Ramai orang ambil mudah bila melibatkan urusan pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Masing-masing rasa tak perlu sebab bukan pemilik perniagaan, hanya sekadar jadi ejen dan dropshiper. Lagi pun meniaga hanya secara kecil-kecilan. Perlu ke nak daftar SSM juga?
Sebenarnya banyak manfaat kalau mendaftar dengan SSM dan paling utama adalah untuk elak dari dikenakan tindakan undang-undang.
Sebenarnya banyak manfaat kalau mendaftar dengan SSM dan paling utama adalah untuk elak dari dikenakan tindakan undang-undang.
Cara Daftar SSM Secara Online
Aku kongsikan pengalaman aku sendiri ke SSM untuk pendaftaran perniagaan yang aku rasa mudah sangat.
Kenapa perlu Daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
- Untuk yakin kan pembeli berurusniaga dengan kedai kita.
- Membolehkan pembeli membuat semakan tentang perniagaan kita.
- Untuk memudahkan peniaga melangkah ke peringkat seterusnya terutama jika ingin membuat pinjaman dengan pihak bank, memohon geran dan lain-lain lagi.
- Sesuatu perniagaan yang gagal mendaftar tidak akan dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan kerana perjalanan perniagaan itu adalah tidak sah di sisi undang-undang.
- “Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pendaftaran Pendaftaran 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda Rm50,000 atau kedua-duanya sekali”
Cara Daftar SSM Secara Online
- Layari laman web ezbiz.ssm.com.my
- Klik butang SIGN UP bagi yang mendaftar pertama kali. Isi ruangan yang diperlukan (No IC dan nama penuh). Isi maklumat peribadi termasuk alamat email, tempat tinggal dan no telefon.
- Create ID dan password
- Isi maklumat diperlukan dan tunggu email pengesahan dan arahan seterusnya dari SSM.
- Selepas terima email pengesahan, kena rujuk pejabat SSM terdekat untuk semak nama perniagaan yang mahu didaftarkan samada boleh digunakan atau tidak. Perlu sediakan sekurang-kurangnya tiga nama cadangan perniagaan. Kakitangan bertugas akan buat semakan dan cadangkan nama yang masih boleh diguna.
- Perlu tunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan kita sudah mendaftar melalui atas talian dan pengesahan ID.
- Log in semula laman web SSM dan kemaskini maklumat dan masukkan nama yang telah dipersetujui semasa di kaunter. Isikan maklumat perniagaan dengan lebih terperinci dan buat pembayaran. Yuran pendaftaran untuk SSM adalah sebanyak RM60 untuk tempoh dua tahun.
- Tunggu email pengesahan pembayaran dan juga pemberitahuan perniagaan berjaya di daftarkan.
- Selepas berjaya daftar, kena muat turun Sijil Perniagaan (Certificate of Business Registration) dalam tempoh 14 hari.
Kesimpulan
Sesungguhnya proses pendaftaran perniagaan SSM secara online sangatlah mudah dan menjimatkan masa.
Kalau sebelum ni perlu isi borang yang panjang, tapi sekarang dapat buat dengan selesa dan dapat fikir panjang sebelum isi maklumat diperlukan. Jimat masa, tenaga dan tak perlu susah payah nak ke SSM.
Nice sharing..
BalasPadam