Kali terakhir aku pergi Pantai Remis adalah masa aku mengidam nak makan telur ikan Mayong beberapa tahun sudah.
Berjaya beli sebungkus telur tapi telah gagal masak walaupun dah google resepi. Adoi terus kecewa.
Baru-baru ni aku ajak suami ke Pantai Remis sekali lagi tapi kali ni sekadar datang untuk berkelah dan ambil angin. Sambil berjalan kita cuci mata di Tapak Penjaja Pantai Remis.
Berkelah di Pantai Remis Jeram Selangor
Pantai Remis Kuala Selangor
terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang, Jeram yang
mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh
orang awam.
Masa aku sampai sekitar pukul 3 petang, orang dah mula ramai.
Aktiviti Menarik Di Pantai Remis
Alhamdulillah cuaca tidak terlalu
panas dan berangin. Selain menghirup udara pantai dan menikmati pemandangan
pantai, Pantai remis sesuai untuk korang beriadah bersama keluarga dan
kawan-kawan.
Boleh juga bermain layang-layang atau boleh mencari hidupan laut (sea shell)
seperti kerang, mentarang dan lain-lain.
Kebiasaan aktiviti memancing dan
aktiviti mencari hidupan laut dilakukan pada waktu pagi. Jadi kalau korang
teringin nak makan kerang fresh dan percuma kena datang awal pagi ya.
Adik aku
yang tinggal berdekatan memang suka kutip kerang di Pantai Remis. Berkelah tepi Pantai Bagan Lalang pun best juga - Baca Sini
Anak-anak lah yang paling teruja
untuk datang ke sini. Peluang dapat melihat orang bermain layang-layang dan
main belon buih di tepi pantai memang seronok.
Selain tu korang boleh cuba
untuk naik kereta yang telah diubah suai dan korang akan dibawa menikmati
pemandangan sekitar Pantai Remis. Kalau tak silap bayaran hanya RM5 seorang.
Tapak Penjaja Makanan Laut Pantai Remis
Tujuan utama aku datang ke Pantai
Remis adalah nak ke Tapak Penjaja untuk beli kerang. Itu tujuan asal tapi bila
dah sampai sana memang jadi rambang mata.
Hasil laut seperti Mentarang, Lala,
siput, telur Ikan Mayong, sotong, tiram, kerang dan banyak lagi dijual dekat
sini.
Kalau nak makan Seafood & Ikan Bakar boleh pergi ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka atau Aroma Ikan Bakar jeram
Pengalaman manis untuk anak-anak aku
belajar dan tambah ilmu. Selalu tengok dalam televisyen je, bila tengok depan
mata memang masing-masing tak habis bertanya dan bercerita.
Ilmu baru juga
untuk aku. pertama kali tengok Siput Kemudi.
Aku beli dua kilo kerang segar
berharga RM18, buah bidara, mempelam, rambutan dan sedikit sayur-sayuran. Itu
pun suami dah jeling. Ikut hati aku banyak lagi aku borong. Hoi nafsu.
Gerai Makanan
Kalau ke sini tak risau datang
dengan perut lapar sebab banyak gerai yang menjual makanan serta minuman. Ada
pelbagai makanan laut goreng, kuih muih, kepak ayam bakar, ais krim, keropok
dan banyak lagi.
Nak makan menu lebih berat boleh singgah kedai makan yang
terletak berhadapan Pantai Remis. Pilih je.
Kesimpulan
Puas hati dapat habiskan masa
berkualiti dengan keluarga dekat Pantai Remis ni. Paling penting dapat beli dan
makan kerang fresh.
Aku suka Pantai Remis sebab tak jauh sangat dari rumah, kebersihan
pantai dan kawasan sekeliling terjaga.
Banyak aktiviti menarik boleh buat dekat
sini, kemudahan tandas bersih, surau yang baik dan banyak tempat makan.
Bangga
juga rakyat Malaysia semakin menghargai alam sekitar dan bagus menjaga
kemudahan yang ada. Syabas.
Bestnyaaaaa......dah lama x makan siput kemudi tu..susah nak dapat tau..eh..diorang ni meniaga tiap2 hari ke..kalau SA pi sini confirm borong semua ni..
BalasPadamPergh!! Banyaknya makanan laut.. Oyster pun ada.. Siput kemudi tu besar betul..
BalasPadamMahal juga sekilo buah bidara tu.. Sedap kunyah sambil membaca tu..