Pengalaman Merasai Gerhana Matahari Anulus


Pengalaman Merasai Gerhana Matahari Anulus

Tahun pertama aku betul-betul merasai pengalaman kejadian Gerhana Matahari Anulus. Kalau tahun-tahun sebelumnya waktu aku bekerja, jujurnya tak ambil peduli sangat sebab aku terlalu sibuk dengan kerja. Rezeki sekali lagi tahun ni fenomena Gerhana Matahari Anulus berulang lagi dan aku antara makhluk bertuah dapat merasainya.

Sehari sebelum fenomena Gerhana Matahari Anulus berlaku, ramai kongsikan info Gerhana Matahari Analus dan juga cara solat Sunat Gerhana Matahari (Solat Sunat Kusuuf). Terima kasih Allah kerana hantarkan kawan-kawan yang sebegini baik.

Gerhana Matahari Anulus yang berlaku di Malaysia telah pun bermula pada pukul 11:20 pagi, gerhana maksimum pada pukul 1:14 petang dan tamat pada jam 3:11 petang. Alhamdulillah aku memang siap sedia tunggu kejadian Gerhana. Perasaan tu tak usah disebut gembiranya. Gembira sebab berpeluang menikmati keajiaban Maha Pencipta.



Apakah itu Gerhana Matahari Anulus?

Anulus merupakan bahasa Latin yang membawa maksud “cincin”.  Menurut maklumat dari Pusat Sains Negara, Gerhana Matahari Anulus hanya dapat disaksikan dari beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Wah bertuahnya mereka ni.

Bagi kawasan-kawasan lain dalam Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja. Walaupun tak dapat tengok Gerhana Matahari Anulus tapi merasai gelombang Gerhana pun satu rezeki. Selain Gerhana Anulus, ada Gerhana Penuh, Gerhana Hibrid dan Gerhana Separa.

Gerhana Anulus berlaku berlaku apabila kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari. Oleh itu Bulan telah menghalang cahaya Matahari samaada separa atau sepenuhnya. Walaupun saiz Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya Matahari sepenuhnya.



Hikmah Kejadian Gerhana Matahari

Jujurnya aku tak pernah sangka aku boleh sebak bila berlaku Gerhana Matahari. Melihat sendiri dengan mata kasar, merasai saat-saat kegelapan alam, ditambah pula beberapa minit sebelum Azan Zohor berkumandang cukup buat aku sebak. Terbayang hari pembalasan yang Tuhan janjikan. Banyak sungguh hikmah Tuhan aturkan.

Tuhan dorongkan aku untuk buat solat sunat Gerhana dan kemudian aku dan anak-anak teruja nak tunggu kejadian Gerhana Matahari. Beberapa minit sebelum kejadian Gerhana Matahari maksima adalah beberapa minit sebelum waktu Zuhur. Bayangkan keadaan gelap mendung menunggu hujan, tapi tiada angin bertiup. 

Keadaan statik dan gelap. Masa ni aku dah meremang bulu roma. Aku ingat aku sorang je yang rasa, rupanya anak yang sulung pon sama. Tapi sekejap je perasaan tu, lepas tu sana sini orang melaungkan Azan tanda waktu Zuhur bermula.

Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuuf)

Solat sunat Gerhana atau solat sunat Kussuf hukumnya adalah muakkad. Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Mendapat pahala sunat jika dilakukan secara sendirian dan lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah. Solat sunat Kusuuf menekankan untuk Ruku’ dan sujud yang panjang.



5 Amalan Sunah Ketika Terjadi Gerhana
  1. Solat sunat Kusuuf
  2. Berdoa. Doa mustajab bermula dari awal kejadian gerhana sehingga akhir gerhana. Maka ambil lah peluang untuk berdoa.
  3. Zikir dan bertadbir. Boleh amalkan segala jenis zikir dan bertadbir serta tak perlu dengan suara yang kuat.
  4. Istigfar. Memohon ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan dengan harapan terampun segala dosa.
  5. Sedekah. Sedekah mengikut kemampuan.


Kesempatan Tuhan bagi untuk merasai Gerhana matahari kali ni aku anggap salah satu rezeki besar yang Tuhan kirimkan. Terima kasih Tuhan sebab kejadian gerhana kali ni buka mata aku melihat keindahan dan kebesaran Allah. Banyak juga pengajaran aku belajar dari sang Bulan.

Ulasan

  1. subhanallah. kuasa Allah Taala. terasa kerdil nya diri ini

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...perkongsian yg bagus :)

    BalasPadam
  3. subhanallah. kuasa Allah Taala. terasa kerdil diri ini

    BalasPadam
  4. SubhanaAllah.. Memang cantik.. Ada tertengok juga.. blur sekejap mata sebab tengok direct..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.