Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34
Syukur aku masih diberikan
peluang bernafas dan menyambut ulang tahun kelahiran ke 34. Sambutan ulang
tahun kelahiran tahun ni aku rasa semakin kurang seronok. Sumpah bukan tak
bersyukur. Tapi semakin bertambah usia aku semakin bertambah juga usia ibu
tercinta. Perasaan tu lain sungguh berbanding sambut ulang tahun kelahiran masa
muda.
Entah macamana aku nak describe
perasaan tu. Makin kita membesar semakin kita faham kehidupan bukan tentang
kita sahaja. Ianya tentang mereka yang ada di sekeliling kita. Kalau hidup
sekadar hidup, cacing dalam tanah juga hidup. Tapi Allah jadikan manusia hidup
bertujuan.
Sepanjang 34 tahun aku di izinkan
hidup, tahun ni paling aku terasa betapa lelahnya maksud kehidupan. Benar Allah
telah kata, dunia ini tempat kita bersusah payah buat amal ibadah. Hasilnya
nanti kita tuai di akhirat. Kena buat bekalan secukupnya.
Dugaan Kesihatan Orang Tersayang
Walau perit dengan dugaan
kesihatan orang-orang tersayang, aku masih lagi berdiri cuba memahami ujian
Allah aturkan. Bermula dengan pertengahan tahun, nikmat sihat mak
perlahan-lahan Allah tarik. Kesihatan mak agak membimbangkan.
Bermula dengan satu hospital ke
hospital yang lain. Kami adik beradik cuba yang terbaik dapatkan pandangan
beberapa doktor. Mak disahkan dijangkiti kuman Tanah (Meliodisis). Penyakit
yang aku sendiri baru tahu.
Ibarat sudah jatuh ditimpa
tangga; dalam tempoh mak aku berusaha nak sihat, abang ipar aku pula dimasukan
ke hospital kerana masalah jantung. Terlalu rumit aku nak terangkan apa yang
jadi. Sungguh seakan berat batu menghempap dada.
Kalau dulu aku mudah duduk dan
bercerita. Lepas dugaan demi dugaan aku rasa tak banyak pilihan yang aku ada.
Aku mudah jadi penat dan aku pilih untuk diam dan pendam. Aku pesan dekat hati,
Allah nak uji aku dan keluarga. Sekarang lah masanya.
Hikmah Adik Beradik Ramai
Dulu masa aku kecil banyak kali
juga aku tewas bila orang pandang serong kami ada adik beradik ramai. Rezeki
emak dan abah, dikurniakan 10 orang anak. Bila menginjak dewasa, paling
terkesan bila mak mula sakit ni. Bersyukur sangat, adik beradik yang ramai ni
ambil giliran berbakti untuk mak.
Rezeki arwah abah, mudah sangat
Allah panggil abah kembali padaNya. Tak terlantar sakit. Langsung tak
menyusahkan anak-anak dan isteri. Setitik peluh pun tak keluar masa saat-saat
jaga arwah abah. Malam 29 Disember 2010, abah pergi sekelip mata lepas sesak
nafas.
Bahagian mak pula, di uji
kesihatan dan emosi. Sungguh, selalu kita tengok konflik berlaku dalam drama.
Benda-benda macam tu wujud. Masalah-masalah keluarga itu ada. Ambil lah
pengajaran. Waktu beginilah, masa, duit, kasih sayang, adap semuanya di uji.
Berdoalah bila waktu tu tiba, hati kita kuat dan yakin sesungguhnya Allah Maha
Melihat.
Sambutan Ulang Tahun Sederhana
Syukur, suami dan anak-anak masih
bersama aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan ulang tahun disambut
sederhana. Keluar makan, beli apa yang aku nak. Cuma beza tahun ni, buat kali
pertama suami hadiahkan sebiji kek sebagai kejutan. Sejenis pasangan yang geli
kalau buat kejutan jadi bila dia beli kek dan buat kejutan aku rasa hadiah yang
bermakna.
Tahun 2019 tahun kesedaran buat
kami sekeluarga. Tahun yang amat mencabar dan kami keletihan mental dan emosi.
Kami juga percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syukur atas segala
nikmat Allah berikan. Walau banyak ujian Allah aturkan ianya tetap rezeki. Aku
terima dengan lapang dada.
Janji aku pada diri sendiri, aku
akan sedaya upaya sehabis baik menjaga kesihatan, aku janji tak akan mudah nak
putus asa dan in sya Allah sedaya upaya aku akan sentiasa positif dan bersangka
baik dengan Allah.
Last but not least, terima kasih
atas segala doa dan ucapan dari keluarga, saudara mara, kawan-kawan yang
mengenali aku baik di alam reality mahupun sekadar di alam maya. Ucapan yang
baik dan doa-doa dari kalian amat aku hargai. Moga perkara yang baik melantun
kembali kepada korang semula. Semoga aku dipanjangkan umur untuk terus beramal
dan dilimpahkan rezeki yang halal dan dapat berbuat baik kepada semua.
sanah helwah rodiah.. semoga tabah ye.. insaya allah ada hikmah semua yg berlaku
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran
BalasPadamSemoga ahli keluarga yang sakit akan beransur sembuh.
Alhamdulillah..
BalasPadamHappy belated birthday Rodiah.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..