Terkesan aku membaca perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia selepas beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.
Aku bayangkan kalau lah beliau ni ayah aku, di usia emas begini beliau masih teguh berdiri berjuang dan membanting tenaga berkhidmat untuk negara.
Di satu sudut ada yang menyokong dan tak kurang juga ramai yang membangkang. Aku menulis bukan sebagai rakyat yang faham tentang politik, tapi lebih kepada rakyat yang mahu kedamaian dan hidup muafakat.
Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia
Sengaja aku catitkan dalam blog
ini sebagai satu tanda bahawa aku juga peduli tentang Negara tercinta Malaysia.
Menjadi sebahagian sejarah yang pertama kali berlaku dalam Malaysia. Kelemahan
negara tapi dalam masa yang sama memperlihatkan kepentingan sistem beraja.
Daulat Tuanku.
Perutusan YAB Tun Dr Mahathir
Mohamad
1. Terlebih dahulu izinkan saya
memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang
agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan
puan-puan.
2. Seperti umum ketahui, saya
telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
3. Walaubagaimanapun, saya telah
dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang
selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan
saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.
4. Ada banyak sebab mengapa saya
meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya
mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana
yang saya pilih.
5. Selain itu, terdapat juga
tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.
6. Maka saya letak jawatan kerana
saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah
matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end”
ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah
untuk kebaikan negara.
7. Kerana itu saya meletak
jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting
ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.
8. Sebenarnya saya telah janji
akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa
yang akan mengganti saya. Jika benarah saya masih disokong saya akan kembali.
Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.
9. Jadi peluang untuk menukar
kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh
kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
10. Saya minta diberi masa.
Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada
juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini
Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.
11. Kesannya jika BERSATU sokong
PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan
ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.
12. Saya sanggup terima ahli UMNO
yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan
campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka
terpaksalah saya letak jawatan.
13. Sebagai manusia biasa saya
tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh
saya adalah salah.
14. Yang diPertuan Agong bertitah
supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga
yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi
mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah
membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.
15. Politik, orang politik dan
parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah
ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.
16. Saya berpendapat betul atau
tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika
dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana
parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.
17. Jika diizin inilah yang akan
saya cuba.
18. Saya berdoa dan saya pohon
kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Kesimpulan
Kesimpulan
Siapa pun yang menjadi Perdana
Menteri Malaysia selepas ini harapnya beliau mampu mentadbir negara sebaiknya.
Kita tak pernah berada di tempat mereka, mungkin senang bagi kita yang dibawah
ini berbicara tapi tak semudah mereka yang berada di atas. Semoga Negara
Malaysia yang tercinta terus menerus dilimpahkan kurnia, sentiasa aman dan
bebas dari segala bahaya. Saya Sayang Negara Saya!
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.