Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (Throwback)
Sudah selamat pun Perdana Menteri
(PM) kita menyampaikan perutusan khas mengenai COVID-19. Bila stesen televisyen
sebarkan berita perutusan bakal berlangsung pada sebelah malam, rupanya telah
mengakibatkan panik di kalangan rakyat.
Sebelum tu lagi rakyat dah mula
takut kalau Malaysia ambil langkah drastik untuk lockdown. Sedihnya, rakyat
Malaysia kurang kefahaman tentang lockdown dan tapi mula panik membanjiri kedai
runcit, pasaraya dan lain-lain untuk borong barang keperluan.
Kecoh sana sini bila orang mula
muatnaik status dalam Facebook, barang di rak-rak dalam pasaraya kosong, orang
tolak troli penuh dengan barang dan ada yang tak sempat pun nak membeli. Syukur
tiada kejadian bergaduh atau pertumpahan darah berlaku.
Prihatin dengan keadaan semasa,
PM telah menyampaikan beberapa amanat yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat
Malaysia berhubung dengan status terkini dan juga angka mangsa wabak COVID-19
yang semakin meningkat.
Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung
Untuk elak keadaan menjadi lebih
teruk, PM Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai
strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan
menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit akan berkurang
dan seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.
Penting untuk rakyat faham apa
itu Perintah Kawalan Pergerakan dan ianya tidak sama dengan Lockdown. Semasa tempoh
kawalan pergerakan, kita masih lagi dibenarkan keluar tapi terhad kepada urusan
penting seperti membeli bekalan makanan dan mendapatkan rawatan di klinik atau
hospital.
Selain kawalan pergerakan kena
fahami juga keperluan untuk mengamalkan social distancing (jarak sosial) iaitu
satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan
jangkitan atau wabak. Sebagai contoh mudah, menutup bangunan dan membatalkan
majlis atau upacara.
COVID-19 merebak kebanyakkan
melalui jangkitan daripada individu ke individu melalui titisan pernafasan
apabila yang berjangkit batuk atau bersin dan juga melalui sentuhan pada
permukaan yang dicemari virus.
Sedihnya, rakyat Malaysia ni bila
kerajaan keluarkan perintah kawalan pergerakan dia ambil peluang balik bercuti
ke kampung halaman. Siapa yang balik memang ada sebab itu kita faham lah, yang
sengaja dan terang-terang sebab bosan duduk rumah rasa sedikit sedih dengan
sikap tak fikir kesan dan akibat.
Bayangkan dalam banyak-banyak
manusia yang pulang ke kampung tetapi tidak sedar diri dijangkiti COVID19 dan
menyebabkan orang lain terjangkit. Sedih betul kalau fikir. Merisikokan nyawa
orang lain.
Golongan warga emas antara
golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ni. Sistem imun, ketahanan
tubuh dah berkurang tapi kalau tengok mangsa yang meninggal berusia 34 tahun
dan tiada sejarah sakit kronik. Sungguh mati tak kenal usia, tak kira siapa.
Tapi kita yang masih sihat ni jaga la kebersihan ambil peluang yang ada.
Kalau baca berita masih ada lagi
segelintir rakyat Malaysia yang tak ambil serius dengan arahan pihak berkuasa.
Mungkin belum rasa takut lagi dengan wabak COVID19 agaknya. Masih boleh makan di
restoran dan keluar buat aktiviti riadah. Geleng kepala baca.
Untuk aku sendiri, kawalan
pergerakan tak banyak beza sebab memang aku work from home pun sambil jaga
anak. Bezanya aktiviti keluar beli barang kena dikurangkan, walaupun masih
bebas nak ke pasaraya tapi fikir beratus kali nak keluar. Risau terserempak
dengan orang yang pentingkan diri.
Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari
Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari
Me-time waktu getir macam
sekarang ni memang tak wujud. Penat memang penat, mujur suami ambil giliran
jaga anak-anak. Anak-anak sangat gembira sebab abah diaorang ada 24 jam dekat
rumah dan paling penting Astro bagi saluran percuma. Memang enjoy habis.
Dalam kekecohan wabak yang
semakin berleluasa ni, realitinya ada je orang sanggup bercuti waktu-waktu
sebegini. Tergoda dengan promosi tiket penerbangan murah. Tak pasti apa dalam
fikiran dia. Bukan setakat tu je, siap upload gambar percutian. Sesungguhnya
ketar menahan marah. Yelah mungkin aku tak berada di tempat dia, kurang faham.
Dia dah kumpul duit dan beli tiket lama dah pun. tu sebab kot. Sangka baik je
ni.
Kesimpulan
Apa pun yang jadi pasti ada
hikmah tersembunyi Tuhan nak suruh kita beringat dan berjaga-jaga. Aku rasa
inilah waktu terbaik Tuhan suruh kita berehat, berhenti sekejap buat segala
aktiviti, fokus kepada kesihatan dan keluarga. Lama sangat kita lagha disamping
menjahanamkan bumi milik Pencipta.
Waktu ini lah kita di ajar untuk
bersimpati, bertolak ansur dan kena ingat kalau kita tak mampu menyumbang
tenaga atau wang ringgit kita boleh bantu ringankan beban dengan mematuhi
arahan dan jaga kesihatan diri dan keluarga.
while me social distancing from the whole wide world and stayed in the house without even seeing the sun XD.
BalasPadamtahu tahu lapar nak makan hahaha.
but that is only for the first day.
bila terkurung ni ada aja idea yang nak cari jalan untuk keluar. huhu. terbiasa keluar susah jugak deme ni. kena ingat kesihatan tu lebih penting. dapat covid tu tak memasal kena kurung dalam hospital. compare kena kurung dalam hospital baik kurung diri dalam rumah lah. hahaha.
BalasPadamkalau ikutkan kalau duduk rumah ni panjang listnya...nak dengan tidak dan malas dengan rajin jer..hehee
BalasPadamPart balik kg berduyun-duyun tu memang tak boleh nak hadam.. lepas tu sekarang nie, berduyun-duyun pula dari kg nak ke bandar semula.. degil tak boleh nak buat apa..
BalasPadam