Pengalaman Ke Program Nak Ubah Hidup 2020

Alhamdulillah aku telah selamat berkampung di Program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH2020) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Sabtu, 25 Januari sehingga 27 Januari 2020 bertempat di Setia City Convention Centre Shah Alam Selangor.

Di kala orang lain menghabiskan hujung minggu yang panjang dengan bercuti dan balik kampung, aku memilih untuk hadir ke program NUH 2020 untuk menuntut ilmu bersama 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunie dan Singapura.  

Izinkan aku bangga dengan diri sendiri sekejap ya, dan tak lupa jasa suami yang berkorban untuk menggalas tugas aku dengan menjaga anak-anak yang tiga ketul tu. 

Pengalaman Ke Program Nak Ubah Hidup 2020

Bukan mudah tapi tak juga mustahil. Awalnya aku agak keberatan nak join NUH2020 sebab macam tak masuk akal aku kena beri komitmen selama tiga hari, siang dan malam.

Rupa-rupanya Allah dah atur dengan cantik apa yang berlaku. Bukan aku saja yang ragu-ragu dengan diri sendiri, ada ramai lagi rakan seangkatan yang berkorban dan datang ke program NUH2020 untuk ubah hidup. 

Itu buat aku lebih bersemangat dan habiskan tiga hari di sana.



Apa Sebenarnya Nak Ubah Hidup 2020?

Untuk korang yang pertama kali dengar tentang NUH 2020 dan tak tahu langsung tentang program ni janganlah malu sebab aku pun baru tahu. 

Program Nak Ubah Hidup 2020 merupakan program anjuran Richworks International Sdn Bhd dan dihadiri oleh mereka yang nak ubah hidup dan cabar diri mereka.




Meh sini aku terangkan lebih supaya korang lebih faham. Pernah tak korang rasa terhina dan malu sebab tak malu tak mampu nak tolong orang lain? 

(Macamana nak tolong orang lain kalau diri sendiri pun tak mampu nak tolong). 

Pernah tak rasa dipulaukan atau ditinggalkan bila hidup tak ada apa-apa? Rupa tak ada, harta apatah lagi. 

Pernah tak berkecil hati bila orang hina kata kita tak berguna, tak bagus dan gagal? Pernah rasa diri tak layak hidup?

Melalui Program Nak Ubah Hidup lah korang akan dibantu untuk kenal diri korang sendiri. Kebanyakan orang dia tak kenal diri, dan tak tahu potensi yang mereka ada. Semua tu tertanam jauh dalam diri dan seakan padam sebab tak pernah sedar pun.





Ada yang tanya aku NUH ni untuk mereka yang buat business je ke? semestinya jawapan aku adalah TIDAK. Semua orang layak untuk sertai. 

Aku memang sokong sangat untuk founder business, peniaga tak kisah korang stokis, ejen atau droship mana-mana produk sekalipun wajib sertai walaupun sekali.

Melalui program tiga hari ni korang akan didedahkan dengan ilmu kenali potensi diri, pengalaman naik turun business dan kepentingan ilmu, mentor dan strategi. Program tiga hari yang padat bermula dari pagi sehingga malam. 

Walaupun padat tapi semua orang sangat bersemangat dan beri komitmen yang penuh. Serius aku tak tipu. 


Tun Mahathir Mohamad Singgah Ke NUH 2020

Yes korang jangan tak percaya, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkunjung ke Program NUH 2020 bersama isteri, YABhg Tun Dr Siti Hasmah. Satu kenangan manis berada dalam satu dewan bersama Pemimpin disegani dunia. 

Di usia yang sepatutnya dia berehat tapi dia masih lagi berjasa dan memberi manfaat kepada negara. Tolak tepi bab politik kerana aku pandang kesudian dia menabur bakti di usia emas.




Ini merupakan lawatan bukan rasmi Tun untuk hadir dan saksikan sendiri untuk melihat kesungguhan anak-anak Melayu untuk ubah nasib diri, keluarga dan bangsa. 

Aku menjadi sebahagian daripada 13 ribu peserta yang hadir sebagai bukti Anak Melayu Tidak Malas. Rasa macam nak berlari ke mikrofon dan jerit, lihatlah Tun kami tidak malas seperti yang Tun selalu sebut. 

Fahamilah, bila orang sepenting Tun melafazkan perkataan Malas kepada Anak Melayu sungguh menghiris jiwa kami. In Sha Allah semangat Anak Melayu tak akan pudar.

Sebelum Tun balik sempat beliau titipkan semangat kepada kami semua. Sempat aku lihat mata Tun Mahathir seakan berkaca, ada air mata tapi mungkin beliau tahan. Terharu dengan pencapaian Anak Melayu business juta-juta agaknya.

“Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah.. Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire”

Tun juga kongsikan pengalaman lawatan beliau ke Okinawa melawat Glass Factory. Di sana beliau berpeluang mencuba sendiri membuat glass dan katanya walau tak secantik orang yang mahir tapi masih boleh guna. 

“Apa yang penting, kita semua boleh belajar kalau nak”. Teruja bila Tun kata, yang Malaysia akan menghantar mereka yang berminat untuk mempelajari di Okinawa.

Satu moment berharga yang pasti tak dapat aku lupakan ialah semasa sesi memperkenalkan diri oleh para Titan (anak didik Dr Azizan Osman). 

Masing-masing teruja bercakap tentang pencapaian dan jasa mentor Dr Azizan Osman serta paling utama adalah untuk menunjukan kepada Tun bahawa Anak Melayu bukan Bangsa Pemalas. 

Usahawan Melayu juga menjadi pembayar zakat dan cukai negara.




Segala puji bagi Allah, aku juga menanam impian satu hari nanti aku akan berada bersama barisan Titan memperkenalkan diri sebagai usahawan berjaya berbangga dengan pencapaian aku. In Sha Allah. 

Turut hadir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg Dato’ Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Baru aku tahu, yang YB Datuk Seri Rina Mohd Harun juga merupakan anak didik Dr Azizan Osman. Ohsem sungguh.




Pengalaman Tiga Hari Menuntut Ilmu di NUH 2020

Perkara pertama yang aku sedar lepas balik dari NUH 2020 ialah aku menjadi orang yang lebih positif, lebih sabar, lebih yakin dan lebih gembira. Banyak sangat benda aku belajar. 

Tiga hari yang padat dengan pengisian ilmu dan banyak moment yang buatkan aku sedar bahawa aku hidup dalam keadaan yang sangat selesa sampai aku tak rasa aku berada dalam bahaya.

Kehidupan aku jadi statik dan tiada peningkatan. Sudahnya memang sampai situ sahajalah kehidupan aku. 

Aku belajar cara nak kembangkan kolam jiwa, kenapa pentingnya rendahkan ego dan aku belajar jadi orang yang sukakan duit.




Realiti, sebelum ni aku sangat takut dengan duit. Aku takut duit aku habis akibatnya duit lari dari aku. Tenaga negatif yang aku salurkan beri kesan terhadap benda di sekeliling aku. 

Sama kes seperti duit, kita dihidangkan dengan drama dan apa yang terjadi apabila adik beradik bergaduh berebut kan duit, harta pusaka.

Tapi adakah betul yang jahat tu ialah duit? Sebab tu aku fikir duit tu jahat. Maka yang datang kepada aku semua duit yang jahat dan duit jadi takut-takut nak singgah dalam dompet. 

Faham tak korang? sebenarnya duit ialah satu alat. Alat yang digunakan untuk kita capai apa yang kita mahu. Nak beli bahagia, nak bergembira. Jahat tu siapa? Ha jawab sendiri la ya.

Kesimpulan

Sungguh banyak lagi ilmu yang aku dapat melalui Program Nak Ubah Hidup 2020. Long short story aku bersyukur Allah gerakan hati dan aku berjaya habiskan 3 hari program dengan jayanya. Kalau ada istiadat convocation aku lah graduan yang akan baling topi paling tinggi sebab teruja.

Hari terakhir masa suami tunggu aku keluar dewan, dia kata semua peserta yang berjalan keluar dewan penuh semangat dan yakin. 

Tak ada seorang pun yang jalan menunduk atau tunjuk muka kepenatan. Jangan tak percaya sampai saat aku tulis entri ni, sisa-sisa semangat masih utuh melekat dan sharing session dengan suami berpanjangan Alhamdulillah.




Pesanan aku, untuk korang yang terlibat dengan business mahupun makan gaji yang dah stuck dekat satu level dan rasa korang tak tahu apa nak buat, tolonglah hadir ke Program Nak Ubah Hidup ni. 

Tiket promosi pernah dijual paling murah berharga RM20.20. Ada banyak harga tiket korang boleh pilih ikut kedudukan seat. 

Pilih ikut kemampuan. Sedut banyak-banyak ilmu dan aura mereka yang nak ubah hidup dan berjaya. Sesi seterusnya untuk Program Nak Ubah Hidup masih belum dibuka tapi korang dah boleh mendaftar di laman web Nak Ubah Hidup supaya nanti akan ada kakitangan yang akan hubungi anda. 

Lebih menyusahkan kalau ada impian tapi tiada tindakan. Jadi bertindaklah segera. Good Luck korang.

Ulasan

  1. Chaiyookkkkk..kekalkan semangat positif tu utk terus melangkah dengan jayanya

    BalasPadam
  2. Macam best je boleh kenal potensi diri sendiri. ^^

    BalasPadam
  3. Semoga seorang Rodiah Amir Kaya dan Berjaya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.