Tinggal kurang dari dua bulan sahaja lagi, bulan Ramadan bakal tiba. Sana sini semua dah sibuk mempromosikan pakej berbuka puasa termasuk hotel dan juga restoren.
Menyantuni jemputan dari Kuala Lumpur Convention Centre Selasa lepas, aku antara media yang hadir untuk merasa dan menikmati juadah berbuka puasa yang bakal disajikan oleh Kuala Lumpur Convention Centre sepanjang bulan Ramadan nanti.
Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre
Kalau tahun lepas mereka
mengetengahkan konsep “gerai”, tahun ini pula Kuala Lumpur Convention Centre
mengembalikan kenangan indah bulan Ramadan dengan ‘Resepi Asli Turun-Temurun’.
Dengan semangat balik beraya di kampung dan kegembiraan berkumpul satu
keluarga, Kuala Lumpur Convention Centre ingin menghidupkan semula kemesraan
ini dengan ‘Memoir Ramadan’ yang akan membawa pengunjung yang datang ‘menggamit
kenangan zaman silam’.
20 Sajian Kegemaran Resepi Asli Turun Temurun
Khas sempena sepanjang bulan
Ramadan tahun ini, pelanggan dapat menikmati resepi asli turun temurun yang
disediakan oleh pasukan cef yang telah memenangi berbilang anugerah.
Kebanyakkan diilhamkan oleh resepi tradisional yang diwarisi turun-temurun
dalam keluarga masing-masing.
Menurut Chef Eksekutif Kuala
Lumpur Convention Centre, Hisham Jaafar, “kami akan mengekalkan menu yang sama
sepanjang bulan Ramadan pada tahun kerana tidak mahu pengunjung terlepas
merasai sajian yang kami tawarkan”.
Beliau juga turut teruja untuk berkongsi
masakan istimewa para Chef bersama pengunjung pada tahun ini.
Menu berbuka puasa meliputi
campuran sajian tradisional dan moden serta tak lupa juadah kegemaran bulan
puasa dan antara sajian yang perlu di cuba ialah Sup Tulang Rawan Kicap Bersama
Sambal Cili Padi hasil sentuhan Chef Bahar.
Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama
Nangka Muda masakan istimewa Chef Asri, daging gulai kawah oleh Chef Rezal dan
daging masak hitam daripada Chef Imran.
Uniknya sempena Ramadan kali ini,
setiap menu yang dihidangkan mempunyai kenangan dan kisah tersendiri.
Sebagai
contoh menu Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama Nangka Muda oleh Chef Asri
berasal dari neneknya yang menjadi tradisi untuk menghidangkan sajian istimewa
ini pada hari pertama Ramadan.
Sejak berumur 10 tahun, beliau
akan membantu nenek dan ibunya menyediakan sajian ini dan bertambah manisnya
resepi ini menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya.
Kenangan
indah di dapur inilah yang membakar semangat Chef Asri untuk memperkenalkan
sajian masakan Melayu kepada orang ramai.
Menu Buka Puasa Perlu Korang Cuba
Mengikut selera anak tekak aku,
semua menu memang patut korang cuba tetapi ada beberapa menu yang tak boleh
korang lepaskan kalau berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre ini.
Almaklumlah, jika banyak makanan di depan mata kadang-kadang keliru nak pilih
yang mana. Jom baca lebih lanjut menu yang aku cadangkan.
Air Teh Susu Pisang
Untuk hilangkan dahaga korang
boleh mula dengan air sejuk mahupun panas. Air yang aku nak cadangkan ialah air
sejuk, campuran Lemon, Lada, daun limau purut.
Walaupun ada lada namun tidaklah
pedas macam sambal belacan ya, rasa ‘kick’ itu ada cukup untuk menyegarkan
tekak.
Manakala untuk minuman panas ada pelbagai pilihan Teh dan kopi dan aku
sukakan air Teh Tarik Pisang. Kena minum masa panas-panas baru terasa aroma
pisang yang lemak tu. Banyak lagi ‘air homemade’ yang disediakan untuk korang
cuba.
Sup Tulang Rawan Kicap Bersama
Sambal Cili Padi
Kesedapan sup yang disediakan
oleh Chef Bahar masih lagi terasa. Sup yang direneh lama dengan rempah ratus
serta kepelbagaian cara makan sup Tulang Rawan ni menambat tekak aku.
Hirup sup
begitu sahaja pun dah sedap. Sesuai makan dengan roti, mee mahupun nasi.
Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup
Bakar
Kalau korang fikir Nasi Dagang
dekat sini ialah nasi Dagang ber Lauk Ikan Tongkol korang salah okeh, apa yang
menarik selera aku nak cuba adalah padanan lauk nasi dagang tu adalah dengan
tulang rusuk.
Ye nama dia ialah Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar. Daging
super embuk dan sangat sedap. Cukup rasa dan semestinya nasi serta condiments
yang menyerlahkan lagi kesedapan Nasi Dagang tu sendiri.
Sate Perut
Orang Malaysia kalau masa buffet
Ramadan memang tak sah kalau tiada sate, dia rasa tak lengkap. Jadi untuk tahun
ni Kuala Lumpur Convention Centre sediakan tiga jenis sate iaitu sate perut,
sate daging dan ayam. Sate ayam dan daging lembut gilos.
Kambing Golek
Ada kambing golek baru la meriah
buka puasa macam orang ada-ada. ok gurau. Masih mengekalkan menu Kambing Golek
Harissa yang memang masyhur di sini dihidangkan dengan sos pudina, rosemerry,
serta aneka sos lain.
Sajian Kontemporari &
Antarabangsa
Sesekali buka puasa dengan menu
antarabangsa apa salahnya kan. Boleh cuba makanan laut panggang daun pisang ala
Portugese, Teriyaki Jepun dan aneka Pilihan Sushi.
Memang tak mengecewakan
sebab semua makanan laut tu fresh dan dimasak di depan mata.
Pisang Panggang Bermadu Nenas
Bersama Badam
Walaupun pisang tu dipanggang
dengan madu tetapi manis dia tidak lah terlampau manis. Rasa karamel tak pahit
langsung dan ada rasa panggang. Rangup sangat bila kunyah badan dan pisang
bersama. Layan habis. orang sebelah aku repeat dua kali makan pisang ni.
Ice Shave Avocado
Antara pencuci mulut yang
dicadangkan oleh Chef: legakan tekak dengan Ice Shave Avocado yang lemak
berkrim. Ais Avocado dikisar halus dan kemudian ditambah dengan aneka
buah-buahan seperti nangka, honey dew, isi buah kelapa dan bermacam lagi
condiment menambah kesegaran.
Chef cadangkan untuk makan bersama isi kelapa
muda dan buah nangka. Masa menulis ni terasa lagi kesedapan dia. Tolong jangan
lupa cuba.
Kesimpulan
Sebenarnya banyak lagi menu-menu
sedap yang ada di Kuala Lumpur Convention Centre sempena bulan Ramadan yang
bakal menjelma ni. Pengunjung yang hadir dijanjikan dengan sajian makanan
lazat, layanan bertaraf 5 bintang dan kena tempah awal untuk dapatkan harga
promosi dengan potongan 10% (harga asal RM155 seorang).
Untuk harga korporat
pula berpeluang mendapat promosi pada harga RM132.
Lima dapur di Kuala Lumpur
Convention Centre disahkan Halal oleh JAKIM dan untuk yang risau terlepas
Tarawih, Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khusus, sejadah, selipar,
tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan Solat Maghrib, Isyak dan juga
Tarawih. Semuanya berdekatan.
Disebabkan tempat duduk untuk
orang ramai adalah terhad dan tempahan diperlukan untuk acara korporat, korang
boleh hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan buka puasa orang ramai dan +603
2333 2877 untuk tempahan korporat. Boleh layari laman web Kuala Lumpur
Convention Centre, www.klccconventioncentre.com
untuk mengetahui tawaran lanjut mengenai tawaran bulan puasa.
semua makanan dia nampak sedap.. em.. terliur !! kena masuk dalam list ni.. hee~
BalasPadam