Betul ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan?

Terpanggil nak kupas topik tentang apabila ibu melahirkan Tuan atau lebih tepat lagi bila anak-anak menjadi Tuan kepada ibu dan bapa. 

Dalam agama Islam sendiri memang ada hadith sahih tentang hamba wanita yang melahirkan tuannya. Bila semakin banyak ibu melahirkan tuan juga merupakan tanda-tanda yang kiamat juga semakin hampir. Takutnya.

Sedih tapi itulah kenyataan yang pahit untuk ditelan. Saban hari semakin parah pula wabak ini merebak. Kalau dulu, sekadar ditayangkan di dalam televisyen tapi sekarang memang dah banyak berlaku depan mata.

Betul ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan?

Bagi aku personally sebagai seorang ibu, aku dah pernah saksikan beberapa kisah benar bila anak menjadi tuan. Merasakan diri “tuan” dan perlu dituruti setiap permintaannya. 

Entah, mungkin penilaian dan cara didikan aku terima berbeza jadi ianya salah di kaca mata aku. 


Salah Satu Tanda-Tanda Kiamat

Dalam satu hadith Rasulullah bersabda:

“Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari Kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.

Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya”. (Sahih Muslim [8])

Sesungguhnya gerun bila hadith di atas ni dibaca berulang kali. Akan berlaku lah kehancuran manusia bila sifat hormat, sifat malu dan kasih sayang terpisah dari jiwa. 

Dunia kita ini semakin tua, Tuhan juga dah ingatkan kita adalah umat di akhir zaman yang akan berdepan kiamat. Hari kehancuran bumi.

Dimana Silap Dan Apa Punca?

Sebelum aku berceloteh lebih panjang, mencari dimana silap dan mengetahui punca ibu melahirkan tuan ni lebih elok kita fahami dulu maksud ibu melahirkan tuan. 

Satu persamaan ibu-ibu yang telah menjadi hamba kepada anak-anak mereka adalah mereka tidak sedar anak telah menaiki takhta. 

Sebab itu sewenang-wenangnya si anak memberi arahan, meminta tu dan ini serta tak segan nak menderhaka.

Ibu bapa boleh memberikan pilihan kepada anak-anak tapi bukan membiarkan mereka membuat keputusan.

Menurut penjelasan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri, tentang hadith yang aku kongsikan di atas tadi memberi kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.

Tidak adil jika mengatakan ibu bapa adalah punca dan silap ini terjadi kerana kelemahan dalam didikan mereka sepenuhnya. 

Aku yakin setiap ibu bapa akan cuba beri yang terbaik dalam membesarkan anak-anak. Apa yang banyak berlaku sekarang ialah bila anak-anak naik lemak bila tanggungjawab yang seharusnya anak-anak pikul tapi terus menerus digalas oleh ibu bapa. 

Anak-anak dengan mudahnya menjadikan ibu bapa sebagai orang gaji dan mengerah tenaga atas tiket kasih sayang.

Kita ambil contoh tugas harian, mengemas rumah. Anak-anak cenderung hanya melihat tanpa menghulurkan bantuan apabila ibu melakukan tugasan. 

Semakin seronok bila si ayah membenarkan sahaja perlakuan ibu menjadi hamba. Seringkali aku dengar alasan bila si ibu tak benarkan anak turut serta adalah supaya anak tak penat dan hilang fokus untuk belajar.

Alahai mudah betul ya. Jadi kepantangan aku yang garang macam ibu singa, membiarkan anak-anak terlepas dari tanggungjawab mereka. Aku bukan kejam. Aku masih ada timbangrasa. Setiap kali ada kesempatan apa aku cuba buat adalah libatkan anak seberapa kerap.

Sambil buat kerja rumah bersama sambil aku titipkan nasihat kenapa pentingnya tahu buat kerja rumah. 

Entah esok lusa aku dipanggil Tuhan jadi anak aku dah ada kemahiran untuk meneruskan kehidupan. Tak tahu apa bahagian dia, dengan siapa dia akan hidup jadi aku nak anak-anak aku bersiap sedia.


Trend Ibu Menjadi Hamba

Berlainan pula dengan layanan anak yang dah besar dan bekeluarga. Perasan tak trend ibu menjadi hamba? Jadi hamba tapi secara senyap-senyap. Dalam diam anak ambil kesempatan. Selalu jadi bila ibu yang semakin berusia diperguna anak untuk menjaga anak-anak mereka.

Sepatutnya di penghujung usia, ibu dah sepatutnya cuci tangan dalam bab mendidik tapi anak-anak sewenangnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak terhadap ibu masing-masing. Atas alasan lebih percayakan nenek menjaga cucu sendiri. Jarang sangat nenek nak tolak pelawaan jaga cucu sebab nenek sunyi.

Kasihan kan? Kadang kita tak sengaja. Kita fikir, bila ibu menjaga cucu adalah perkara biasa. Mungkin lepas ni boleh difikirkan semula. 

Beri peluang ibu berehat dan tumpukan masa beribadah kepada Tuhan di hujung usia. Biar ibu buat apa yang ibu tak sempat buat kerana besarkan kita. 


Tanda-Tanda Anak Sudah Mula Menjadi Raja
  1. Anak yang buat semua keputusan.
  2. Gagal berkata Tidak kepada permintaan anak-anak.
  3. Over Protective atau terlalu melindungi anak-anak.
  4. Terlalu percayakan anak.
  5. Anak dapat semua apa yang dinginkan.
  6. Pantang dengar anak menangis pasti anak dapat apa yang dia mahu.
  7. Telefon pintar menjadi peneman anak setiap masa.

Kesimpulan

Tolonglah hargai dan sayangi ibu bapa selagi ada peluang. Banyak orang dekat luar sana yang sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan ibu bapa mereka yang lebih awal menghadap Pencipta. 

Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Layanlah dia seperti permaisuri kerana ibu memang layak sebab pengorbanan yang dibuat membesarkan kita memang tidak terkira.

Hari ni kita berlaku zalim pada ibu kita, ingatlah satu masa nanti bila kita berada di tempat ibu kita kelak baru kita faham. 

Setiap tindakan akan ada balasanya. Peringatan ini juga untuk diri aku yang kadang-kadang lupa nak hargai ibu sendiri. Sibuk dengan dunia. Berjumpa lagi di lain entri. Salam sayang dari aku untuk korang.

Ulasan

  1. Ya Allah! Yang nombor 7 tu rasa common je nampak skrg ni. anak buah pun mcm ni tapi klu sampai kat my apartment, siap la kena marah dgn I sebab pinggan sendiri pun tak nak angkat pg sinki. berlemak betul kids these days - not all, I'm sure.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  2. semoga kita dijauhkan dari sikap sebegini..

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat T_T

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.