Aku mulakan entri dengan mukadimah nak marah pada Maggi Pedas Giler perisa Tomyummz yang sangat kurang ajar dan pedas dia tak boleh bawak bincang. Terbakar lidah aku woi.
Tak sangka aku akan buat kerja kurang berfaedah macam ni. Sumpah aku tak beli Maggi ni tapi ini adalah ehsan kawan blogger Husniey yang bagi Maggi ni masa aku stay dengan dia masa program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman yang lepas.
Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang
Kebetulan aku memang lapar
walaupun aku dah makan nasi sebelum Maghrib. Aku sempat buat kerja rumah,
tertidur masa tonton televisyen dan tiba-tiba terjaga sekitar pukul 1 pagi dan
aku terasa lapar.
Tangan laju je capai Maggi Pedas Giler Tomyummz dan masak
seperti arahan pada plastik bungkusan. Ejaan Maggi Pedas Giler Tomyummz
tu bukan aku sengaja eja macam budak WeChat eja TomYum eh,
Memang Maggi yang
buat ejaan begitu. Nak tarik minat anak muda remaja la tu. Berjaya la kot
marketing dia, bukan setakat remaja, orang dewasa pun teruja nak cuba.
Gambar Maggi aku tangkap dah terdelete, tapi lebih kurang gambar dari website Maggi juga.
Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler Tomyummz Tu?
Tolonglah percaya cakap aku ni,
memang pedas nak kojol. Aku tak sangka level pedas dia macam rasa lidah
terbakar. Aku tak tahan pedas sangat tapi masih mampu makan makanan pedas.
Kalau makanan tu pedas tapi kena selera aku memang aku akan habiskan. Biar pun
terpaksa menangis dan keluar air hidung sekalipun.
Dalam kes Maggi Pedas Giler
Tomyummz ni aku berjaya makan hanya tiga suap sahaja. Masa awal-awal tu serius
rasa pedas boleh telan. Kunyah macam biasa. Masuk suapan ketiga aku rasa tak
sedap hati.
Weh pedas dia dah mula terasa. Air mata, air hidung dah start nak
mencurah keluar. Katanya kebaikan sebenar Maggi ini diperbuat daripada cili
sebenar. Hah baik sangat eh.
Oklah kalau korang memang terer makan pedas dan teringin nak rasa sila cuba dan kena tanggung akibat sendiri ya. Aku ni kalau orang offer RM1000 makan benda pedas memang aku tak buat, tapi kalau bagi sejuta aku boleh pertimbangkan. ahaks.
Petua Hilangkan Pedas
Dia punya pedas tak boleh bawa
bincang woi. Pedas fokus dekat lidah sahaja. Ni pedas bukan level biasa-biasa.
Rasa macam nak terbakar lidah aku. Ligat otak aku cari benda nak hilangkan
pedas.
Aku minum air sejuk bergelas-gelas lepas tu aku stop sebab jadi kembung.
Pedas tak surut pun. Pui.
Teringat arwah abah pesan, kalau nak hilangkan rasa pedas kena kemam benda manis macam gula atau susu.
Aku
nampak milo depan mata tak fikir panjang terus suap satu sudu dan kemam dalam
mulut. Milo kan manis, jadi aku ingat berkesan la petua tu. Tapi, tak jalan
weh, otak dah mula panik. Tak boleh jadi aku ambil air sejuk dan aku biar
lama-lama dalam mulut.
Perut dah start kembung jadi aku
hanya kumur-kumur air sejuk. Aku biar lidah aku direndam dengan air sejuk dan
kemudian aku ludahkan.
Dalam masa beberapa minit yang aku rasa macam setengah
jam aku terseksa tu aku teringat petua lain hilangkan pedas. Selalu tengok
orang buat cabaran makan Maggi Pedas diaorang akan standby susu.
Rezeki weh, susu full cream
Fernleaf masih ada dalam fridge. Aku tuang segelas dan minum. Ya ampun syukur
sangat berkesan. Level kepedasan dan sengsara lidah aku menurun perlahan-lahan.
Tapi satu cawan jelah aku minum susu tu lepas tu aku teruskan kumur-kumur
dengan air sejuk semula.
Lepas beberapa ketika pedas tu
berjaya pergi. Alhamdulillah. Aku pandang lebihan Maggi Pedas Giler tu dengan
perasaan yang membara. Nak makan dan habiskan memang tidaklah jawapan dia.
Konon aku nak bilas Maggi tu dengan air panas dan sambung makan tapi diri aku
macam tak sanggup nak ulang peristiwa pahit tu. Jadi Maggi tu terdampar sepi
dekat dapur.
Jangan Seksa Diri
Aku rasa berdosa juga lepas makan
Maggi Pedas Giler Tomyummz tu. Rasa macam aku telah seksa diri sendiri dalam
keadaan sedar. Aku makan konon nak hilangkan rasa lapar sekali memang hilang
rasa lapar tapi lepas tu menyesal.
Terasa aku telah menzalimi diri sendiri.
Rasa bongok pon ada juga ya. Nasib aku tak ajak Ikhwan makan sekali, kalau tak
mahu dia cirit tak pergi sekolah.
Setakat setengah jam lepas aku
makan tiga suap Maggi Pedas Giler Tomyummz, perut aku terasa bahang-bahang tak menyenangkan.
Lidah aku dah pulih cuma bahagian tekak rasa tak selesa.
Aku tak faham
mereka-mereka yang berjaya habiskan sebungkus Maggi Pedas Giler. Apa kah korang
makhluk asing? Tak rasa apa-apa ke? Semoga aku tak cirit birit esok hari ya.
Update: Alhamdulillah aku tak
cirit dan aku masih hidup.
Aku tak faham yang makan 2X pedas tu mulut diaorang cane eh? kebal eh? Gila lah. Boleh kunyah, telan. Apa kau orang ni alien kah?
Selain Maggi Pedas Giler Tomyummz,
ada perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Seafood Berapi, Maggi
Pedas Giler 2 X, Maggi Hot Mealz Kari Kaw dan banyak lagi la.
Nak makan yang gila
pedas ni kena cari Maggi On The Go which is dalam bowl dan juga bungkusan.
Kesimpulan
Aku masih tak boleh digest kenapa
orang buat cabaran makan Maggi Pedas Giler dan makanan pedas lain. Ditambah
pula, memang ada orang nak sahut cabaran tu.
Kalau sahut cabaran dan dapat duit
tu logik la. Ini tidak ya. Duit habis, seksa diri dan sakit je yang dapat. Aku
syak memang sifat manusia, yang orang cakap jangan itu lah yang dia paling nak
buat.
Untuk korang yang teringin sangat
nak cuba pedas atau tak Maggi Pedas Giler sila lah cuba. Tapi sendiri ingat lah
ye.
Segala kesakitan, kerugian dan apa juga kesan terjadi pada diri korang kena
tanggung sendiri ok. Tiada siapa paksa anda makan Maggi Pedas Giler ni.
Sebelum nak makan sila lah
sediakan tisu, air batu, air sejuk, susu, gula-gula dan segala benda yang akan
bantu hilangkan rasa pedas.
Masa menahan pedas tu, sambil keluar air hidung
sambil tu aku menggaru kepala macam monyet ada kutu.
Dapat bayangkan? Kalau anda berani?
Cubalah.
fuff-- terasa pedasnya ni.. hee~ tapi tu lah tu.. ramai kan buat megi challenge segala tu.. aku tak berani try.. kesian kat perut + taknak amik risiko..
BalasPadam