Alhamdulillah masih ada rezeki Ikhwan Hafeez untuk naik ke pentas terima anugerah kecemerlangan sekolah untuk tahun 2019. Rezeki dia tersenarai dalam penerima hadiah tahun 2.
Lima orang murid dari kelas 2 Cemerlang di pilih sebagai murid cemerlang pentaksiran bilik darjah. Semenjak sekolah laksanakan sistem pentaksiran bilik darjah ni aku sebagai ibu ni agak sedikit risau.
Yelah kita dah terbiasa di nilai dengan peperiksaan dan markah. Nombor di dalam kelas dan sebagainya.
Tapi, melalui sistem pentaksiran murid bukan sekadar di nilai di atas kertas malahan melalui sikap dan tauladan yang ditonjolkan sepanjang waktu persekolahan.
Bayangkan kalau anak sejenis pendiam dan kurang bergaul. Entahlah.
Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez
Dah janji dengan dia kalau dia
buat yang terbaik dan dapat naik pentas (sekolah pagi) aku akan tunaikan apa
dia nak, dengan syarat tambahan kena dapatkan keputusan yang baik untuk KAFA
juga.
Dia minta belikan skate board. Nampaknya aku kena lah tunaikan hajat dia
memandangkan dia cemerlang untuk sekolah pagi dan juga KAFA.
Murid Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah
Berbalik kepada pentaksiran bilik
darjah, oleh sebab dah tiada nombor dalam peperiksaan jadi murid dinilai oleh
guru melalui aktiviti semasa di dalam bilik darjah.
Kebolehan memahami,
menjawab dan mengaplikasi serta menjadi contoh kepada rakan sekelas adalah
antara perkara yang dipantau oleh guru kelas.
Berbalik kepada pencapaian
Ikhwan, guru kelas ada terangkan yang dia cemerlang dalam subjek sains, dia
dapat Tahap 5 dan mampu untuk menunjukan contoh kepada rakan.
Jika di ikutkan tahun lepas ialah Pertama Kali Naik Pentas terima hadiah kecemerlangan.
Itu apa yang cikgu terangkan
dekat aku. Nak terangkan lebih lanjut pun aku masih dalam fasa memahami sistem
penilaian ni.
Majlis kecemerlangan sekolah Ikhwan telah berlangsung pada 15
November 2019 yang lepas. Tahun ni suami kehabisan cuti jadi aku sahaja yang
wakilkan untuk tengok dia naik pentas.
As usual, perangai mak-mak bila nampak
anak naik pentas je mula mengalir air mata. lol.
Pesanan Untuk Anak
Selalu aku pesan dekat Ikhwan,
kalau teringin nak naik pentas, nak terima hadiah kena la rajin belajar. Memang
aku tak paksa tapi jadi tanggungjawab aku kena selalu ingatkan.
Maklumlah
anak-anak ni mudah lupa, jadi mahu atau tidak memang berbuih mulut aku akan
membebel ingatkan apa yang perlu dan patut.
Aku harap apa kami sampaikan dan
ajar dia selama ni dia akan ingat sampai bila-bila. Dia anak sulong jadi aku
selalu tekankan dia kena buat yang terbaik.
Dia ada dua orang adik lagi yang bakal
ikut jejak langkah dia. Jadi dia kena jadi anak contoh. Alhamdulillah setakat
ni Ikhwan masih on track.
Sesungguhnya setiap anak itu
amatlah berbeza. Dengan Ikhwan aku boleh bercakap dan beri nasihat. Berbeza
sangat dengan Raudah.
Yelah kan, apa aku nak harap dia baru tiga tahun. Mungkin
sama jantina, atau aku dah meningkat usia. Sabar aku dah semakin susut.
Harap
sangat kami dianugerahkan ketabahan mendidik anak-anak sampai putus nyawa. Harapan aku sebagai ibu bapa
terhadap sistem pendidikan negara, agar jangan lah asyik duk tukar sistem
pendidikan.
Kalau perasan tukar Menteri atau tukar tampuk kepimpinan sedikit
sebanyak ada je yang diubah. Kalau benar diubah untuk kebaikan, aku boleh
lapang dada tapi kalau ubah sekadar memenuhi pihak berkepentingan aku harap la
pihak bertanggungjawab buka mata.
Untuk anakku Ikhwan Hafeez, mama
dan abah ucapkan berjuta lemon tahniah di atas pencapaian kamu.
Biarlah orang
kata pencapaian kamu tak seberapa tapi di saat nama kamu disebut dan dipuji
oleh guru kelas dah buat mama dan abah bangga.
Semoga Allah sentiasa tetapkan
hati kamu di jalan kebenaran, dilapangkan dan dicerahkan hati untuk menimba
ilmu dan jadi anak soleh.
Alhamdulillah.. Tahniah buat Ikhwan Hafeez dan juga Diah..
BalasPadam