Memang dari awal tahun lagi mood
aku nak kemas rumah sangat berkobar-kobar. Aku dah siap senaraikan barang dan
perabot perlu beli untuk capai impian aku nak cantikan rumah.
Bukanlah nak
cantik apa pun, cukup sekadar selesa aku nak buat kerja dan nampak kemas. Target aku yang pertama adalah
nak beli meja untuk aku guna sebagai mini office dalam bilik nombor dua.
Beli Perabot Di IKEA Cheras
Bilik komputer
sedia ada digunakan oleh suami untuk kerja Trade dia. Malas nak kacau sebab
kerja dia melibatkan fokus yang tinggi manakala aku kadang-kadang kerja kena
pasang musik kuat utnuk seru idea datang.
Jadi kami ke IKEA seperti biasa
untuk cari idea dan beli kelengkapan ikut minimal bajet yang aku tetapkan. Oleh
sebab suami yang bayar maka final decision datang dari dia juga.
Bagus juga ada
second opinion, kalau tak aku akan ambil sesuka hati, lepas tu menyesal sebab
ikut nafsu.
Shopping, Makan Meatball & Balik
Plan kami macam biasa, right
after breakfast untuk alas perut dan kami menuju ke IKEA Cheras. Faktor jarak
yang lebih dekat dengan rumah menjadikan IKEA Cheras pilihan tempat beli belah
selain tempat makan meatball. Entah apa yang sedap sangat memang anak-anak aku
suka makan meatball IKEA.
IKEA memang tak pernah lengang
terutama dekat café dia. Aku rasa rakyat Malaysia datang IKEA semata-mata untuk
makan. lol. Aku adalah antara mereka yang datang IKEA untuk makan.
Walaupun
terpaksa beratur agak panjang tapi servis dia laju. Konsep layan diri dan bayar
di kaunter tu aku suka. Laju je. Setakat ni semua menu yang aku pernah beli
kami anak beranak suka. Next nak cuba Salmon pula.
Selain meatball, kesukaan kami adalah ribs. Ya ampun masa menaip ni pun terbayang kesedapan sos BBQ dan daging dia yang lembut, luruh dari tulang tu. Ok kumpul duit nanti repeat.
Ni aku beli Kek Almond sebab teringin tapi sangat tak kena dengan tekak. Almond tu tak crunchy so agak kecewa. Agaknya memang kek tu rasa macam tu la kot kan.
Aku Makan smoked bbq Beef Rib Dekat IKEA
Aku Makan smoked bbq Beef Rib Dekat IKEA
Beli Meja Untuk Mini Office
Alhamdulillah, urusan kami
dipermudahkan. Dapat beli meja berharga RM99, yang mana masih dalam bajet aku
dan almari baju untuk anak-anak terpaksa kami hold sebab tiada rekaan yang kami
suka.
Maybe next time boleh tengok online katalog IKEA sebelum pergi untuk
jimat masa. Selain meja, rutin setiap kali
pergi sana akan beli plastic zip lock. Aku guna plastik ni sebagai storage
bahan-bahan mentah.
Saiz aku pilih tu sesuai untuk enam ketul bahagian ayam
saiz sederhana. Jadi kalau defrost dan masak memang cukup la lauk untuk satu
hari.
Kali ini aku beli laptop
supporter dan juga tempat letak kaki. Murah je semuanya bawah RM20 setiap satu.
Sangat-sangat membantu supporter kaki tu, sebab kebiasaan aku buat kerja di
meja pasti kaki terjulur ke bawah.
Dalam waktu yang lama kaki aku jadi bengkak
sebab tergantung macam tu. Ada supporter kaki tu hilang lenguh. Lagi satu
fungsi tempat letak kaki tu macam mesin jahit Singer mak aku pernah guna. Kira
part of exercise masa gerakkan kaki.
Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.
Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.
Sepanjang dekat sana, anak-anak
la yang paling tak sabar nak balik. Sejam terakhir dekat sana anak-anak dah
start crancky. Untuk elak kejadian tak diingi kami balik selepas beberapa jam
tawaf tempat sama.
Aku tak pernah muak kot pergi sana. Terhibur weh tengok
dekorasi bilik tidur, bilik air, pejabat dan ruang tamu. Ni perangai mak-mak
kan? Berangan tak habis. Kalau lah kaya, aku beli kot. Tapi orang kaya shopping
dekat IKEA ke? eh.
Tips Jika Datang Shopping Di IKEA
Aku bukanlah pandai bab sharing
tips ni tapi ini berdasarkan pengalaman aku as parents yang bawa tiga anak
kecil yang sentiasa mahukan hiburan dan cepat lapar.
Setiap orang ada cara
masing-masing, jadi jika tak bersetuju dengan cara aku cadangkan ni boleh
abaikan ya.
2. Pesan dekat anak-anak supaya behave dan kongsi apa plan bila ke IKEA. Suruh je anak-anak yang cari apa korang nak beli. Confirm dia akan teruja nak cari barang tu sampai jumpa. Bijak kan?
3. Bawa air dan juga snack yang
mudah untuk korang suap anak-anak kalau mereka lapar. Masa ni aku akan standby
roti jagung dan juga coklat untuk diamkan anak-anak. Jangan bagi berlebihan
takut hyper. Air masak memang wajib bawa ya.
4. Kena selalu alert waktu makan
anak. Agak-agak menghampiri waktu makan mereka sila lah bawa pergi makan. Perut
yang kenyang membantu anak-anak bertenang. Itu anak aku lah.
5. Sentiasa cuci tangan, bawa hand
sanitizer dan juga wet tissue yang mencukupi. Waktu banyak penyakit berbahaya
ni elok ambil extra precautions. Tapi perasan tak yang amalan jaga kebersihan
ni memang dari dulu cikgu ajar. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan.
6. Rancang dan buat list barangan
yang korang nak beli. Selalu plan terganggu sebab alasan nak survey sahaja dan
tak tulis. Jadi terhibur tengok benda tak sepatutnya. Macam aku selalu buat.
7. Kena saling berpesan dan ingat
mengingati bila sampai dekat sana. Selalu suami akan seru kalau aku terlalu
lama di sesuatu bahagian. Masa itu emas gais.
8. Jangan lupa bawak beg shopping
sendiri. Disamping menjaga alam sekitar kita dapat berjimat. Suami memang akan
standby beg shopping dalam kereta.
Kesimpulan
Walaupun kali ni misi aku untuk
beli barang dan perabot tak tercapai sepenuhnya tapi aku bersyukur sangat sebab
dapat lepas craving nak makan meatball dan jalan-jalan cuci mata.
Anak-anak pun
dalam kawalan dan tak buat banyak perangai. Nikmat apa lagi mahu didustakan.
Apa pun kami berjaya beli meja dan barang-barang yang semestinya berguna untuk
aku.
Kena cari alasan kukuh nak ajak
suami ke sana lagi. Kalau pergi sebelum raya ok kan? Masa tu mesti banyak
promosi balang kuih kan? Wow alasan sangat.
Setakat ini sahaja perkongsian
santai aku. Jumpa lagi next entri. Salam sayang dan jaga diri.
klau pergi ikea mmg boleh hilang pedoman kejap.. klau boleh semua berkenan.. hihihi mostly pergi sana sbb nak makn meatball hihihi
BalasPadam