Apa khabar korang semua? Terasa sangat bila dah dikuatkuasakan pergerakan kawalan ni macam terputus dengan dunia luar.
Syukur internet di Malaysia masih lagi boleh diakses. Bayangkan kalau komunikasi pun disekat. Tak dapat bayangkan.
Harapnya rakyat kita ambil serius dengan apa yang berlaku sekarang. Seronok bila tengok pengumuman rasmi Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang sentiasa ingatkan supaya duduk di rumah.
Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari
Rasa macam kerajaan ambil berat terhadap rakyat. Terima kasih. Cuma yang
tinggal rakyat je kena mendengar kata.
Dah masuk beberapa hari Perintah
kawalan pergerakan tapi masih ada rakyat yang degil. Teruskan aktiviti harian
di luar rumah seperti berjogging dan berbasikal.
Rasa nak hempuk je kepala
masing-masing. Janganlah sampai Tentera pula kena masuk campur kawal
pergerakan. Teruk nanti.
Bagus juga idea hanya ketua
keluarga yang dibenarkan keluar, itu pun kalau ada urusan penting atau beli
bekalan makanan.
Tak dapat bayangkan kalau anak kecil dibawa keluar waktu
genting macam ni. Aku nak lepaskan suami cari barang pun aku rasa tak sedap
hati.
Risau betul kalau jadi apa-apa.
Yelah selain berdoa, langkah-langkah pencegahan kebersihan memang selalu aku
tekankan.
Dah la COVID19 boleh hidup di permukaan sehingga 9 jam. Berapa ramai
pula yang singgah dan beli belah di pasaraya. Siapa boleh jamin pasaraya tu
selamat. Seram bila fikir.
Sebelum ni syarikat suami buat
rotation untuk bercuti. Ambil giliran seminggu bercuti dan seterusnya. Lega
bila keluar arahan supaya syarikat tempat suami bekerja ditutup sepenuhnya.
Selalu kalau keluar bekerja, amalan selalu kalau balik dari kerja mesti aku
suruh basuh tangan dan mandi. Anak-anak selalu terkam sambut dia balik.
Langkah-Langkah Kebersihan Perlu Ambil Tahu
Jadi pesanan aku dekat korang
dekat luar sana yang keluar rumah, pergi ke pasaraya, keluar bekerja, atau
terdedah dengan dunia luar sila amalkan langkah-langkah kebersihan dekat bawah
ni:
#1 Pakai topeng muka #mask
Sebelum ni aku baca mask perlu dipakai oleh mereka yang dijangkiti dan tak
sihat supaya bila batuk atau bersin tak la kena pada orang lain. Tapi ambil
sajalah extra precautions pakai je selagi ada stok. Masalah sekarang stok mask
dah tiada
#2 Pakai sarung tangan plastik
bila ambil barang di rak pasaraya. Lepas selesai buanglah.
#3 Sentiasa cuci tangan dengan
sabun guna prinsip 20 saat ya. Bukan bilas tangan dengan air je, kena cuci.
#4 Standby Hand sanitizer letak
dalam handbag dan keraplah guna terutama bila pegang troli di pasaraya.
#5 Bila balik rumah terus cuci
tangan dan lagi bagus kalau mandi. Tukar baju. Kita tak tahu segala bakteria
dan virus yang ada melekat pada pakaian kita.
#6 Kalau bungkus makanan, cuba
semak tahap kebersihan kedai makan dan elak tempat yang ramai orang. Waktu genting
sekarang aku memang elak bungkus makanan kecuali terpaksa.
Kesimpulan
Sebenarnya masih banyak
langkah-langkah penjagaan kebersihan boleh diamalkan. Mahu atau tidak sahaja
terpulang pada kita.
Terkesan bila tengok petugas-petugas barisan hadapan
terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan berkorban merawat pesakit
dan pastikan wabak ni terkawal.
Tak lupa juga petugas bahagian
pertahanan yang menjaga keamana negara, yang terpaksa korbankan nyawa demi
pastikan negara kita terkawal dan tiada pertumpahan darah berlaku. Aku seru
rakyat Malaysia tolong jangan tambahkan lagi beban mereka.
Di waktu yang kritikal inilah
kasih sayang, kepercayaan, taat setia kita akan diuji. Sekuat mana kepercayaan
kita tak kira apa sahaja agama, aku yakin inilah waktu kita meminta dan berdoa
kepada Yang Berkuasa.
jangan panik dan kekal tenang :) ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamduk rumah berguling hahaha
BalasPadamye sis.. kite tak lari sis.. hahahaha~ badan dah naik cam tong ni rasanya..
BalasPadammak2 anak ramai mmg akan panik sbb anak duduk rumah asyik lapar jer..haha
BalasPadamSamalah.. memang risau nak suruh suami ke kedai.. tp nak buat macam mana kan.. nak tak nak kena juga suruh.. Yang penting langkah kebersihan tu kena amalkan..
BalasPadam