Sebenarnya topik aku nak kongsi kali ni adalah topik yang tak sengaja aku cadangkan untuk rakan blogger semasa sesi brainstorm minggu lepas.
Bukan sesi yang serius pun cuma bertukar idea bila masing-masing stuck tak tahu nak buat perkongsian di blog terutamanya.
Jadi Tuhan turunkan ilham untuk aku menulis tentang diri sendiri. Kalau aku bukan aku yang sekarang iaitu seorang penulis blog, apa aku akan jadi?
Ni kira soalan ala-ala artis yang baru masuk industri hiburan ditemuramah dalam rancangan hiburan la kiranya. Soalan ramah mesra. Hahaha.
Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog
Sebenarnya menjadi seorang penulis blog langsung
tak pernah terlintas dekat otak. Sejak kecil mana pernah didedahkan dengan
dunia blog weh, aku tahu tentang blog masa aku mula masuk alam pekerjaan.
Selalu aku baca blog waktu makan
tengahari dekat pejabat. Kadang-kadang malas nak makan dekat luar jadi tapau
makanan siap-siap dan menghadap blog.
Masa tu minat baca blog orang, penulis
blog dulu-dulu tulis kisah peribadi tapi tak pernah bosan nak baca. Mana ada
buat review berbayar macam sekarang ni.
Punca Aku Jadi Ketagih Baca Blog
Aku pernah follow satu blog
perempuan misteri. Nama dia seakan-akan nama orang putih (aku lupa), dia tak
pernah kongsi gambar dia tapi penceritaan dia yang bagus sehinggakan aku boleh
bayangkan dia seorang perempuan free hair yang cantik.
Dia banyak berkongsi
cerita diri dia yang terperangkap dalam cinta tiga segi.
Dia sukakan duda anak satu, then
kawan satu pejabat dia lelaki bujang sukakan dia. ha begitulah cinta tiga segi
sebiji macam dalam drama tv.
Hebatnya skill dia menulis tu sampai ramai follow
blog dia dan menantikan update kisah cinta mereka.
Sehinggalah satu ketika, blogger
ni tiba-tiba menyepikan diri. Serius aku frust juga sebab masa tu cerita cinta
mereka dah menuju klimaks. Ramai yang komen bertanya khabar.
Tambah kecewa aku
terjumpa satu artikel tentang perempuan ni. Ada orang bongkarkan yang kisah
perempuan tu hanyalah imiginasi penulis blog. Kiranya cerita rekaan sahaja lah.
Tak cukup dengan kejutan
pendedahan tentang kisah cinta penulis blog tu, ada orang bongkarkan juga yang
sebenarnya penulis blog tu sebenarnya seorang lelaki. Cis betul.
Spoil sungguh.
Patutlah kisah dia sangat menyentuh jiwa. Nampak sempurna dan sarat dengan
emosi. Rekaan je gais. Terciduk aku. hahaha.
Lepas kejadian tu memang aku
berhati-hati dengan apa aku baca. Yelah memang di alam maya orang boleh buat
apa sahaja. Kita la kena bijak menilai.
Mula dari kejadian tu, aku mula
berjinak-jinak menulis kisah peribadi yang aku wajar kongsi sekitar tahun 2010
lepas tu aku berdiam diri selama beberapa tahun dan kemudian aktif semula
beberapa tahun kebelakangan ni.
Cita-Cita Nak Jadi Cikgu
Wah panjangnya aku throwback, jom
kita sambung cerita kalau aku bukan seorang penulis blog aku syak aku akan jadi
seorang cikgu. Cikgu ni memang dah termasuk dalam senarai cita-cita impian masa
kecil.
Masa tu aku tanam dalam otak jadi cikgu Bahasa Melayu pun dah ok, nak
ajar subjek lain aku rasa aku tak cukup pandai. Selalu aku risau kalau anak
murid tanya soalan dan aku tak pandai nak jawab. Mesti jatuh air muka depan
anak murid.
Oleh sebab aku takut yang
bukan-bukan lah aku matikan je hasrat aku jadi cikgu. Agaknya kalau aku tekad
pasti aku dah jadi seorang guru sekarang ni.
Dalam keluarga aku, dua daripada
sepuluh orang adik beradik aku adalah cikgu.
Walaupun selalu aku dengar betapa
stressnya mereka dengan bebanan kerja dan sakit otak menghadap perangai pelajar
tapi sedikit pun tiada penyesalan menjadi cikgu.
Salute ah. Aku kalau jadi cikgu
mahu aku bertukar jadi singa. Sabar aku tak banyak.
Cerita pasal cita-cita ni aku
teringat kenangan aku tentang perkongsian cita-cita masa kecil. Aku ingat lagi masa sekolah rendah, masa tu
subjek English.
Cikgu buat ice breaking dan minta murid-murid perkenalkan diri
dan nyatakan apa cita-cita dalam bahasa English.
Aku punyalah panik, dah la tak
pandai cakap omputih sekali kena pula kenalkan diri. Puas aku berlatih
sehinggalah tiba giliran aku.
aku ingat lagi aku panik sehingga aku salah sebut
perkataan “Clerk”. Dalam banyak-banyak cita-cita aku pilih nak jadi KERANI
gais.
Ya ampun, apa yang telah merasuk
aku masa tu tak pasti. Kenapa tah aku rasa jadi kerani tu cool. Sampai je
giliran aku, aku bangun dan memperkenalkan diri.
My name is Rodiah binti Amir
Hamzah, I want to be a klerk. Aku cuak sampai salah sebut, sepatutnya bunyi dia
“klak” (kerani) aku pula sebut “klek”. Cikgu tinggikan suara sebab tak faham
apa aku sebut. Malunya ya Allah.
Rasa macam ada guli tersekat
dekat anak tekak bila cikgu suruh ulang semula. Akhirnya cikgu betulkan sebutan
Clerk aku tu. Masa tu kalau aku toreh dengan pisau confirm muka aku tak
berdarah sebab takut sangat. suruh cakap dua baris ayat je kot. Itulah
kenangan.
Kesimpulan
Aku rasa cita-cita menjadi
seorang cikgu adalah cita-cita yang memang jadi impian budak-budak sebaya aku
dulu. Pekerjaan paling senang orang nak kenal, dan menjadi calon idaman untuk
dijadikan isteri, dan menantu.
Sesungguhnya aku tak pernah kesal menjadi
penulis blog, mungkin ada yang anggap menulis blog sebagai satu hobi tapi aku
percaya ianya juga boleh dijadikan punca pendapatan walau tak semewah pekerjaan
dekat luar sana.
In Sha Allah semoga perkongsian aku sebagai penulis blog bukan
sahaja membantu kehidupan dekat dunia tapi untuk akhirat juga.
Salam sayang dari aku. Terima
kasih sudi baca. Kita jumpa dilain entri.
kalau sy bukan seorg penulis, aku mungkin jadi seorg terapis kanak-kanak..
BalasPadamwah best.. masih mengejar cita-cita?
Padam