Memiliki kulit muka halus, licin dan bercahaya secara semulajadi memang menjadi idaman setiap wanita.
Macam aku sendiri, setiap kali tengok drama Korea mesti kagum dengan kulit muka pelakon Korea yang licin berkilat. Bukan berminyak tau.
Nampak lembap je setiap masa. Tak kira la pelakon lelaki mahupun wanita. Ternyata Korean Skincare telah mendapat tempat di hati peminat di seluruh dunia.
Khas untuk entri kali ini aku nak berkongsi tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.
Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature
Personally aku sendiri dah jatuh cinta dengan Hansaegee Gold Nano CC
Cream ni dan sebelum aku cerita lanjut tentang fungsi dan kandungan Gold Nano
CC Cream lebih bagus kalau korang faham tentang kegunaan dan kepentingan CC
cream.
Just friendly reminder untuk korang
yang sedang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit muka, sila study dan
fahamkan fungsi produk, bahan yang digunakan, dan paling penting fahami jenis
kulit korang.
Lepas tu kena ikut step yang dicadangkan, kena disiplin dan minum
banyak air. Barulah berkesan dan dapat hasil seperti yang diidamkan.
Perkongsian aku adalah berdasarkan pengalaman dan keadaan kulit muka aku.
Apa Yang Best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?
Hansaegee Nature dah berada di
Malaysia sejak tahun 2011 lagi tau. Selain Gold Nano CC Cream, Hansaegee Nature
juga terkenal dengan pencuci muka dan krim pelembap mereka.
Kalau nak tahu CC
Cream merujuk kepada Colour Control Cream. Tiga Fungsi utama CC Cream ni adalah
untuk betulkan dan seimbangkan tona kulit muka secara semulajadi, beri
perlindungan matahari SPF50+ PA +++ dan buat kulit licin dan bercahaya.
Apa yang best tentang Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream ni ialah, ia berubah mengikut warna tona kulit muka secara
semulajadi walaupun warna cream asalnya ialah putih.
Jadi janganlah risau ya.
Sesuai untuk semua jenis kulit muka terutama mereka yang mempunyai kulit muka
kusam dan ada masalah kulit muka tidak sekata.
Warna asal
CC Cream ini adalah berwarna putih tapi jangan risau sebab ianya sesuai untuk
semua warna kulit sebab ianya akan berubah mengikut warna tona kulit muka
korang.
Setelah
blend dengan jari, warna CC Cream akan berubah mengikut tona kulit muka menjadi
little pink atau pun coklat.
Tambahan lagi, tekstur CC Cream
Hansaegee berbeza dengan CC Cream yang ada di pasaran. Teksturnya tidak
melekit, terasa ringan bila disapu ke muka dan tidak berminyak.
Sesuai dipakai
sepanjang hari. Hasilnya, kulit muka akan lebih halus, bercahaya secara
semulajadi dan lembap. Tak risau bila kulit berpeluh atau berminyak pada waktu
tengahari.
CC Cream ni mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan memberi kelembapan yang diperlukan kulit.
Setelah diratakan pada kulit, CC Cream kelihatan
ringan dan lembap.
Cara Guna Hansaegee Nature Gold Nano
CC Cream
Gold Nano CC Cream boleh dijadikan
sebagai cream harian dan cara guna adalah sangat mudah. Cuma sapu dengan jari
dan ratakan ke seluruh muka. Sesuai untuk korang yang keluar rumah tapi tak
suka makeup yang tebal dan nak nampak semulajadi.
Dengan keadaan cuaca Malaysia
yang panas memang perlu sangat pakai krim yang ada perlindungan matahari.
Kebaikan Hansaegee Nature Gold Nano CC
Cream
- Memberi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++
- Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
- Meminimumkan penampilan pori
- Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer untuk buat makeup tahan lebih lama
- Mencerahkan kulit
- Bertindak sebagai anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
- Mengekalkan kelembapan dan buat kulit bercahaya secara semulajadi
Kandungan Utama Gold Nano CC Cream
Jom tengok kandungan utama CC Cream
supaya korang lebih faham bagaimana ianya membantu kulit muka korang:
Mineral Water – Mengimbangi pH kulit
dan meningkatkan keanjalan kulit.
Ipomoea Hederacea Callus Culture
Extract – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.
Colloidal Gold – Melambatkan penuaan
dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.
Selain daripada itu, Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, dan bebas daripada bahan
berbahaya - No Paraben, No Alcohol, No Sulfate. Untuk
dapatkan maklumat lebih terperinci boleh rujuk website mereka.
Pengalaman Aku Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Mengikut pengalaman aku setelah
menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream selama beberapa minggu, aku
bertambah yakin bila keluar rumah.
Aku tak risau untuk kekal aktif dan berpeluh
di bawah sinaran matahari serta sangat menjimatkan masa untuk aku bersiap.
Tekstur CC Cream ini juga sangat
ringan dan tidak melekit. Berbeza dengan cream yang pernah aku guna sebelum ni.
Jadi memang mudah nak sapu ke permukaan kulit muka.
Apa yang aku perasan walau
kulit muka berpeluh teruk, cream ni tak nampak bercapuk. Tak rasa rimas dan
tidak risau muka nampak comot.
Semestinya sesuai untuk aku yang suka
less makeup dan kulit muka nampak semulajadi bila berada dekat luar. Lagi satu,
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream meresap dengan baik dan sangat mudah untuk
dicuci.
Tak ada
masalah kalau kulit berpeluh. Kena air pun tak nampak bercapuk dan nampak
fresh.
Tidak
risau jika kulit berpeluh terutama pada waktu tengahari. Kulit nampak lagi
glowing dan tak bercapuk.
Selalu waktu kritikal adalah pada
waktu tengahari, sebab masa tu cuaca panas dan kulit aku dah start berminyak.
Tapi bila guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, dia buat kulit muka nampak
glowing dan natural.
Selalu lah jenguk laman web Hansaege
sebab selalu ada sale.
🍁Website:
www.hansaegee.com
🍁Instagram:
www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁Facebook
page: www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁YouTube
page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Menarikk cc cream ni..
BalasPadam