Siapa pernah bercuti di Terengganu? Dah berapa banyak pulau dekat Terengganu yang korang dah pergi? Yang memang menetap atau ada memang orang Terengganu tak aci la jawab ya. Sempena menyokong misi nasional tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia aku nak kongsikan pulau-pulau terbaik yang ada di Terengganu yang patut korang kunjungi.Personally aku belum berjaya habiskan melawat pulau-pulau popular Terengganu yang bakal aku kongsikan selepas ini. Moga lepas perkongsian ni tercapailah cita-cita nak bercuti dengan keluarga di Terengganu.
Pulau Terbaik Di Terengganu Perlu Korang Kunjungi
Kali terakhir aku bercuti di Terengganu adalah pada tahun 2017.
Masa tu anak baru dua orang. Kami hanya sempat melawat Taman Tamadun Islam
(Taman Monumen), naik River cruise serta buat aktiviti food hunting.
Terkilan juga tak sempat ke pulau- pulau
di Terengganu. Memang dari dulu, Terengganu menjadi destinasi tumpuan pelancong
dari dalam dan luar negeri kerana keindahan pulau dan juga aktiviti menyelam
kerana pantainya yang indah dan bersih serta hidupan laut yang menarik.
( Pulau Kapas. Credit: IZZ HAZEL/Shutterstock)
5 Pulau Terbaik Terbaik Di Terengganu
Antara pulau yang terkenal dengan
aktiviti pelancongan adalah Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang, tapi
tahukah korang sebenarnya ada lagi pulau-pulau yang sebenarnya awesome yang menjanjikan
keindahan pantai yang perlu korang kunjungi.
Jadi untuk entri kali ini khas untuk korang yang suka bercuti ke pulau,
aku kongsikan 5 pulau yang terkenal kerana kecantikan alam semula jadi sesuai
untuk aktiviti keluarga dan snorkelling.
Untuk orang KL dan kawasan sekitar yang
malas nak memandu ke Terengganu boleh naik flight untuk mudahkan perjalanan
korang. Kurang penat dan jimat masa. Mudah sangat nak ke KLIA dengan
pengangkutan awam.
Boleh dapatkan perkhidmatan train ke lapangan terbang KLIAEkspres promo di website Traveloka ini. Dah namanya
pun promo seharusnya tawaran menarik. Tetapi jika korang ingin lebih
mudah dan inginkan privacy untuk ke airport, korang boleh book airport taxi dari
Traveloka.
Booking hanya di hujung jari gitu. Baik lah. Korang dah bersedia untuk mengetahui pulau-pulau yang
menarik yang ada di Terengganu? Jom baca selanjutnya.
Nak makan Ikan Celup tepung sedap di Terengganu? - Cuba tengok dekat sini
Pulau Kapas
Korang ingin bercuti di pulau tetapi inginkan ketenangan dan tidak
mahu terlalu ramai orang? Inilah salah satu daripanya. Pulau ini merupakan
antara yang terdekat dengan tanah besar.
Tidak menerima pengunjung yang ramai
seperti pulau-pulau yang lain dan itu membuatkan alam semulajadi di sekitarnya
sangat terjaga dan tidak tercemar. Air laut masih membiru dan pantai yang
bersih.
Pulau ini juga merupakan lokasi terbaik untuk penyelam dan
snorkeling. Pelbagai jenis hidupan laut dan korang berpeluang meneroka terumbu
karang yang masih dijaga oleh alam semulajadi. Kalau korang inginkan percutian
honeymoon, pulau ini adalah yang terbaik.
( Pulau Kapas. Credit: IZZ HAZEL/Shutterstock)
Pulau Gemia
Inginkan Maldives? Tapi kos terlalu tinggi? Korang tak perlu pergi
jauh. Datang sahaja ke Pulau Gemia. Pulau ini menjanjikan suasan pantai dan
pulau yang sangat menenangkan.
Sangat sesuai bagi korang yang inginkan rehat
yang cukup sambil menghirup udara laut, sangat sesuai bagi korang yang inginkan
honeymoon dengan persekitaran yang lebih private.
Kedudukan Pulau Gemia tidak jauh daripada Pulau Kapas. Keindahan
air lautnya juga tiada tandingan, korang masih boleh melakukan aktiviti
menyelam dan snorkeling untuk melihat hidupan laut dan meneroka terumbu karang
di dasar laut.
Terdapat satu sahaja tempat penginapan di Pulau ini iaitu Gem
Wellness Spa & Island Resort. (Pulau Gemia: credit Agoda)
Pulau Rhu Hentian
Jika sesuatu Pulau itu terletaknya di perairan Terengganu, sudah
tentu and dapat menjangkakan keindahan laut dan pantainya. Begitu juga yang korang
boleh rasai di Pulau Rhu Hentian ini.
Walaupun pulaunya lebih kecil berbanding
Perhentian dan Redang, ia masih menawarkan keunikan hidupan laut yang masih
terjaga.
Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk melihat pelbagai jenis ikan,
siput, terumbu karang dan rumpai air yang ada di sekitar pulau ini. (Hentian. Credit Besuttourism)
Pulau Lang Tengah
Walaupun kedudukan pulau ini di tengah-tengah antara Redang dan Perhentian, ia masih belum mencapai tahap pengunjung yang ramai dan itu adalah sesuatu perkara yang baik.
Ini kerana jika sesuatu kawasan itu belum terjejas dengan kedatangan pengunjung yang melebihi had, alam semulajadi di sekitarnya akan lebih terjaga dan lebih kelihatan neutral.
Dan kerana itu juga lah kualiti air di pulau ini boleh dikatakan bertaraf dunia. Jika korang bercuti ke sini, jangan lupa untuk melihat sendiri penyu-penyu yang datang ke pantai untuk bertelur. (Pulau Lang Tengah. Credit: Francesca Cerretani/Shuttterstock)
Pulau Tenggol
Jika ingin ke Pulau Tenggol ini, korang boleh mendapatkan bot di
jeti Dungun dan masa perjalanan yang diambil adalah sekitar 1 jam sahaja.
Walaupun nama pulau ini jarang didengari, tetapi ia bukanlah satu pulau yang
jarang dikunjungi oleh penyelam-penyelam profesional.
Pulau ini menjanjikan
antara lokasi menyelam yang terbaik yang ada di semenanjung Malaysia. Antara lokasi yang menarik untuk melakukan aktiviti menyelam di
sekitar pulau ini ialah di Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Batu Chanang,
Tokong Burung dan beberapa lagi lokasi menarik.
Ketika menyelam di sekitar
pulau ini, korang pasti akan melihat pelbagai jenis ikan, penyu dan kapal karam. (Pulau Tenggol. Credit: Azzudin Abdul Aziz/Shutterstock)
Kesimpulan
Ha banyak bukan pulau-pulau yang ada? Jadi, macam mana? Korang dah
dapat keputusan tak untuk bercuti ke mana-mana pulau yang ada di Terengganu ni?
atau masih keliru nak pilih pulau yang mana? Meh aku tolong ringkaskan.
Kalau
korang nak honeymoon Pulau Hentian dan Pulau Gemia merupakan lokasi yang tepat
patut korang pilih.
Tak nak pergi pulau yang sesak dengan orang, korang bercuti
la di Pulau Rhu Hentian atau pun Pulau Lang Tengah.
Kalau bernasib baik dapat juga tengok Penyu bertelur di Pulau Lang Tengah. Tapi kalau snorkelling
merupakan tujuan utama korang bercuti ke Terengganu maka wajib pergi ke Pulau
Tenggol.
Jika korang dah pilih, apa lagi, boleh la book cepat-cepat resort
dan pakej yang sesuai. Aku yakin korang pasti puas hati dengan apa yang korang
dapat semasa bercuti nanti.
Aku pun teruja dan mula rancang nak bercuti ke
Pulau Gemia. Jom la siapa nak ikut. Hiks. Setakat ini sahaja perkongsian kali
ini, jumpa lagi nanti di lain entri.
Salam sayang dari aku untuk korang. muahh.
Singgah sini.. MasyaAllah geram aje tengok keindahan pulau-pulau itu. Harapnya tahun ini dapat bercuti ke pulau. Dah rindu clear blue water itu!
BalasPadam