima.
Semak Status Kelayakan
Penerima yang layak menerima
Bantuan Prihatin Nasional boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020 di Portal
Rasmi rasmi kerajaan berikut:
B40 – Semak di Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia
M40 – Semak di Bantuan Sara Hidup
(BSH)
atau Kementerian Kewangan
Malaysia
Jika memenuhi kriteria tetapi
tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40
boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di portal rasmi dibawah dan
pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia,
Bantuan Sara Hidup (BSH),
Kementerian Kewangan Malaysia,
Kesemua permohonan akan disemak
berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan baharu
Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020
secara sekaligus.
Diharap penjelasan di atas dapat
membantu korang lebih memahami inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat semasa
saat genting macam ni. Sekali lagi di ingatkan agar tidak berkongsi maklumat
peribadi dan tidak menjadi mangsa scammer seterusnya. Untuk maklumat lanjut
boleh hubungi no telefon di bawah:
Kementerian Kewangan (Jam 9 pagi
– 5 petang, Ahad- Jumaat)
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882
9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan
Malaysia
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Terima kasih kerajaan sayang dia kat rakyat
BalasPadamAlhamdulillah.. bolehlah rakyat menyumbang semula dengan membelanjakan bantuan yang diberi dengan membeli keperluan rumah..
BalasPadam