Hari cuti umum tahun baru yang lepas, kami sekeluarga telah melawat Monumen Alaf Baru Putrajaya atau nama lainnya Tugu Milenium (Millennium Monument) yang terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia.
Pertama kali sampai dan baru tahu tentang kewujudan Monumen Alaf Baru ni. Terasa sungguh cetek pengetahuan sejarah tentang Malaysia.
Tugu Milenium Putrajaya, Selepas 17 Tahun
Aktiviti kami di sini adalah
tanpa dirancang. Rancangan asalnya nak naik belon di Skyrides Festivals Park
Putrajaya.
Tapi malangnya, Skyrides Festivals Park ditutup sementara kerana
masalah teknikal dan bakal dibuka semula pada bulan Mac nanti.
Oleh sebab dah sampai maka kami
pun explore la apa yang menarik di sini. Walaupun sekejap sahaja tapi rasanya
cukup berbaloi sebab dapat kenalkan tempat bersejarah kepada anak-anak.
Aku
anggap memang dah takdir dan rezeki kami pada hari tu.
Pembinaan Dan Sejarah Tugu Milenium
Pembinaan Tugu Milenium merupakan
idea Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah dirasmikan
pada 30 Ogos 2003.
Untuk pengetahuan, Tugu Milenium dibina setinggi 68 meter
dan merupakan pelantar tinjau yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung
iaitu bagi menggambarkan era Malaysia.
Pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957),
pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang
pada tahun 2020 dan ke atas.
Dari atas pelantar kami boleh
nampak pemandangan tasik, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri
Wawasan.
Apa yang menariknya, ringkasan pencapaian dan juga sejarah penting negara
Malaysia telah di catat pada cermin dinding di sepanjang laluan naik ke atas
pelantar. Termasuklah catatan tentang wawasan 2020.
Tugu Milenium turut diserikan
dengan ukiran 5 prinsip rukun negara iaitu:
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
2) Kesetian Pada Raja Dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan Undang Undang
5) Kesopanan Dan Kesusilaan
Aktiviti Menarik Di Tugu Milenium
Selain menikmati pemandangan
indah di atas pelantar dan bergambar untuk kenang-kenangan korang boleh juga
berjalan di kawasan sekitar taman dan terdapat Cafeteria berdekatan.
Jangan
lupa untuk mencuba aktiviti yang disediakan untuk seisi keluarga seperti,
Skykids Warrior, Sky Buggy, Sky Warrior, Sky Beca dan juga Skyrides Balloon.
Boleh singgah bawa anak-anak ke Farm In The City tengok haiwan
Semestinya aku akan datang lagi
ke sini untuk mencuba aktiviti lain dan nak tunaikan impian nak naik Skyrides
Balloon tu.
Harga tiket setiap aktiviti adalah berbeza dank orang boleh rujuk
website di bawah untuk keterangan lanjut.
Laman web: https://www.skyridesputrajaya.com/
Instagram: https://www.instagram.com/skyridesfestivals/
Kesimpulan
Aku sokong jika Tugu Milenium Putrajaya ini menjadi salah satu lokasi wajib untuk anak-anak datang kesini sambil menimba ilmu.
Aktiviti yang baik juga untuk memupuk perasaan cinta dan sayang kepada negara. Masuk adalah percuma. Jimat duit.
Kalau korang ke sini jangan lepaskan peluang hirup udara segar sambil menikmati pemandangan Putrajaya di atas pelantar.
menarik.. tak pernah sampai lagi ke sini..
BalasPadam