Sebelum aku menaip lebih panjang tentang pengakuan seorang hamba Allah yang mengaku pakai susuk untuk kelihatan cantik.
Aku mohon jangan ada sekelumit rasa menyampah atau pun nak hina kerana apa yang telah dia lakukan.
Kita hanyalah hamba Tuhan yang lemah dan jangan sesekali cuba lakukan tugas Tuhan serta menjatuhkan hukuman.
Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam
Aku ceritakan kembali pengakuan
tuan badan yang telah mengaku pakai susuk dalam satu rancangan temual “Sebelum
Terlambat” yang telah ditayangkan di Astro Prima saluran 105.
Ini merupakan
siaran ulangan, rancangan ni dah ditayangkan masa tahun 2014 – 2015. Untuk aku pula ia merupakan pertama
kali aku tonton rancangan tu dan hos dia adalah Dynas Mokhtar.
Selain Pian,
panel jemputan lain seperti Dr Amirul Nazri dan juga Pakar Motivasi terkenal Dato’
Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah.
Tetamu jemputan untuk minggu itu
ialah Pian Cecupak. Mungkin yang sebaya dengan aku lahir tahun 80 an kebelakang
kenal kot Pain Cecupak. Dulu dia merupakan pelawak dan pengacara yang
memeriahkan industri hiburan tanah air.
Long short story aku nak kongsikan
pesanan yang Pian Cecupak ni bagi yang aku rasa penting sangat aku kongsikan
dengan korang juga. Teruskan membaca ya.
Mengaku Pakai Susuk Untuk Kelihatan Cantik
Memang aku salute sangat dengan
keberanian dia untuk mengaku dan sudi ditemuramah dalam tv. Dia kongsikan yang
dia pernah buat salah dan dia sekarang dia dah bertaubat dan dalam proses
pemulihan.
Masalah utama dia adalah dia obsess dengan susuk. Hidup dia jadi
tunggang langgang dan akhirnya keluarga dia hancur serta berakhir dengan
penceraian. Sedih juga bila dia ceritakan anak-anak dan isteri menjadi mangsa
apabila sering dicemuh masyarakat.
Untuk pengetahuan susuk ni ada
banyak jenis; ada susuk berlian, susuk emas, susuk jarum, susuk tembaga dan
banyak lagi lah. Susuk haram dipakai bagi orang Islam.
Perbuatan memakai susuk
adalah termasuk dalam kategori merubah ciptaan Allah. Banyak tujuan susuk
dipakai, ada yang nak cantik, nak kebal, kuat dan macam-macam lagi.
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah
ada ulas tentang susuk dari segi Islam adalah Haram kerana perbuatan memasukan
jin kafir di bahagian tubuh badan untuk kelihatan cantik.
Ada orang masukan
susuk di bahagian muka, dada, punggung, tulang belakang dan mana-mana anggota
mengikut tujuan si pemakai.
Pian mengaku pakai susuk masa dia
aktif mencari job. Kenapa susuk? Semestinya nak nampak cantik dan dia akui
memang banyak job yang masuk.
Tahap obsess dia tu memang tahap kronik yang mana
dia mengaku pernah buat suntikan dekat bahagian punggung sebanyak 886 kali dan
suntik di muka lebih banyak dari itu. Akibat ketagihan, dia pernah diserang
penyakit strok sebanyak dua kali sehingga hari ini.
Mengikut pendapat Dato’ Dr. Hj.
Mohd Fadilah Kamsah orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai masalah
jiwa iaitu kurang keyakinan dengan diri sendiri.
Tak rasa diri cantik dan tak
yakin kalau tak pakai alat untuk nampak cantik. Ianya satu penyakit dan perlu
dirawat.
Khusus untuk mereka yang memang
ada masalah ketagihan, penyakit ini akan dapat dirawat jika diri sendiri sedar
dan mahu berubah.
Apa perlu mereka buat adalah perlu kenal pasti tahap obsess
dan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah
pesan juga andai kita ada kawan-kawan yang terlibat dengan masalah obses dengan
susuk dan ingin berubah tolong jangan pinggirkan dan tinggalkan dia.
Orang
begini tak boleh dibiarkan berseorangan dan dia amat perlukan sokongan ahli
keluarga dan rakan-rakan.
Kesan Pakai Susuk Terhadap Diri
Melalui penerangan panel
jemputan, kesan pakai susuk bukan terhadap kesihatan fizikal (jasmani) sahaja
tetapi melibatkan kesan terhadap mental (rohani) seseorang.
Kesan Terhadap Kesihatan
Dari segi kesihatan, doktor
melarang pakai susuk kerana boleh akibatkan kesan secara langsung dan tidak
langsung. Kesan langsung adalah seperti mendapat penyakit akibat memasukan
benda asing ke dalam tubuh badan contohnya jarum.
Jika jarum yang ada didalam
tubuh dan kemudian jarum tersebut karat ianya boleh akibatkan pembentukan darah
beku. Jika dimasukan berdekatan dengan organ penting seperti jantung boleh
akibatkan sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menjadi punca penyakit barah.
Kesan tidak langsung pula adalah
dari sudut fisiologi. Orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai tahap
keyakinan diri yang sangta rendah.
Ini akan memburukan lagi apabila seseorang
terlalu bergantung kepada susuk untuk sentiasa cantik.
Aku tertarik dengan perkongsian
Doktor tentang pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi
bukan disebabkan oleh susuk tetapi tak sengaja doktor dapat kenal pasti pesakit
memakai susuk.
Apa yang berlaku, ada kes pesakit
kemalangan dan buat MRI. Kantoi bila doktor jumpa banyak benda asing dalam
result MRI. Ada juga yang datang kerana simtom seperti sering sakit kepala
tetapi tidak tahu punca walaupun dah banyak kali dapat rawatan.
Kesimpulan
Walau apa jua alasan yang kita
beri, amalan memakai susuk adalah berdosa besar dan salah di sisi agama. Ibaratnya
kita pakai dan sihirkan diri sendiri. Bukankah itu menzalimi diri?
Masih belum
terlambat untuk mereka yang pernah terlibat. Allah sentiasa mengampuni dosa
umatNya kerana Tuhan itu Maha Pemurah. Carilah ustaz yang berilmu dan
berpengalaman untuk bantu anda pulih. Biar kita nampak hodoh dimata manusia
tapi cantik bila bertemu Tuhan yang satu.
gile ahhhhhhhhhh.. buat MRI jumpa macam2.. erk.. tak sangka bila zaman dah moden pun ramai yang masih menggunakan ilmu2 susuk ni.. em..
BalasPadam