Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Aku mulakan entri dengan mukadimah nak marah pada Maggi Pedas Giler perisa Tomyummz yang sangat kurang ajar dan pedas dia tak boleh bawak bincang. Terbakar lidah aku woi. 

Tak sangka aku akan buat kerja kurang berfaedah macam ni. Sumpah aku tak beli Maggi ni tapi ini adalah ehsan kawan blogger Husniey yang bagi Maggi ni masa aku stay dengan dia masa program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman yang lepas.

Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Kebetulan aku memang lapar walaupun aku dah makan nasi sebelum Maghrib. Aku sempat buat kerja rumah, tertidur masa tonton televisyen dan tiba-tiba terjaga sekitar pukul 1 pagi dan aku terasa lapar. 

Tangan laju je capai Maggi Pedas Giler Tomyummz dan masak seperti arahan pada plastik bungkusan. Ejaan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu bukan aku sengaja eja macam budak WeChat eja TomYum eh, 
Memang Maggi yang buat ejaan begitu. Nak tarik minat anak muda remaja la tu. Berjaya la kot marketing dia, bukan setakat remaja, orang dewasa pun teruja nak cuba.

Gambar Maggi aku tangkap dah terdelete, tapi lebih kurang gambar dari website Maggi juga. 



Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler Tomyummz Tu?

Tolonglah percaya cakap aku ni, memang pedas nak kojol. Aku tak sangka level pedas dia macam rasa lidah terbakar. Aku tak tahan pedas sangat tapi masih mampu makan makanan pedas. 

Kalau makanan tu pedas tapi kena selera aku memang aku akan habiskan. Biar pun terpaksa menangis dan keluar air hidung sekalipun.

Dalam kes Maggi Pedas Giler Tomyummz ni aku berjaya makan hanya tiga suap sahaja. Masa awal-awal tu serius rasa pedas boleh telan. Kunyah macam biasa. Masuk suapan ketiga aku rasa tak sedap hati. 

Weh pedas dia dah mula terasa. Air mata, air hidung dah start nak mencurah keluar. Katanya kebaikan sebenar Maggi ini diperbuat daripada cili sebenar. Hah baik sangat eh.

Oklah kalau korang memang terer makan pedas dan teringin nak rasa sila cuba dan kena tanggung akibat sendiri ya. Aku ni kalau orang offer RM1000 makan benda pedas memang aku tak buat, tapi kalau bagi sejuta aku boleh pertimbangkan. ahaks. 

Petua Hilangkan Pedas

Dia punya pedas tak boleh bawa bincang woi. Pedas fokus dekat lidah sahaja. Ni pedas bukan level biasa-biasa. Rasa macam nak terbakar lidah aku. Ligat otak aku cari benda nak hilangkan pedas. 

Aku minum air sejuk bergelas-gelas lepas tu aku stop sebab jadi kembung. Pedas tak surut pun. Pui.
Teringat arwah abah pesan, kalau nak hilangkan rasa pedas kena kemam benda manis macam gula atau susu. 

Aku nampak milo depan mata tak fikir panjang terus suap satu sudu dan kemam dalam mulut. Milo kan manis, jadi aku ingat berkesan la petua tu. Tapi, tak jalan weh, otak dah mula panik. Tak boleh jadi aku ambil air sejuk dan aku biar lama-lama dalam mulut.

Perut dah start kembung jadi aku hanya kumur-kumur air sejuk. Aku biar lidah aku direndam dengan air sejuk dan kemudian aku ludahkan. 

Dalam masa beberapa minit yang aku rasa macam setengah jam aku terseksa tu aku teringat petua lain hilangkan pedas. Selalu tengok orang buat cabaran makan Maggi Pedas diaorang akan standby susu.

Rezeki weh, susu full cream Fernleaf masih ada dalam fridge. Aku tuang segelas dan minum. Ya ampun syukur sangat berkesan. Level kepedasan dan sengsara lidah aku menurun perlahan-lahan. Tapi satu cawan jelah aku minum susu tu lepas tu aku teruskan kumur-kumur dengan air sejuk semula.

Lepas beberapa ketika pedas tu berjaya pergi. Alhamdulillah. Aku pandang lebihan Maggi Pedas Giler tu dengan perasaan yang membara. Nak makan dan habiskan memang tidaklah jawapan dia. 

Konon aku nak bilas Maggi tu dengan air panas dan sambung makan tapi diri aku macam tak sanggup nak ulang peristiwa pahit tu. Jadi Maggi tu terdampar sepi dekat dapur.


Jangan Seksa Diri

Aku rasa berdosa juga lepas makan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu. Rasa macam aku telah seksa diri sendiri dalam keadaan sedar. Aku makan konon nak hilangkan rasa lapar sekali memang hilang rasa lapar tapi lepas tu menyesal. 

Terasa aku telah menzalimi diri sendiri. Rasa bongok pon ada juga ya. Nasib aku tak ajak Ikhwan makan sekali, kalau tak mahu dia cirit tak pergi sekolah.

Setakat setengah jam lepas aku makan tiga suap Maggi Pedas Giler Tomyummz, perut aku terasa bahang-bahang tak menyenangkan. Lidah aku dah pulih cuma bahagian tekak rasa tak selesa. 

Aku tak faham mereka-mereka yang berjaya habiskan sebungkus Maggi Pedas Giler. Apa kah korang makhluk asing? Tak rasa apa-apa ke? Semoga aku tak cirit birit esok hari ya.
Update: Alhamdulillah aku tak cirit dan aku masih hidup.

Aku tak faham yang makan 2X pedas tu mulut diaorang cane eh? kebal eh? Gila lah. Boleh kunyah, telan. Apa kau orang ni alien kah? 



Selain Maggi Pedas Giler Tomyummz, ada perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Seafood Berapi, Maggi Pedas Giler 2 X, Maggi Hot Mealz Kari Kaw dan banyak lagi la. 

Nak makan yang gila pedas ni kena cari Maggi On The Go which is dalam bowl dan juga bungkusan.





Kesimpulan

Aku masih tak boleh digest kenapa orang buat cabaran makan Maggi Pedas Giler dan makanan pedas lain. Ditambah pula, memang ada orang nak sahut cabaran tu. 

Kalau sahut cabaran dan dapat duit tu logik la. Ini tidak ya. Duit habis, seksa diri dan sakit je yang dapat. Aku syak memang sifat manusia, yang orang cakap jangan itu lah yang dia paling nak buat.

Untuk korang yang teringin sangat nak cuba pedas atau tak Maggi Pedas Giler sila lah cuba. Tapi sendiri ingat lah ye. 

Segala kesakitan, kerugian dan apa juga kesan terjadi pada diri korang kena tanggung sendiri ok. Tiada siapa paksa anda makan Maggi Pedas Giler ni.

Sebelum nak makan sila lah sediakan tisu, air batu, air sejuk, susu, gula-gula dan segala benda yang akan bantu hilangkan rasa pedas. 

Masa menahan pedas tu, sambil keluar air hidung sambil tu aku menggaru kepala macam monyet ada kutu.

Dapat bayangkan? Kalau anda berani? Cubalah.

Ulasan

  1. fuff-- terasa pedasnya ni.. hee~ tapi tu lah tu.. ramai kan buat megi challenge segala tu.. aku tak berani try.. kesian kat perut + taknak amik risiko..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.