Alhamdulillah pembukaan persekolahan bagi sesi 2020 telah pun selamat ditempuh anak bujang, Ikhwan Hafeez.
Setelah bercuti lama akhirnya jadual persekolahan yang padat kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Syukur, semangat, minat dan keinginan dia ke sekolah masih menggunung.
Sama seperti tahun-tahun sudah, hari pertama persekolahan dia akan teruja nak jumpa kawan-kawan. Sejenis excited sampai sarapan pun dia tak sempat makan.
Buka Sekolah Sesi 2020
Tiada selera, tak sempat dan
macam-macam alasan lagi.
Oleh sebab ini tahun ketiga dia
bersekolah jadi aku kurang risau nak lepaskan dia ke sekolah. Hari pertama
minta suami temankan sebab nak beli T-Shirt Pendidikan Jasmani.
Terlepas
pandang nak beli masa beli barang-barang sekolah hari tu.
Penempatan dan Kedudukan Dalam Kelas
Urusan penempatan kelas cikgu dah
beritahu masa akhir tahun lepas. Jadi dah tahu yang Ikhwan masuk ke Kelas 3
Cemerlang. Rasanya tiada perubahan memandangkan tiada perubahan sistem
pendidikan dari KPM setakat ni.
Masih berjumpa kawan-kawan yang
sama. Guru kelas tahun ni adalah guru lelaki. Pengalaman pertama untuk mama
berurusan dengan Guru Lelaki.
Setakat ini pertanyaan ibu bapa di group Whatsapp
dijawab dengan baik dan tiada drama. Syukur.
Dah pesan pada Ikhwan cari tempat
duduk di barisan hadapan dalam kelas. Dia pun sedar dengan saiz dia yang comel
tu agak bermasalah kalau duduk di barisan belakang.
Alhamdulillah dia terima
arahan dengan baik. Biasanya untuk permulaan murid-murid boleh pilih tempat
duduk sendiri, guru kelas akan ubah mengikut keperluan dan kesesuaian masa
mengajar.
Macam semalam je dia baru masuk Darjah Satu
Jadual waktu Kelas 3 Cemerlang
Ada penambahan jadual waktu kelas
Ikhwan bila dia masuk darjah tiga. Tahun ni dia diperkenalkan dengan subjek
Muzik. Tahun ni juga dia kena hadiri aktiviti Kokurikulum.
Akan ada satu hari
dalam seminggu dia akan balik pada pukul 4 petang. Aktiviti Kokurikulum pula
akan ditentukan kemudian. Dia bercita-cita nak masuk Kadet Remaja.
Subjek lain seperti Bahasa
Inggeris pula dia akan belajar lebih mendalam seperti menulis esei. Tasmik dan
subjek lain seperti biasa.
Risau juga sebenarnya, dengan matapelajaran yang
semakin sukar aku harap dia enjoy dan faham apa yang cikgu ajar.
Aku dah terangkan apa yang bakal
dia tempuh. Sentiasa ingatkan untuk dia fokus supaya dia tak penat kena buat
kerja sekolah di rumah.
Dulu aku selalu hairan kenapa dia tak pernah ada kerja
rumah, rupa-rupanya murid-murid yang ada kerja rumah adalah murid-murid yang
tak sempatkan tugasan dalam kelas.
Jadi, kalau dia tak buat dekat
rumah bermaksud dia berjaya siapkan dalam masa yang ditentukan dekat sekolah.
Lega hati mama.
Aku selalu je di kritik orang sekeliling sebab terlalu ‘tegas’
dengan anak-anak terutama mengenai pelajaran. Tapi aku tak kisah, selagi aku
tahu apa yang aku buat dan anak faham kenapa aku tegas.
Kalendar Cuti Sekolah 2020 Malaysia
Bagi Ibu bapa yang mempunyai anak
dan bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3, PSRA, UPSR dan seangkatan
memang dah siap maklum tarikh-tarikh penting dalam kalendar cuti sekolah.
Tak
seperti tahun 2019 banyak cuti bersambung, tapi bersyukur Raya bulan 5. Kena
bijak merancang dan berbelanja la nampak gayanya.
Kesimpulan
Semoga sesi persekolahan 2020 untuk
Ikhwan Hafeez dipermudahkan oleh Allah. Semakin bertambah usia, semakin
bertambah tanggungjawab dan makin banyaklah beban yang perlu dipikul.
Sebagai ibu
bapa aku sehabis baik akan membantu dan in sya Allah akan sentiasa di sisi dia.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.