Masa aku tengok IGTV orang sibuk share Influencer terkenal, Cupcake Aisyah hadiahkan 10 ribu ringgit untuk mak dia memang sangat-sangat menyentuh perasaan.
Untuk yang tak pernah tengok video tu, cerita dia macam ni, si Aisyah ni main game “What’s in the box challenge” bersama ibu dia.
Siapa yang familiar dengan game ni, caranya mudah je nak main. Kena teka apa ada dalam kotak yang bertutup tu. Dapat teka dikira pemenang.
Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu
Selalu kita tengok orang main
permainan ni akan menjerit sebab imagine benda bukan-bukan. Nak pula yang
penakut dan geli dengan binatang terutama katak, tikus, lipas dan macam-macam
lagi la.
Dia buat surprise letak duit dalam kotak bertutup dan suruh mak dia
teka apa ada dalam kotak tu. Apa yang cute about this video adalah reaksi mak
dia bila Aisyah suruh masukan tangan, sentuh apa dia rasa dan teka apa benda tu.
Geram juga nak tunggu moment mak
dia pegang “benda” tu, sebab kalau aku sendiri pun bukan boleh percaya takut
anak-anak nak kenakan mak sendiri.
Tapi kelakar la. Bila mak dia berjaya teka
“benda” tu duit, Aisyah dan mak dia dah mula menangis. Sweet la anak beranak
ni.
Biodata Cupcake Aisyah
Aku follow Aisyah ni secara tak
sengaja masa zaman dia berkawan dengan Johanis. Bakal menyambut ulang tahun ke
20 pada 24 Ogos 2020.
Masa tu juga aku follow Youtuber Nisha Ezzati dan
beberapa lagi youtuber popular. Lama kelamaan minat aku berubah. Ikut peredaran
usia, aku cari content yang lebih serius.
Anak-anak muda baru nak up memang
suka la follow Aisyah Cupcake. Content vlog dia berkisar lifestyle, tempat dia
study, fashion dan keluarga.
Pendek kata video kisah seharian dan dia juga
banyak kongsi tentang cabaran dia hadapi ketika melancong.
Selain tu, dia juga
bijak bergaya. Memang ikut perkembangan trend semasa. Memang cukup pakej la
bagi aku, bijak, berharta, dan ada rupa. Benda lain tak mahu comment.
Rupa-rupanya Aisyah start
business jual ‘squishy toys’ pada umur dia 15 tahun. Oleh sebab dia selalu
melancong ke luar negara dan hobi dia kumpul permainan tu dan secara tak sengaja
menarik minat peminat dia juga.
Apa yang aku nak highlight
tentang Aisyah ni family is always number one bagi dia. Suka sangat bila mak
dia jadi best friend, dia juga rapat dengan adik-beradik dia.
Aku appreciate
benda-benda kecil macam tu dan hopefully one day, semua anak-anak aku akan
jadikan aku best friend mereka.
Positive And Good Influences
Aku kagum gila-gila bila baca
comment yang pengikut Cupcake Aisyah di Youtube tinggalkan mostly semua
terharu, positif, dan terbukti apa yang dia buat dapat beri good influence
kepada anak muda lain.
Tahniah. Tak jumpa lagi yang kata dia show off tunjuk
dia kaya atau dia dah padam negative comment, itu aku tak pasti.
Cukuplah aku
husnuzon yang apa dia buat memberi inspirasi kepada anak-anak lain untuk layan
mak mereka dengan baik juga.
Satu petanda baik bila semua
komen yang dilemparkan adalah komen yang berhemah. Tak ada pergaduhan dan
sindiri menyindir.
Personally, bagi aku tak kisah siapa sahaja yang memakai
title Influencer harus la ada ciri-ciri berkualiti dan dapat influence orang
dengan perkara baik.
Aku doakan juga agar mereka-mereka
yang menghebahkan benda baik, buat ibu bapa gembira, menghargai adik beradik
dan kawan-kawan supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah.
Terhindar dari
hasad dengki manusia dan niat jahat mereka yang memandang. Semoga budaya
berbuat baik ni menjadi ikutan berpanjangan. Aamiin.
Cupcake Aisyah pernah memenangi
Top Lifestyle Influencer Award di Anugerah Influence Asia 2017. Aisyah juga
pernah merangkul anugerah Instafamous Paling Ohsem di Anugerah Instafamous 2017
serta tersenarai sebagai 25 Remaja Paling Menyerlah 2017 oleh Majalah Remaja.
Kesimpulan
Berapa saja nilai wang atau
pemberian yang korang hadiahkan untuk ibu bapa bukanlah perkara utama. Point
dia ialah penghargaan anak-anak dan juga kasih sayang terhadap ibu bapa di atas
segala pengorbanan dan tenaga yang ibu bapa curahkan dalam membesarkan kita.
Hampir 9 tahun aku bergelar ibu, segala perkara kecil yang anak-anak buat dah
cukup untuk buat aku tersentuh.
Ibu bapa ni bukan minta harta benda sebagai
balasan tapi ingatan dan penghargaan tu adalah segala-galanya.
Kalau tak
percaya cuba korang hadiahkan sesuatu untuk mak ayah. Tengok reaksi mereka
dapat sesuatu yang mereka suka.
Semoga aku tergolong dalam
golongan mereka yang berjaya buat ibu bapa bahagia. Aku doakan perkara yang
sama untuk korang juga. Jumpa lagi di lain entri.
wow..hebatnya dia..:)
BalasPadam