Puteri Balqis Dalam Rancangan Bersamamu

Masa tengok kemunculan Puteri Balqis dalam iklan rancangan Bersamamu di TV3 memang sangat-sangat memeranjatkan. 

Memang tahu dia ada penyakit sejak tahun lepas lagi bila dia selalu kongsi di Instagram dia sejak tahun lepas. Tapi tak sangka kehidupan dia di uji sebegini berat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun dia sedang sakit tapi suara dan cara dia jawab soalan bila ditanya wartawan sangat tenang. 


Puteri Balqis Dalam Rancangan Bersamamu

Ya Allah sungguh matang. Memang tak sangka di usia yang muda dia dan keluarga di uji sebegini besar. Dugaan dan kesakitan buat dia jadi lebih kuat dan tabah.

Dalam sedutan program Bersamamu, ditayangkan Puteri Balqis sedang menderita sakit sejak dua tahun lepas. Dikongsi juga tentang beban yang mereka sedang alami. 

Dia bersama ibu berjalan di sekitar bandar utama Kuala Lumpur untuk menjual buku hasil tulisan dia sendiri bagi menampung perbelanjaan dan keperluan seharian.



Hidup Berubah Terpaksa Ikat Perut

Sedih sangat bila dia cerita yang dia terpaksa ikat perut untuk teruskan hidup. Pernah tak makan beberapa hari sebab tiada duit. 

Weh aku yang sihat tubuh badan ni kalau tak makan separuh hari pun menggigil inikan pula dia yang masih kecil dan sakit pula tu. Ya Allah salute la.

Dia dan ibu terpaksa ikat perut kerana perubahan hidup secara tiba-tiba membuatkan dia terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi. 

Katanya dia dah tak bersekolah. Tak mampu la kan agaknya. Sedih bila fikir. Menurut Puteri Balqis, kali terakhir dia berlakon adalah pada awal tahun 2018. 

Selepas tu dia terpaksa tolak tawaran berlakon atas sebab masalah kesihatan. Dia tak boleh bekerja terlalu lama dan terlalu penat.

Oleh sebab masalah kesihatan yang menghalang dia berlakon, dia pilih untuk meneruskan hobi dia menulis puisi. 

Puisi-puisi yang terhasil dia kumpulkan menjadi sebuah buku. Dengan hasil jualan buku itulah dia beli makanan dan buat belanja.

Struggle betul bila dia dan ibu akan ulang alik dari Setia Alam ke beberapa lokasi di KL dengan menaiki kenderaan awam. Bawa buku dan menjual kepada orang awam. 

Tak pasti la kan kalau orang dekat luar cam tak dia. Harapnya lepas dia masuk rancangan Bersamamu ni orang bermurah hati nak beli dan tolong dia.



Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis

Menurut Puteri Balqis, “Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis” adalah merupakan koleksi puisi hasil titipan kisah hidupnya berdasarkan apa yang dia lalui terutama ketika dia sakit teruk tahun lepas. 

Orang berjiwa seni ni, kata-kata dia memang indah. Penggunaan dan pemilihan kata-kata yang mewakili apa yang dia rasa memang selalunya menyentuh jiwa.

Sewaktu dia mendapatkan rawatan pada tahun lepas, dia kongsikan yang dia ada masalah berkaitan hati dan bukan kanser. 

Tapi jika tak dijaga dan dikawal boleh membawa kepada penyakit lebih teruk iaitu kanser. Sekarang doktor masih pantau kesihatan Puteri Balqis. 

Simtom yang selalu dia alami ialah muntah darah. Dia boleh muntah darah pada bila-bila masa walaupun ketika sedang tidur. Akibatnya dia jadi lemah.


Tentang Buku Planner 2020 + The Book Of 38 Poems Of Puteri Balqis

  • Manusia mana yang tidak diuji. Sungguh. Allah menguji hambanya yang terpilih mengikut kemampuan diri kita.
  •  38 POEMS OF PUTERI BALQIS dikarang sendiri oleh pelakon cilik, Adik Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish.
  •  Demi memberi kekuatan dan inspirasi pada diri, maka terbitlah buku '38 Poems of Puteri Balqis' yang menceritakan kisah suka dukanya sebelum dan sepanjang beliau bergiat aktif dalam dunia seni.
  •  Oleh itu, #PlannerAna merasa terpanggil untuk membantu meringankan beban Adik Aqish. Akhirnya, PlannerAna telah menerbitkan SET SPECIAL EDITION #PlannerAnaXPuteriBalqis.

Kami di Team PlannerAna ingin mengajak ramai-ramai untuk memberi sedikit sumbangan kepada adik Aqish melalui pembelian SET SPECIAL EDITION ni. 

Moga dengan bantuan kalian, mampu meringankan sedikit beban Adik Aqish kita. InsyaAllah.



Special Edition #PlannerAnaXPuteriBalqis

Antara content yang menarik dengan keluaran Special Edition ini adalah:

1. BUKU PLANNER 2020 (NO REGRETS)
Mengandungi 12 quotes khas yang memberi motivasi dan inspirasi dari @rockingbalqis setiap bulan from January till December. You gonna love it

2. BUKU #38poemsofputeribalqis
Berkisarkan kisah hidup suka dan duka Aqish sebelum beliau memasuki industri
hiburan dan sehingga sekarang.

3. TABLE CALENDAR 2020
Dilengkapi dengan Public Holiday Malaysia, Brunei & Singapura

4. FREE GIFT
Selain itu kami sertakan beberapa free gift lain, seperti bookmark yang mengandungi
tandatangan Aqish, buku planner Ramadan dan beberapa Free Gift menarik lain.



Antara yang paling menyentuh perasaan aku ialah bila dia masih mampu senyum dan tenang bila meluahkan apa yang dia rasa. Dia bersyukur ibu dia masih disisi sedangkan ada orang lebih berat dugaan dia.

Rupa-rupanya ibu dan ayah dia sudah bercerai. Memang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Siapa lah kita nak judge kehidupan dan juga masalah keluarga mereka. Bersangka baik dan doakan yang baik-baik sahaja untuk dia.

Banyak kali aku ulang dengar temuramah wartawan Harian Metro ni. Entah, suara dan jawapan Puteri Balqis terdengar indah di telinga aku. 

Aku tak habis-habis kagum dari tadi. Ayat yang berjaya menjentik hati aku adalah bila dia jawab tentang doa dari peminat dan orang yang kenal dia. Makan dalam weh.  

“Sedih bila nampak orang lebih susah dari kami, lebih hebat ujian mereka. Tapi tak apa Ujian kami semua indah bila kita sentiasa tabah dan sabar”

Kata kunci ~ Semua jadi Indah bila kita sentiasa Tabah dan Sabar


Kesimpulan

Sedikit throwback, Puteri Balqis pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19. Dia bakal menyambut hari jadi ke 13 tahun pada 12 April 2020. 

Dulu, ramai kagum dengan hasil lakonan dia. Setiap watak yang dia pegang, dia akan pastikan lakonan dia akan memberi kesan di hati penonton.

Dia insan seni yang sangat berbakat. Bagi aku rugi sangat kalau bakat yang dia ada dibazirkan begitu saja. 

Aku percaya pasti ada rawatan yang sesuai dan dapat bantu dia pulih dan terus sihat. Cuma pastinya masalah kewangan akan jadi isu utama.

Harap sangat lepas ni semakin ramai akan bermurah hati untuk tolong beli buku atau pun beri sumbangan supaya dia dapat hidup dengan lebih selesa. 

Dia pun bukan hanya duduk menunggu bantuan. Dia tak pernah kalah dengan ujian. Cara dia bangkit dan teruskan hidup buktikan dia seorang yang kuat.

Tak sabar nak tonton ulangan rancangan Bersamamu. Untuk korang yang nak hulurkan bantuan boleh lah berbuat sumbangan kepada akaun ibu Puteri Balqis iaitu Puan Norahshikin binti Mohamad Aziz.

Nak tengok perkembangan tentang Puteri Balqis dan tahu lebih lanjut tentang Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis boleh lah follow dia di Instagram. 

Jom lah sama-sama kita doakan dan beli sambil beramal. Tak banyak yang dapat aku tolong tapi harapnya dengan perkongsian artikel yang tak seberapa ini dapat buka mata orang ramai untuk membantu.

Nama: Norashikin binti Mohamad Aziz
Bank: Maybank
No Acc: 1627-7719-0105

Ulasan

  1. Masih kecil tapi nampak matang sangat. Semoga Allah permudahkan urusan Aqish dan mak dia..semoga Aqish cepat sembuh. Berat betul dugaan merekan dua beranak.

    BalasPadam
  2. Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai yang akan menghulurkan bantuan..

    BalasPadam
  3. Semoga pengkongsian dapat membantu puteri balqis.. Last tgk dia berlakon dlm sweet dreams tu pun sekejap jah..

    BalasPadam
  4. ada baca kisah dia di surat khabar tempatan. rasa humble sgt dibuatnya. thank you sharing kat sini juga

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  5. Kesian.. Tapi yang pelik tenogk berita di media sosial bgtau rakan2 artis nak tolong tapi balqis dan ibunya tak nak terima.. Semoga balqis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.