Masa tengok kemunculan Puteri Balqis dalam iklan rancangan Bersamamu di TV3 memang sangat-sangat memeranjatkan.
Memang tahu dia ada penyakit sejak tahun lepas lagi bila dia selalu kongsi di Instagram dia sejak tahun lepas. Tapi tak sangka kehidupan dia di uji sebegini berat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun dia sedang sakit tapi suara dan cara dia jawab soalan bila ditanya wartawan sangat tenang.
Puteri Balqis Dalam Rancangan Bersamamu
Ya Allah
sungguh matang. Memang tak sangka di usia yang muda dia dan keluarga di uji sebegini
besar. Dugaan dan kesakitan buat dia jadi lebih kuat dan tabah.
Dalam
sedutan program Bersamamu, ditayangkan Puteri Balqis sedang menderita sakit
sejak dua tahun lepas. Dikongsi juga tentang beban yang mereka sedang alami.
Dia
bersama ibu berjalan di sekitar bandar utama Kuala Lumpur untuk menjual buku
hasil tulisan dia sendiri bagi menampung perbelanjaan dan keperluan seharian.
Hidup Berubah Terpaksa Ikat Perut
Sedih
sangat bila dia cerita yang dia terpaksa ikat perut untuk teruskan hidup. Pernah
tak makan beberapa hari sebab tiada duit.
Weh aku yang sihat tubuh badan ni
kalau tak makan separuh hari pun menggigil inikan pula dia yang masih kecil dan
sakit pula tu. Ya Allah salute la.
Dia
dan ibu terpaksa ikat perut kerana perubahan hidup secara tiba-tiba membuatkan
dia terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Katanya dia dah tak bersekolah.
Tak mampu la kan agaknya. Sedih bila fikir. Menurut Puteri Balqis, kali
terakhir dia berlakon adalah pada awal tahun 2018.
Selepas tu dia terpaksa
tolak tawaran berlakon atas sebab masalah kesihatan. Dia tak boleh bekerja
terlalu lama dan terlalu penat.
Oleh sebab
masalah kesihatan yang menghalang dia berlakon, dia pilih untuk meneruskan hobi
dia menulis puisi.
Puisi-puisi yang terhasil dia kumpulkan menjadi sebuah buku.
Dengan hasil jualan buku itulah dia beli makanan dan buat belanja.
Struggle
betul bila dia dan ibu akan ulang alik dari Setia Alam ke beberapa lokasi di KL
dengan menaiki kenderaan awam. Bawa buku dan menjual kepada orang awam.
Tak pasti
la kan kalau orang dekat luar cam tak dia. Harapnya lepas dia masuk rancangan
Bersamamu ni orang bermurah hati nak beli dan tolong dia.
Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis
Menurut
Puteri Balqis, “Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis” adalah merupakan koleksi
puisi hasil titipan kisah hidupnya berdasarkan apa yang dia lalui terutama ketika
dia sakit teruk tahun lepas.
Orang berjiwa seni ni, kata-kata dia memang indah.
Penggunaan dan pemilihan kata-kata yang mewakili apa yang dia rasa memang
selalunya menyentuh jiwa.
Sewaktu
dia mendapatkan rawatan pada tahun lepas, dia kongsikan yang dia ada masalah
berkaitan hati dan bukan kanser.
Tapi jika tak dijaga dan dikawal boleh membawa
kepada penyakit lebih teruk iaitu kanser. Sekarang doktor masih pantau
kesihatan Puteri Balqis.
Simtom yang selalu dia alami ialah muntah darah. Dia boleh
muntah darah pada bila-bila masa walaupun ketika sedang tidur. Akibatnya dia
jadi lemah.
Tentang Buku Planner 2020 + The Book Of 38 Poems Of Puteri Balqis
- Manusia mana yang tidak diuji. Sungguh. Allah menguji hambanya yang terpilih mengikut kemampuan diri kita.
Kami di Team PlannerAna
ingin mengajak ramai-ramai untuk memberi sedikit sumbangan kepada adik Aqish
melalui pembelian SET SPECIAL EDITION ni.
Moga dengan bantuan kalian, mampu
meringankan sedikit beban Adik Aqish kita. InsyaAllah.
Special Edition #PlannerAnaXPuteriBalqis
Antara content yang menarik
dengan keluaran Special Edition ini adalah:
1. BUKU PLANNER 2020 (NO
REGRETS)
Mengandungi 12 quotes khas
yang memberi motivasi dan inspirasi dari @rockingbalqis setiap bulan from January till December.
You gonna love it
2. BUKU
#38poemsofputeribalqis
Berkisarkan kisah hidup suka
dan duka Aqish sebelum beliau memasuki industri
hiburan dan sehingga
sekarang.
3. TABLE CALENDAR 2020
Dilengkapi dengan Public
Holiday Malaysia, Brunei & Singapura
4. FREE GIFT
Selain itu kami sertakan
beberapa free gift lain, seperti bookmark yang mengandungi
tandatangan Aqish, buku
planner Ramadan dan beberapa Free Gift menarik lain.
Antara
yang paling menyentuh perasaan aku ialah bila dia masih mampu senyum dan tenang
bila meluahkan apa yang dia rasa. Dia bersyukur ibu dia masih disisi sedangkan
ada orang lebih berat dugaan dia.
Rupa-rupanya
ibu dan ayah dia sudah bercerai. Memang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Siapa
lah kita nak judge kehidupan dan juga masalah keluarga mereka. Bersangka baik
dan doakan yang baik-baik sahaja untuk dia.
Banyak
kali aku ulang dengar temuramah wartawan Harian Metro ni. Entah, suara dan
jawapan Puteri Balqis terdengar indah di telinga aku.
Aku tak habis-habis kagum
dari tadi. Ayat yang berjaya menjentik hati aku adalah bila dia jawab tentang
doa dari peminat dan orang yang kenal dia. Makan dalam weh.
“Sedih bila nampak orang lebih susah dari kami, lebih
hebat ujian mereka. Tapi tak apa Ujian kami semua indah bila kita sentiasa
tabah dan sabar”
Kata kunci ~ Semua jadi Indah bila kita sentiasa Tabah
dan Sabar
Kesimpulan
Sedikit
throwback, Puteri Balqis pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Anugerah Televisyen Asia ke-19. Dia bakal menyambut hari jadi ke 13 tahun pada
12 April 2020.
Dulu, ramai kagum dengan hasil lakonan dia. Setiap watak yang
dia pegang, dia akan pastikan lakonan dia akan memberi kesan di hati penonton.
Dia insan
seni yang sangat berbakat. Bagi aku rugi sangat kalau bakat yang dia ada
dibazirkan begitu saja.
Aku percaya pasti ada rawatan yang sesuai dan dapat
bantu dia pulih dan terus sihat. Cuma pastinya masalah kewangan akan jadi isu
utama.
Harap
sangat lepas ni semakin ramai akan bermurah hati untuk tolong beli buku atau
pun beri sumbangan supaya dia dapat hidup dengan lebih selesa.
Dia pun bukan
hanya duduk menunggu bantuan. Dia tak pernah kalah dengan ujian. Cara dia
bangkit dan teruskan hidup buktikan dia seorang yang kuat.
Tak sabar nak tonton ulangan
rancangan Bersamamu. Untuk korang yang nak hulurkan bantuan boleh lah berbuat
sumbangan kepada akaun ibu Puteri Balqis iaitu Puan Norahshikin binti Mohamad
Aziz.
Nak tengok perkembangan tentang
Puteri Balqis dan tahu lebih lanjut tentang Buku Puisi 30 Poems of Puteri
Balqis boleh lah follow dia di Instagram.
Jom lah sama-sama kita doakan dan
beli sambil beramal. Tak banyak yang dapat aku tolong tapi harapnya dengan
perkongsian artikel yang tak seberapa ini dapat buka mata orang ramai untuk
membantu.
Nama: Norashikin binti Mohamad Aziz
Bank: Maybank
No Acc: 1627-7719-0105
Masih kecil tapi nampak matang sangat. Semoga Allah permudahkan urusan Aqish dan mak dia..semoga Aqish cepat sembuh. Berat betul dugaan merekan dua beranak.
BalasPadamSemoga dengan perkongsian ini, lebih ramai yang akan menghulurkan bantuan..
BalasPadamSemoga pengkongsian dapat membantu puteri balqis.. Last tgk dia berlakon dlm sweet dreams tu pun sekejap jah..
BalasPadamada baca kisah dia di surat khabar tempatan. rasa humble sgt dibuatnya. thank you sharing kat sini juga
BalasPadamLifestyle Blog | The Grey Lines Between
Kesian.. Tapi yang pelik tenogk berita di media sosial bgtau rakan2 artis nak tolong tapi balqis dan ibunya tak nak terima.. Semoga balqis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..
BalasPadam