Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19, Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk.
Bukan apa, dengan peratus yang tinggi orang salah guna Whatsapp dan sebarkan benda tak betul aku jadi takut nak percaya.
Jadi marilah kita sebarkan maklumat yang sahih sahaja ya. Pesanan untuk kita semua, tak pasti jangan kongsi.
Baru-baru ni KKM ada kongsikan tentang lokasi untuk dapatkan topeng muka (face mask). Benda paling sukar nak jumpa sekarang tak lain tak bukan topeng muka dan juga had sanitizer.
Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer
Serius semua habis stok, kalau
ada pun di jual dalam kuantiti yang terkawal. Setiap orang boleh beli dalam
kuantiti minimum yang dibenarkan sahaja.
Aku pernah tanya hand sanitizier yang
kecil saiz kurang dari 100ml harga mencecah RM20.
Cara Periksa Tempat Jual Topeng Muka
Sebenarnya wujud satu kaedah
untuk periksa premis yang menjual topeng muka dan hand sanitizer secara atas
talian. Selalu kalau walk in ke farmasi pasti akan kecewa sebab tiada stok kan?
Rupa-rupanya korang boleh semak premis yang ada stok topeng muka sebelum keluar
rumah. Bagus kan?
“Face Mask Checker Map”
membolehkan orang ramai memeriksa premis berdekatan yang mempunyai stok topeng
muka dan hand sanitizer bagi mereka yang memerlukan melalui wheremymask.com Memang bagus sebab
menjimatkan masa dan korang tak perlu lagi mencari dari satu farmasi ke farmasi
lain.
Boleh rujuk FB My Pharmacist House untuk keterangan lanjut. Kalau ikut contoh gambar di bawah, Warna Kuning
menunjukan Tiada Stok, dan Warna Merah Ada Stok, manakala Biru mewakili Status
Tidak Pasti.
Pesanan Kementerian Kesihatan Tentang Penyakit COVID19
Banyak sebenarnya kempen-kempen dan juga poster yang telah
KKM kongsi di internet dan televisyen menasihatkan agar rakyat Malaysia menjaga
kebersihan dan kesihatan tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Rakyat
diminta untuk tidak mementingkan diri dan ambil kesempatan di atas musibah yang
melanda.
Perhatian harus diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti:
1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit dgn penyakit kronik
4. Wanita hamil.
Nah aku kongsikan artikel dari https://kpkesihatan.com/ tentang langkah-langkah pencegahan perlu korang tahu:
Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta;
Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.
Kesimpulan
Harapnya dengan keadaan situasi yang kritikal sekarang tiada
pihak yang akan ambil kesempatan dan jual barang-barang tersebut dengan harga
yang mahal. Setiap orang memainkan peranan penting untuk memastikan kita agar
dapat membendung wabak penyakit ini dari terus berleluasa.
Thank you info sangat penting ni..baru tahu ada apps boleh check kat mana jual mask
BalasPadamMama.bari nak Cari Ni tq for info
BalasPadamstock mask mmg susah nak cr.. hr tu g farmasi dekat rawang dapat la jugak tapi harga mahal.. beli je sbb keperluan dh skrg.. hand saniter just beli dettol
BalasPadamPayah sangat nak cari mask skrg. Bab hand saniter tu rasa mcm ok lagi kot sbb kene rajin2 basuh tangan dengan sabun. Apapun semoga dipermudahkan urusan kita semua.
BalasPadamSy tag akak di https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html