Pengalaman Merasai Gerhana Matahari Anulus
Tahun pertama aku betul-betul
merasai pengalaman kejadian Gerhana Matahari Anulus. Kalau tahun-tahun
sebelumnya waktu aku bekerja, jujurnya tak ambil peduli sangat sebab aku
terlalu sibuk dengan kerja. Rezeki sekali lagi tahun ni fenomena Gerhana Matahari
Anulus berulang lagi dan aku antara makhluk bertuah dapat merasainya.
Sehari sebelum fenomena Gerhana Matahari
Anulus berlaku, ramai kongsikan info Gerhana Matahari Analus dan juga cara
solat Sunat Gerhana Matahari (Solat Sunat Kusuuf). Terima kasih Allah kerana
hantarkan kawan-kawan yang sebegini baik.
Gerhana Matahari Anulus yang
berlaku di Malaysia telah pun bermula pada pukul 11:20 pagi, gerhana maksimum
pada pukul 1:14 petang dan tamat pada jam 3:11 petang. Alhamdulillah aku memang
siap sedia tunggu kejadian Gerhana. Perasaan tu tak usah disebut gembiranya.
Gembira sebab berpeluang menikmati keajiaban Maha Pencipta.
Apakah itu Gerhana Matahari Anulus?
Anulus merupakan bahasa Latin
yang membawa maksud “cincin”. Menurut
maklumat dari Pusat Sains Negara, Gerhana Matahari Anulus hanya dapat
disaksikan dari beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti Kukup, Tanjung
Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di
Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Wah bertuahnya mereka ni.
Bagi kawasan-kawasan lain dalam
Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja. Walaupun
tak dapat tengok Gerhana Matahari Anulus tapi merasai gelombang Gerhana pun
satu rezeki. Selain Gerhana Anulus, ada Gerhana Penuh, Gerhana Hibrid dan
Gerhana Separa.
Gerhana Anulus berlaku berlaku
apabila kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari. Oleh itu Bulan
telah menghalang cahaya Matahari samaada separa atau sepenuhnya. Walaupun saiz
Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya Matahari sepenuhnya.
Hikmah Kejadian Gerhana Matahari
Jujurnya aku tak pernah sangka
aku boleh sebak bila berlaku Gerhana Matahari. Melihat sendiri dengan mata
kasar, merasai saat-saat kegelapan alam, ditambah pula beberapa minit sebelum
Azan Zohor berkumandang cukup buat aku sebak. Terbayang hari pembalasan yang
Tuhan janjikan. Banyak sungguh hikmah Tuhan aturkan.
Tuhan dorongkan aku untuk buat
solat sunat Gerhana dan kemudian aku dan anak-anak teruja nak tunggu kejadian
Gerhana Matahari. Beberapa minit sebelum kejadian Gerhana Matahari maksima
adalah beberapa minit sebelum waktu Zuhur. Bayangkan keadaan gelap mendung
menunggu hujan, tapi tiada angin bertiup.
Keadaan statik dan gelap. Masa ni aku
dah meremang bulu roma. Aku ingat aku sorang je yang rasa, rupanya anak yang
sulung pon sama. Tapi sekejap je perasaan tu, lepas tu sana sini orang
melaungkan Azan tanda waktu Zuhur bermula.
Solat Sunat Gerhana Matahari
(Kusuuf)
Solat sunat Gerhana atau solat
sunat Kussuf hukumnya adalah muakkad. Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua
rakaat. Mendapat pahala sunat jika dilakukan secara sendirian dan lebih afdal
jika dilakukan secara berjemaah. Solat sunat Kusuuf menekankan untuk Ruku’ dan
sujud yang panjang.
5 Amalan Sunah Ketika Terjadi Gerhana
- Solat sunat Kusuuf
- Berdoa. Doa mustajab bermula dari awal kejadian gerhana sehingga akhir gerhana. Maka ambil lah peluang untuk berdoa.
- Zikir dan bertadbir. Boleh amalkan segala jenis zikir dan bertadbir serta tak perlu dengan suara yang kuat.
- Istigfar. Memohon ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan dengan harapan terampun segala dosa.
- Sedekah. Sedekah mengikut kemampuan.
Kesempatan Tuhan bagi untuk
merasai Gerhana matahari kali ni aku anggap salah satu rezeki besar yang Tuhan
kirimkan. Terima kasih Tuhan sebab kejadian gerhana kali ni buka mata aku
melihat keindahan dan kebesaran Allah. Banyak juga pengajaran aku belajar dari
sang Bulan.
subhanallah. kuasa Allah Taala. terasa kerdil nya diri ini
BalasPadamAlhamdulillah...perkongsian yg bagus :)
BalasPadamsubhanallah. kuasa Allah Taala. terasa kerdil diri ini
BalasPadamSubhanaAllah.. Memang cantik.. Ada tertengok juga.. blur sekejap mata sebab tengok direct..
BalasPadam