Bila melangkah ke Tahun 2020
tahun yang seringkali digembar gemburkan yang mana semua harus berfikiran
kehadapan, berfikiran positif dan melakar kejayaan.
Aku tak pasti tentang orang
lain, tapi bagi aku sendiri aku cuba ambil dan manfaat aura tahun baru kejayaan
baru.
Aku yakin semua orang nak berjaya
dan bahagia, tapi masih ramai terperangkap dan tak tahu apa perlu buat untuk
berjaya.
Ikut pengalaman sendiri, aku pernah kemurungan fikir tentang nasib
hidup aku sendiri. Aku lost weh.
Berbalik kepada tajuk aku kongsi
di atas tadi, tentang tips mahu berjaya dan bahagia di tahun 2020 khususnya.
Tips Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat
Amalkan tips ni hingga hujung nyawa kita akan bahagia dan berjaya in sha Allah.
Aku dapat tips ni masa basuh pinggan sambil dengar radio. Kan biasa ada sesi
ceramah kan?
Tips dia bagi aku rasa biasa
sahaja, sebab memang kita semua tahu. Tapi, penerangan dan penekanan dia
tentang kesan kalau kita buat secara istiqamah tu buat aku nak kongsi dengan
korang pula.
Perangai manusia memang begitu, tahu tapi tak buat, ada peluang
tapi tak cuba.
3 Tips Berjaya dan Bahagia
Menurut pakar motivasi dan
keluarga ada tiga tips yang perlu diamalkan jika mahu kehidupan berjaya
seterusnya lebih bahagia.
Tips ini mudah dan aku dah mula lakukan sejak awal
tahun lalu. Bila ada je anasir negatif cepat-cepat aku kuatkan hati dan
tekankan dan masuk Tahun 2020, tahun ini lah aku patutnya berjaya.
#1 Utamakan Solat
Istimewanya penganut agama Islam
khususnya, Allah hadiahkan kita Solat sebagai satu bentuk komunikasi supaya
umatNya dapat berhubung, meminta, mengadu kepada Pencipta. Perkara wajib,
perkara asas adalah mengerjakan solat. Dalam apa jua keadaan latihlah diri
untuk utamakan solat.
Dahulukan Allah. Dahulukan Tuhan
dalam setiap perkara. Kalau sebelum ni kita letak Dunia di hadapan, apa kata
kita cuba tukar. Kalau sukar nak utamakan Solat dan Tuhan, apa kata cuba cari
kemanisan dalam beribadah.
Aku bukan ustazah. Jauh sangat
nak kata alim. Tapi aku tak pernah stop cuba jadi hamba yang taat kerjakan suruhan
Tuhan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman.
Masa zaman Jahiliah aku dulu, nak
solat aku rasa berat sangat. Aku rasa satu beban. Sampai satu masa aku rasa cemburu
dengan orang yang jaga solat dan siap boleh buat solat sunat lagi.
Apakah yang
dia rasa sampai dia boleh tenang solat? Lepas aku hadiahkan rasa manisnya solat
tu perlahan-lahan aku faham. Tapi aku bukanlah sempurna lagi bab jaga solat ni,
tapi kita cuba. In Sha Allah.
#2 Jaga Silaturrahim
Paling utama jaga Silaturrahim
antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara. Kalau pernah bermasam muka,
bergaduh ini lah masanya untuk kita terus pandang kedepan. Saling
bermaaf-maafan.
Sungguh beruntung mereka yang tak
pernah bergaduh adik beradik. Lagi seronok kalau ada adik beradik yang ramai
dan bersatu hati. Pengalaman bermasam muka pun aku pernah lalui. Maklumlah adik
beradik seramai 10 orang memang bermacam perangai dalam satu keluarga.
Bagi aku bila kita dah berniat
nak buat sesuatu kebaikan teruskan saja dengan niat baik tu. Allah pasti akan
bantu. Walau sesukar mana. In Sha Allah pasti ada jalannya. Wah macam lagu.
Lol.
#3 Pilih Kawan Yang Bimbing Kita
Ke Arah Kebaikan
Dah tiba masanya kita tapis dan
pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan. Kalau sebelum ni circle kita banyak
yang negatif maka Tahun inilah tahun terbaik kita singkir mereka dari hidup
kita.
Gunakan alasan Tahun 2020, sebagai alasan terbaik untuk kita tinggalkan
mereka yang dahsyat perangainya.
Bukan suatu yang pelik kalau
semakin kita berusia semakin kita kurang kawan. Dah masuk Tahun 2020 tak akan
masih di takuk lama kan?
Kualiti yang kita cari bukan sekadar kuantiti. Untuk
korang yang dah jumpa kawan yang ada kualiti, jaga baik-baik. moga nanti
bersahabat terus sampai ke syurga.
Kesimpulan
Personally, untuk diri aku; menghargai
keluarga sementara masih ada memang aku dah lama amalkan. Selepas peristiwa
kehilangan orang yang aku sayang selama-lamanya memang aku jadi serik.
Pemergian abah masih lagi tinggalkan kesan dekat hati, bukan tak redha cuma aku
terasa masih banyak jasa belum terbalas. Amalkan tiga tips bahagia dan berjaya
yang aku kongsi tu in sha Allah perubahan baik akan berlaku.
Kita minta, kita
doa, kita usaha. Allah kan tak pernah tidur.
Utamakan solat walau dimana dan
tak kira masa. Jaga silaturrahim sesama kita terutama adik beradik dan saudara
mara.
Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan mampu tegur kita bila
kita melakukan kesalahan.
Selamat berjaya.
tips yg sgat bermanfaat.. solat itu tiang agama..
BalasPadam