Hujung minggu lepas ada
borak-borak dengan suami tentang perancangan nak bina rumah banglo idaman ala
resort di tepi pantai untuk hari tua kami.
Walaupun dah ada rumah sekarang tapi
impian nak ada rumah di atas tanah tak pernah padam. Aku selalu sedapkan hati yang satu hari nanti impian ni akan tercapai juga.
Memang jadi kebiasaan
hujung tahun, kami akan recap semula apa yang kami dah capai. Salah satu impian
aku nak jadi suri rumah dah pun dimakbulkan. Alhamdulillah.
Rumah Banglo Idaman Ala Resort Tepi Pantai
Sekarang target seterusnya adalah
kumpul duit dan capai impian kami suami isteri nak bekerja dari rumah.
Bila
sebut pasal rumah idaman, aku teringin betul nak bina rumah banglo ala resort
di tepi pantai. Geram weh setiap kali bercuti, selalu berdoa nak ada satu rumah untuk kami sekeluarga dekat sana. Tapi kenapa pantai?
Sebab aku jadi
tenang bila menghadap unsur-unsur alam macam laut. Aku impikan, bila aku buka
mata setiap hari akan terasa aku seperti sedang bercuti di resort.
Syurga
sungguh bila fikir. Langkawi menjadi salah satu lokasi impian aku untuk bina
rumah banglo impian ala resort.
Kenapa Pantai Langkawi? Aku pernah kongsi dalam artikel sebelum ni aku jatuh cinta habis dengan Langkawi. Berapa kali dah kami repeat bercuti dekat sana.
Nak cari makanan sedap dan murah, pemandangan yang cantik dan paling penting feel kampung tu masih menebal walaupun dah terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Baca ~ Semak Senarai Hotel untuk bercuti
Baca ~ Semak Senarai Hotel untuk bercuti
Lagi satu, dari kecil aku dibesarkan dalam suasana bukan kampung atau pun bandar. Aku kira tengah-tengah, sebab aku anak Felda.
Depan mata aku ialah ladang kelapa sawit dan hutan. Kalau ada anak Felda sedang baca ni akan faham maksud aku.
Bukan tak bersyukur ya tapi setiap orang boleh pasang impian. Jadi impian aku nak ada rumah banglo ala resort di Pantai Langkawi.
Rumah Banglo 1 Tingkat Idaman Aku
Berbalik kepada impian nak bina rumah
banglo ala resort di Pantai Langkawi, aku dah pun buat carian di internet
tentang pelan rumah banglo. Kalau berbincang dengan suami, kata-kata kosong
akan dipandang sepi ya. Dia akan bagi perhatian jika aku bincang dan kemukakan
fakta serta nombor.
Aku suka dengan susun atur dan
jumlah bilik yang ada. Kalau ikut jumlah ahli keluarga sekarang, cukuplah
keluasan dan bilik yang ada. Aku suka rekabentuk rumah yang sederhana besar
sebab lebih mudah nak uruskan.
Antara yang aku pertimbangkan bila nak pilih pelan rumah idaman, aku cuba meminimumkan urusan penyelenggaraan dan aktiviti mengemas. Jadi kalau bina rumah 1 tingkat tak lah penat aku nak mengemas rumah.
Bayangkan kena cuci banyak tandas dan kalau tandas tingkat atas bocor. Alahai lecehnya.
Lagi satu aku ni penakut
orangnya. Terpengaruh dengan filem seram pun ya juga. Kan ada adegan dalam rumah,
bila pemilik rumah terbangun tengah malam tengok jam tepi katil pukul tiga
pagi, lepas tu rasa dahaga dah kena turun tangga ambil air.
Benda seram dan
menakutkan selalu berlaku pada pukul tiga pagi. Tolong jangan tanya aku kenapa
pukul tiga pagi, aku tak tahu dan tak ingin nak tahu.
Tak Suka Rumah Banglo 2 Tingkat?
Bila aku tunjukkan pada suami Pelan
Rumah 1 Tingkat Idaman aku tak bermaksud aku tak suka dengan rumah banglo 2
tingkat.
Aku dah siap sedia dengan pelan rumah banglo 2 tingkat andai rancangan
rumah banglo 1 tingkat tak tercapai atau aku tiba-tiba berubah minat. In sha
Allah masih jauh perjalanan kalau dipanjangkan umur.
Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat, 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air pon cantik juga. Tingkat bawah boleh buat bilik tetamu dan bilik kami dekat tingkat atas. Lepas tu nak buat perpustakaan untuk koleksi buku-buku aku kumpul selama ni dan buat bilik ibadah khas untuk kami solat berjemaah. Wah bestnya bila bayangkan.
Rumah banglo 2 tingkat dengan
pemandangan menghadap laut pun cantik juga. Boleh la aku buat verandah untuk
kami seisi keluarga menikmati keindahan alam.
Tengok matahari terbit sambil
meditasi, berehat baca buku, atau pun buat aktiviti BBQ di malam hari. Ya ampun
seronoknya.
Nak jemput adik beradik dan
saudara mara datang ke rumah pun tak segan. Tetamu boleh duduk di bilik bawah,
tak la segan dan paling penting aurat terjaga.
Untuk aku yang ada adik beradik
ramai ni memang kami dah fikirkan untuk sediakan bilik tetamu bila mereka
datang bertandang. Biar mereka rasa selesa.
Menginap Di Homestay atau Hotel Di Langkawi?
Setiap kali bercuti pilihan utama
kami adalah menginap di Homestay untuk keselesaan kami satu keluarga. Bukanlah
bermaksud aku tolak terus menginap di hotel. Kebiasaan tak kira dekat mana
destinasi kami pilih, aku dan suami lebih selesa untuk menjadi sebahagian
penduduk setempat.
Bagi kami, waktu bercuti kami bukan setakat datang untuk
rehatkan fikiran tapi kami suka ambil peluang untuk pelajari budaya dan cara
hidup orang tempatan. Lain padang lain belalang kan?
Seronok weh bila pergi tempat
orang dan pelajari benda baru. Oleh sebab tu juga aku memilih untuk menginap di
Homestay berbanding menginap di hotel. Kami sekeluarga lebih bebas nak lakukan aktiviti
dan sesuai dengan bilangan ahli keluarga kami yang ramai.
Memang seronok kalau jarak
homestay dengan pantai dekat dan boleh berjalan kaki. Dah masuk dalam wishlist
percutian seterusnya ke Langkawi kami nak merasa aktiviti berbasikal di tepi
pantai.
Moga impian nak ada banglo idaman di tepi pantai Langkawi menjadi kenyataan.
Aamiin.
Nas Nuri Construction Bina Rumah
Banglo Idaman Hati
Masa aku mencari maklumat tentang
pelan rumah banglo dan kontraktor dipercayai di internet, aku terjumpa maklumat
tentang Nas Nuri Construction.
Seperti ahli bijak pandai selalu ingatkan,
kejarlah impian dan jangan putus asa. Persiapkan diri dengan ilmu.
Langkah
pertama haruslah survey tentang kontraktor, proses membina rumah banglo dan
dokumen diperlukan untuk mengelakan diri ditipu.
Selepas baca laman web Nas Nuri
Construction rasa lega kerana website mereka sangat membantu dari segi
pengetahuan tentang apa yang pengguna tahu jika berniat nak bina banglo.
Untuk pengetahuan, Nas Nuri
Construction merupakan Kontraktor rumah di Selangor, KL & Negeri Sembilan
yang berpengalaman dan menyediakan kontrak yang jelas serta tanpa kos
tersembunyi.
Pendek kata apa yang anda laburkan dan banglo yang siap adalah setimpal
dengan wang dibayar.
Antara proses penting untuk
mendapatkan banglo idaman adalah mendapatkan Certificate of completion &
Compliance (CCC). Sebelum nak bina banglo anda impikan tu semestinya kena la
mohon CCC dari majlis perbandaran mukim masing-masing.
Kalau anda masih
kabur-kabur dengan prosess CCC jangan risau sebab Nas Nuri memang arif dan akan
membantu pelanggan mereka dari awal sehingga siap rumah di bina.
Prihatin dan sedar akan risiko
yang ditanggung oleh pelanggan dalam melantik kontraktor rumah yang bakal
dibina, Nas Nuri menawarkan jaminan dan pengalaman yang menjadi kelebihan
mereka dalam menambat hati pelanggan.
Pelanggan tidak lagi perlu merasa risau
kerana Nas Nuri mempunyai pengalaman membina 90 rumah banglo, memberikan 3
tahun waranti struktur serta menawarkan menawarkan jaminan 1 tahun waranti
kemasan. Menarik kan?
Untuk keterangan lanjut boleh
layari website Nas Nuri seperti dibawah:
Website: www.nasnuri.com
Email: sales.nasnuri@gmail.com
NAS NURI CONSTRUCTION
SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
40170 Shah Alam, Malaysia
Kesimpulan
Untuk korang yang ada rancangan
nak bina rumah impian aku nasihatkan supaya banyakan membaca, rujuk mereka yang
dah pernah lalui proses bina rumah atau seangkatan, pilih kontraktor yang
berpengalaman dan boleh dipercaya.
Paling utama, set kan dahulu
berapa duit yang hendak dilaburkan dan rumah jenis macamana korang suka. Kena
tahu juga langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina rumah idaman anda. Keselesaan
tu perlu jadi faktor utama dan kena fikir baik buruk dan kesan dalam jangka
masa panjang.
Doakan impian aku nak bina rumah
banglo idaman hati tercapai. Aku faham bukan mudah dan boleh dapat dalam
sekelip mata, tapi aku juga percaya dengan impian lah akan buat aku lebih
bersemangat untuk terus hidup dan capai cita-cita.
Bestnya kalau ada rumah banglo ala resort ini.. Mesti menarik..
BalasPadamFiza pun suka jugak banglo tepi pantai, ada pulak kolam view laut.. alahai mmg aman damai. Semoga impian diah menjadi kenyataan.
BalasPadam